Connect with us

Oh! Media

20 Tahun Derita, Bekas Isteri Edika Yusof Dakwa Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga

Oh! Artis

20 Tahun Derita, Bekas Isteri Edika Yusof Dakwa Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga

Selepas lebih 20 tahun bersama, ikatan perkahwinan pelakon Edika Yusof dan Nor Hidayah Yusri akhirnya terlerai hari ini.

Edika disahkan menceraikan Hidayah dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pagi tadi.

IKLAN

BACA: Edika Yusof Dan Isteri Sah Bercerai Talak Satu Selepas 22 Tahun Bersama

Terbaru mStar melaporkan Hidayah membuat dakwaan mengejutkan iaitu menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak dari awal berkahwin.

Hidayah dakwa ada bukti keganasan rumah tangga

edika yusof

Ya, memang ada (keganasan rumah tangga). Keganasan itu berlaku dari sebelum saya sakit lagi. Sudah lebih 20 tahun.

Bukan sekadar dakwaan kosong, Hidayah mendakwa dia ada bukti kukuh iaitu gambar, video dan audio bagi menyokong kenyataannya itu.

Edika boleh menafikan apa yang dia nak, dia boleh cakap apa yang dia mahu tapi apa yang saya kemukakan dalam mahkamah bukti yang kukuh. Saya ada gambar, video dan audio.

Dakwa Hidayah lagi, anak-anak menyaksikan insiden keganasan tersebut dan pernah beberapa kali menghubungi pihak polis bagi meredakan keadaan apabila tidak terkawal.

Anak-anak jadi saksi, polis dah banyak kali datang rumah

Menurut Hidayah, kejadian seperti itu sudah terlalu kerap berlaku hingga pihak polis sendiri didakwa sudah ‘biasa’ datang ke rumah mereka.

Banyak kali dah pihak polis datang rumah. Malah dia juga mempunyai bukti seperti video insiden yang berlaku. Kalau pergi ke Balai Polis Kepong, tanya la mereka dah berapa banyak kali polis datang ke rumah.

Selain itu, Hidayah menegaskan dirinya bekerja dan mampu menguruskan rumahtangga walaupun lumpuh.

Edika pun sejenis orang yang selalu cakap, tiada apa percuma di dunia ini. Kalau nak duduk terlantar saja, pergi duduk di hospital. Jadi, saya bekerja dan keluarga dia (Edika) pun tahu.

Bagi Hidayah, kata-kata suami pada ketika itu sangat memilukan hati namun dia hanya mampu bersabar.

Pssttt! Mengejutkan betul dakwaan bekas isteri Edika ni, mana tidaknya sebelum ini Edika disanjung tinggi kerana setia menjaga isterinya yang lumpur selama berbelas tahun.

Kredit: mStar | Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas