Connect with us

Oh! Media

A&W 60 tahun

Oh! Makan

A&W Malaysia Rai Ulang Tahun Ke-60 Dengan Kempen #AnWSippingIntoTheFuture

Restoran makanan segera pertama di Malaysia, A&W, yang terkenal dengan minuman Root Beer (RB) dan makanan ala Coney, kini sedang meraikan ulang tahun ke-60nya.

Perayaan ini tidak hanya menyoroti pencapaian yang luar biasa restoran ini malah A&W juga ingin memberikan penghargaan kepada pelanggan setia dan komuniti yang sentiasa berdiri teguh bersama mereka melalui kempen #AnWSippingIntoTheFuture.

IKLAN

Kempen #AnWSippingIntoTheFuture Hargai Pelanggan Setia A&W

Kempen yang diadakan secara atas talian ini bakal membawa anda ke zaman penuh nostalgia di mana pelanggan bakal mengimbau kisah lalu dan kembali ke era ’90-an yang menyeronokkan dan penuh kenangan sambil merangkul perubahan selera generasi masa kini.

Ingat kembali apa kenangan terbaik yang anda miliki bersama A&W. Sama ada meraikan ulang tahun kelahiran atau mungkin berkumpul bersama rakan-rakan.

Cara penyertaan:

LANGKAH 1: Pastikan akaun anda dalam mod awam dan ikuti @anwmalaysia di Instagram.

LANGKAH 2: Cipta entri pada feed dan sertakan cerita kenangan terindah anda di A&W.

LANGKAH 3: Tag @anwmalaysia dan sertakan tanda pagar #AnWMalaysia #AnWSippingIntoTheFuture

LANGKAH 4: Tag tiga rakan dalam kapsyen entri untuk menyertai pertandingan dan membuatkan pengalaman ini lebih menyeronokkan!

Dalam pada itu, A&W Malaysia komited untuk memperluas cawangan mereka dengan target 150 cawangan A&W di seluruh negara menjelang tahun 2025 dan 250 cawangan dan menjelang tahun 2028.

Selain menambah cawangan fizikal, A&W mengambil pendekatan digital untuk meningkatkan pengalaman pelanggan. Syarikat ini telah mengumumkan pelaksanaan mesin pesanan layan diri di semua cawangannya.

Inisiatif berasaskan teknologi ini mencerminkan komitmen A&W terhadap inovasi dan penggunaan kemajuan moden.

Menurut George Ang, CEO A&W Malaysia kempen #AnWSippingIntoTheFuture adalah penghargaan buat kesemua pelanggan mereka.

“Ini bukan hanya tanda terima kasih tetapi juga janji untuk tetap relevan di masa depan sambil menghargai saat-saat yang telah kita kongsi. A&W Malaysia berada di ambang era yang menarik, dan saya bersemangat untuk mendorong inovasi dan menggerakkan jenama ini ke tahap yang lebih tinggi.

Komitmen kami adalah untuk tetap dinamik dan menarik bagi generasi masa depan sambil memelihara warisan yang kami cintai,” jelasnya lagi.

Peraduan ini telah pun bermula dan pemenang akan diumumkan pada 7 Disember 2023, di semua platform media sosial A&W (Facebook, Instagram dan TikTok).

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ke Atas