Connect with us

Oh! Media

#JUADAH Ini Resepi Murtabak Homemade Yang Korang Boleh Cuba, Air Tangan Sendiri Lebih Sedap!

C4b8b306 7d4d 4b72 9aee 925e17144757

Oh! Makan

#JUADAH Ini Resepi Murtabak Homemade Yang Korang Boleh Cuba, Air Tangan Sendiri Lebih Sedap!

Siapa setuju yang murtabak merupakan salah satu pembuka selera yang sangat popular ketika bulan puasa kita geng!

BACA : #JUADAH Telur Mata Goreng Bawang Dan Cili Jadi Pilihan Popular Ramadan 2022

Beli tengok je murtabak dekat bazar confirm terliur punya. Persoalannya, adakah murtabak yang dibeli tu sedap macam yang korang bayangkan? Kalau tak memuaskan, meh kami nak kongsikan resepi murtabak homemade yang sedap korang boleh cuba buat dekat rumah.

IKLAN

Pertama sekali, sediakan bahan-bahan dibawah..

  • 500gm tepung gandum cap sauh
  • 1 sudu teh garam halus
  • 2 sudu makan susu pekat manis
  • 2 sudu makan mentega – dicairkan dan disejukkan terlebih dahulu
  • 1 biji kuning telur – nak guna sebiji telur pun boleh
  • 250ml air suhu biasa

Keduanya, korang kena buat doh ikut cara dibawah.

8b3fe055 c31f 464e 8d1c ac638c133e10
  1. Kacau susu, air, kuning telur dan garam sekali sampai sebati.
  2. Ambil mangkuk lain, ramaskan tepung dan mentega cair tadi sekali sehingga menjadi seakan serbuk roti.
  3. Uli sambil tuang air sikit-sikit sehingga doh tidak melekat di tangan. Kemudian, tutup bekas tersebut antara 10-15 minit.
  4. Bulatkan doh tadi dan sapukan marjerin atau mentega pada doh dan susu dalam bekas yang telah disapu marjerin.
  5. Tutup bekas itu sekurang-kurangnya 4 jam untuk perap doh berkenaan sebelum boleh ditebar.

Selesai bahagian luaran, ini pula bahan untuk inti murtabak yang korang kena sediakan..

  • 1 pek daging kisar
  • 3 ulas bawang putih yang ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang merah ditumbuk halus
  • 1 inci halia ditumbuk halus
  • 3 sudu makan rempah kari daging
  • 4 biji ubi kentang potong dadu
  • Sedikit kobis dipotong halus
  • 1biji bawang besar potong dadu
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu teh serbuk perasa
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Telur 

Ikut cara-cara ini untuk masak inti..

E2f81cd6 f5c3 47df 8921 e23fa77c8157
  1. Panaskan 2 sudu minyak dan tumis bahan yang ditumbuk sehingga keluar aroma wangi.
  2. Masukkan daging dan kacau. Biarkan seketika hingga daging masak.
  3. Masukkan rempah bersama sedikit air. Kemudian, masak sampai pecah minyak serta masukkan juga garam dan serbuk perasa.
  4. Masukkan kentang dan sedikit air. Tutup kuali untuk cepatkan kentang menjadi lembut.
  5. Masukkan bawang besar, hirisan kobis, daun sup dan daun bawang. Kacau hingga masak.

Selesai buat inti dan doh, ini pula cara campurkan keduanya untuk dijadikan murtabak.

85da2a28 003e 494d 99a7 6ff922a241c8
  1. Ambil 2 sudu inti dan campurkan dengan 2 biji telur. Kacau rata dan tuang atas kuali.
  2. Masak inti dan bentukkan segi empat.
  3. Ambil doh tadi. Kemudian korang boleh canai atau tebarnya sehingga nipis.
  4. Letakkan kepingan inti itu atas doh.
  5. Lipat dan sedia untuk dimasak.
180c12d9 3eb6 48c1 bd3e ee305f388d11

Senang kan? Tapi ambil masa yang lama sikitlah sebab korang kena perapkan doh tu. So lepasni, korang boleh dah cuba buat mutabak dekat rumah. Air tangan sendiri kan lebih sedap! 

Kredit: Facebook Leeina Qaliena

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas