Connect with us

Oh! Media

#JUADAH Ini Cara Mudah Buat Tepung Pelita Yang Korang Boleh Cuba Sendiri

980694ea b5c0 43b9 b179 eb2f14f893f9

Oh! Makan

#JUADAH Ini Cara Mudah Buat Tepung Pelita Yang Korang Boleh Cuba Sendiri

Kuih tepung pelita merupakan sejenis kuih tradisional yang sangat popular dan selalu menjadi rebutan di bazar Ramadan.

BACA : Gumpalan Rambut Dalam Tepung Pelita, Peniaga Bakal Disiasat

Rasanya yang berlemak dan manis buatkan ia digemari ramai tak kira peringkat usia. Tahu tak sebenarnya senang je nak buat tepung pelita ni tau, apa kata korang cuba sendiri guna resepi dari Rasa yang kami kongsikan ni.

IKLAN

Korang hanya perlukan bahan-bahan..

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan tepung beras
  • 4 cawan air
  • Pewarna hijau
  • Daun pandan

Ikut cara-cara memasak dibawah..

1f0053d6 4af0 4e3c b76f d3f03644b9f0

Korang perlu gunakan daun pandan untuk buat acuannya. Lepas tu, letak sedikit gula halus dalam acuan yang korang buat.

0313fa38 2f22 44c6 a541 82fbf7d4b7dd

Masak semua bahan diatas dan kacau sehingga pekat.

84eed843 3fe9 4ae1 bca2 aad65e6e1d57

Lepas masak, letakkannya dalam acuan yang korang dah sediakan sekaligus menghancurkan gula halus yang kita letak tadi.

Ini pula bahan-bahan untuk bahagian atas 

  • 1 santan kotak (Bancuh untuk dapatkan 4 cawan
  • 4 sudu tepung beras
  • Sedikit garam

Ini cara-cara memasaknya..

Pertama sekali, korang masak semua bahan diatas dan kacaukannya sehingga pekat.

2d2a5414 f258 4303 bee1 8be619dc5313

Lepas masak, terus tuang ke atas bahagian hijau dalam acuan tadi.

E0a3d92d a4e8 4539 abf5 b48f3168a0fc

Siap! Tak perlu kukus pun, korang boleh terus makan je. Tapi kalau nak lagi sedap, simpan dalam peti ais. Serius memang mantap gila!

Senang kan? Cubalah buat sendiri dan boleh ikut citarasa korang dan terlebih manis ke, nak kurang manis ke dan sebagainya.

Kredit: Rasa

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas