Connect with us

Oh! Media

#JUADAH “Rasulullah SAW Menyukai Mentega Dan Tamar” – Dr Zulkifli Lulus Menu Viral

juadah

Oh! Makan

#JUADAH “Rasulullah SAW Menyukai Mentega Dan Tamar” – Dr Zulkifli Lulus Menu Viral

Alhamdulillah, kembali lagi tahun ni bersama #JUADAH di Ohmedia yang akan kongsikan segala menu yang boleh korang cuba sepanjang bulan Ramadan. Bukan Khairul Aming jer kongsi ok, hehe.

ADVERTISEMENT

Apapun, kali ni Ohmedia nak kongsi menu viral iaitu, kurma bersalutkan mentega. Biasanya kita dengar buah kurma ni orang buat air atau makan terus macam tu jer tapi sekarang viral pula apabila buah kurma itu dibelah bahagian tengah dan diletakkan mentega.

Cara penyediaan seperti ini dikongsikan seorang individu yang dipelajarinya daripada seorang guru pengajian Al-Quran di Mesir.

Guru ajar letak kacang badam sahaja tapi kasi adjust tambah mentega dan jadi tambah sedap pula..

Kebetulan ada kurma medjoul ps. Syeikh ajar buang biji kurma dan letak kacang badam. Tapi saya nak bagi sedap lagi saya letak butter dan pelbagai kacang. (Melawan hukum syeikh😅).

Serius tak tipu memang sedap giler. Kurma medjoul ni lembut cair dalam mulut,ditambah pula dengan rasa lemak masin dari butter dan rangup dari kacang badam.

Nak lagi sedap letak dalam peti sejuk 30 minit. Makan dalam keadaan sejuk butter lagi rasa sedap berlemak macam kita makan aiskrim.

Dr. Zulkifli Al-Bakri pun cuba menu ni, siap kongsi Rasulullah SAW pun suka kurma dengan mentega…

Bekas Menteri Agama, Dr. Zulkifli nampaknya juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba dan rupa-rupanya, Baginda Rasulullah SAW juga menyukat kurma dan mentega.

Dari Abdullah ibn Busr dan Atiyyah ibn Busr, mereka berkata: دخل علينا رسول الله صلى الله عليه وسلم «فقدمنا زبدا وتمرا وكان يحب الزبد والتمر» “Rasulullah SAW telah masuk ke rumah kami. Lalu kami menyediakan mentega dan tamar. Baginda menyukai mentega dan tamar.” (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)

Kredit: Facebook | Aplikasi X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Ke Atas