Oh! Makan
Pertarungan Hangat Fire Chicken Challenge 2.0 Mengumpulkan Seramai 600 Orang Peserta
Pencarian juara tahan pedas Malaysia berakhir dengan meriah apabila Richeese Factory Malaysia melangsungkan pusingan akhir Fire Chicken Challenge 2.0 di Central i-City, Shah Alam, dengan lebih 600 penyertaan tahun ini!
40 peserta yang TERBAIK dari wilayah Selatan, Utara, dan Tengah berentap untuk menghabiskan Fire Chicken Tahap 5 pada pusingan akhir bagi menonjolkan daya ketahanan mereka dan skill dalam menangani rasa pedas yang melampau.
Hmm, agak-agaknya siapa yang dapat memikul gelaran juara dan dapat membawa pulang baucar bernilai RM4,500?
Seramai 8 Orang Terpilih Menjadi Juara Di Pusingan Akhir
Seramai 8 peserta terpilih untuk membawa pulang baucar TUNAI apabila berjaya melepasi halangan Fire Chicken Challenge 2.0, Richeese Factory.
Pemenang utama yang berjaya menahan pedas dan menjadi peserta yang terpantas menghabiskan Fire Chicken tahap 5 dapat membawa pulang RM4,500 bersama baucar, iaitu Muhammad Hafiz bin Mohammad Nooh.
Manakala pemenang tempat kedua, Mohd Gadafhi bin Usman dan ketiga, Tnay Chee Chow masing-masing memenangi RM3,000 dan RM1,500, beserta baucar!
Richeese Factory Menyambut Cawangan Ke-50 Di Sunshine Central
Richeese Factory juga menyambut satu lagi kejayaan besar dengan pembukaan cawangan ke-50 mereka di Sunshine Central, Pulau Pinang, yang akan dibuka pada Oktober 2024.
Dengan reka bentuk moden dan selesa, ia menjadi tempat yang sesuai untuk menikmati hidangan, bersantai, dan menganjurkan acara istimewa.
Ha, korang tunggu apa lagi? Jom cabar diri dengan Richeese Factory Fire Chicken! Mana tahu, Fire Chicken Challenge 3.0 nanti boleh join juga.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM