Connect with us

Oh! Media

Pedas Menyengat! Ini Resepi Ayam Gepuk Yang Pasti ‘Terangkat’

Oh! Makan

Pedas Menyengat! Ini Resepi Ayam Gepuk Yang Pasti ‘Terangkat’

Kalau lapar tengah hari macam ini, dapat makan ayam gepuk mesti cun juga kan? Dapat makan sambal dengan kuah kacang yang berlemak memang aduh sedapnya.

ADVERTISEMENT

BACA: Nak Makan Crepe Tapi Malas Beli? Ini Adalah Resepi Mudah Untuk Diikuti

Tapi, jangan risau nak buat ayam gepuk tidak susah sebenarnya. Jom, hari ini Oh! Media akan kongsikan cara-cara untuk membuat hidangan ini, resepi asal daripada Resepi Che Nom.

Bahan-bahan yang diperlukan

A) Ayam gepuk

  • ½ ekor ayam
  • 4 ulas bawang merah kecil
  • 1 ketul kunyit hidup
  • 3 ulas bawang putih
  • 1½ sudu besar biji ketumbar
  • Sedikit air (untuk kisar)
  • Sedikit garam
  • 2 keping daun bay
  • Sedikit air

B) Sambal gesek

  • 12-15 tangkai cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 2-3 sudu besar kacang tanah
  • 2 sudu kecil gula
  • Sedikit garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak panas gorengan

C) Bahan sampingan untuk goreng

  • Lebihan perapan ayam gepuk
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 4 ketul tauhu
  • 2 keping tempe
  • Minyak masak

D) Bahan-bahan lain

  • Sayur kobis
  • Tauhu
  • Timun
  • Limau kasturi

Cara penyediaan

A) Untuk ayam gepuk

  1. Kisar halus bawang merah kecil, kunyit hidup, bawang putih, biji ketumbar bersama sedikit air.
  2. Gaul ayam yang telah dikelar dengan sedikit garam dan bahan kisar halus lalu perap seketika atau semalaman.
  3. Selepas diperap, rebus ayam dengan sedikit air lalu masukkan daun bay. Rebus sehingga empuk dan masak.
  4. Angkat dan tos ayam rebus.
  5. Goreng ayam sekejap sehingga keperangan dan cukup sekadar garing di bahagian luar ayam.
  6. Tumbuk ayam sampai hancur di dalam bekas tumbukan sambal gesek.

B) Sambal gesek

  1. Goreng kacang tanah lalu angkat dan toskan minyak.
  2. Goreng pula cili padi dan bawang putih sekejap dalam anggaran masa 3-4 minit sehingga layu.
  3. Tumbuk halus kacang tanah bersama gula dan keluarkan.
  4. Tumbuk halus pula gorengan cili padi dan bawang putih serta sedikit garam dan serbuk perasa.
  5. Masukkan minyak gorengan panas berserta pes kacang tanah ke dalam sambal.
  6. Tambah perahan jus limau nipis jika mahu.

C) Bahan sampingan goreng

  1. Potong tauhu dan tempe.
  2. Masukkan tepung gandum dan tepung beras ke dalam lebihan air rebusan sebagai salutan adunan.
  3. Perap seketika tauhu dan tempe.
  4. Goreng potongan kobis sehingga agak perang.
  5. Goreng perapan tauhu dan celupan tempe sehingga keperangan dan garing.

Jangan lupa hidangkan bersama nasi putih, ayam gepuk, sedikit sambal di atas ayam bersama tauhu tempe, limau kasturi, timun dan sayur kobis. Selamat menjamu selera!

Kredit: Resepi Che Tom

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Ke Atas