Connect with us

Oh! Media

#JUADAH Orang Jaga Badan Makan Apa Jer Masa Berbuka? Ini Menu Sihat Sepanjang Bulan Ramadan

juadah

Oh! Makan

#JUADAH Orang Jaga Badan Makan Apa Jer Masa Berbuka? Ini Menu Sihat Sepanjang Bulan Ramadan

Amacam puasa korang? Mana yang berazam nak kurus masa Hari Raya nanti tu berhasil tak diet setakat hari ini? Maklumlah, siapa jer taknak nampak berbeza dalam gambar raya nanti.

ADVERTISEMENT

Jadi, sebabtu dalam perkongsian #JUADAH di Ohmedia kali ini, kita nak kongsi pula menu sihat yang korang boleh ikut sepanjang bulan Ramadan. Sempat lagi ni gais!

Sebelum tu, korang baca dulu 5 sebab kenapa berat gagal turun masa Ramadan…

5 sebab atas ni korang ada langgar tak? Kalau ada tidak mengapa, ada masa lagi ni, jom kita tengok menu sihat yang sesuai untuk kita dalam baki Ramadan ni.

1. Minum air kosong secukupnya

Minum air kosong ni adalah perkara yang selalu orang kita lupa sepanjang bulan Ramadan. Mana tidaknya, kita lebih tertarik dengan air sejuk dan manis bila nak berbuka tu. Bila perut penuh, sampai ke sahur kita lupa nak minum air kosong. Itulah puncanya kenapa badan kita akan terhidrasi sepanjang hari.

Jadi perlu diingat, bila waktu berbuka tu capailah segelas air kosong dahulu sebelum minum air manis. Selepas berbuka, cuba cukupkan sehingga 10 gelas air kosong sehingga waktu sahur.

2. Sahur dengan makanan berat atau mengenyangkan

Kebanyakan dari kita ingat bersahur ni macam sarapan pagi, kena makan ringan-ringan jer. Korang silap! Waktu sahur amat penting bagi menyediakan sumber tenaga untuk mengekalkan tahap kecergasan fizikal dan mental sepanjang siang.

Pengambilan karbohidrat kompleks daripada banyak sumber seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, daging, telur, tenusu dan lain-lain itu amat penting untuk membekalkan tenaga sepanjang hari.

3. Berbuka dengan makanan yang menyegarkan

Waktu berbuka ni memang waktu paling parah sebenarnya, susah betul nak kawal nafsu makan, lagi-lagi bila pergi bazar Ramadan. Sebab tu kami sarankan sebelum beli sebarang juadah berbuka fikir dahulu dari rumah nak beli apa dan bila sampai terus menuju cari makanan yang kita nak beli. Kalau baru nak fikir masa dekat bazar, memang semua kita nak beli.

Pengambilan protein, vitamin, mineral dan lain-lain nutrisi adalah sangat penting untuk mengecas kembali sumber tenaga yang hilang. Cuma, pastikan juadah anda itu sihat.

Menu diet waktu sahur

Contoh menu yang baik di waktu sahur adalah roti, biskut, nasi, telur, tenusu, minuman malt coklat berserta sayur seperti salad dan buah seperti kurma.

Cadangan: Sandwic berinti telur, keju dan sos @ krim kegemaran berserta minuman coklat panas.

Menu waktu berbuka

Contoh menu yang baik di waktu iftar adalah nasi, mi, bihun, pasta, daging, minuman teh herba, berserta sayur seperti salad dan buah seperti kurma.

Cadangan: Nasi putih berlauk sup daging, sayur timun, buah kurma berserta minuman teh hijau.

Itulah serba sedikit perkongsian #JUADAH sihat hari ini. Semoga berjaya dan yang penting sihat hendaknya.

Kredit: hellodoktor

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Ke Atas