
Oh! Makan
Ini Cara Simpan Bahan Kisar Agar Tahan Lama
Oleh
Pada
Kalau nak masak, mesti rasa buang masa nak sediakan bahan kering seperti bawang kisar dan sebagainya, bukan?
ADVERTISEMENT
BACA: Ini 8 Makanan Naikkan Selera Ketika Jatuh Sakit
Oleh itu, Oh!Media akan kongsi cara penyediaan yang mudah bagi menyimpan bahan-bahan kisar tersebut. Mudah dan mampu bertahan sehingga seminggu ya.
Cara simpan bahan kisar

Cara-cara membuat cili kisar
- Gunting cili kering lebih kurang 1 inci.
- Masukkan ke dalam tapis yang berlubang besar untuk membuang biji cili.
- Kemudian masukkan ke dalam periuk dan rebus cili hingga mendidih.
- Letakkan satu sudu besar garam dalam air rebusan dan kacau sebentar.
- Tutup api setelah mendidih.
- Basuh cili yang telah direbus di bawah aliran air paip menggunakan tapis bagi mengeluarkan baki biji cili.
- Kisar cili kering tersebut bersama 3 biji bawang besar, satu labu bawang putih dan air.
- Masukkan ke dalam bekas dan letakkan sedikit asam keping.
- Simpan di dalam peti ais.
Cara-cara membuat bawang merah kisar
- Sediakan 6 biji bawang besar dan 10 biji bawang kecil.
- Kupas bawang, cuci, keringkan dan hiris kecil bawang-bawang tersebut.
- Kisar bawang tersebut bersama minyak masak (Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang).
- Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam bekas.
- Campurkan sesudu garam di atas permukan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dalam peti sejuk.
Cara-cara membuat bawang putih kisar
- Sediakan 5 labu bawang putih.
- Kupas bawang, cuci, keringkan dan hiris kecil.
- Kisar bawang tersebut bersama minyak masak (Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang).
- JIka bilangan bawang penuh satu mesin pengisar, gunakan minyak anggaran separuh daripada blender itu.
- Masukkan ke dalam bekas dan letakkan sesudu garam di atas permukaan bawang kisar sebelum disimpan ke dalam peti ais.
Ha mudah sahaja bukan? Jadi, selamat mencuba!
Kredit: Facebook
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Topik berkaitan:ohmakan, prep makanan, trending, viral
