Connect with us

Oh! Media

Penjaga Gol Negeri Sembilan Sah Milik Johor Darul Ta’zim

eca0486e 7cd0 4836 9517 27a589229e6c

Oh! Arena

Penjaga Gol Negeri Sembilan Sah Milik Johor Darul Ta’zim

Kalau sebelum ni pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pernah kata ‘tak kenal’ pun dengan seorang penjaga gol ni tapi sekarang mungkin tidak lagi.

TMJ berseloroh seperti itu ketika pihak media bertanya mengenai status penjaga gol itu ketika aksi persahabatan JDT menentang kelab Bundesliga, Borussia Dortmund pada 28 November lalu.

Sekarang, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed yang sebelum ini bermain untuk pasukan Negeri Sembilan FC dan skuad kebangsaan kini bakal beraksi untuk pasukan Johor Southern Tigers pula.

IKLAN

Perkara itu dapat dilihat dari perkongsian dalam satu video di mana Ahmad Syihan yang menaiki sebuah limousin memasuki perkarangan Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri sebelum Ahmad Syihan melangkah masuk ke stadium berkenaan dan menuju ke gawang gol, malah turut ke bilik persalinan sambil memerhati jersi bernombor 33 yang bakal disarungkan pada saingan Liga Super musim ini.

Jadi, lepas ni Syihan akan bersaing sihat meningkatkan kualiti penjaga gol terbaik bersama-sama Farizal Marlias dan Muhammad Haziq Nadzli, malah beliau juga menggantikan Izham Tarmizi Roslan yang dipinjamkan kepada Sri Pahang FC bagi tempoh semusim.

Kredit: Berita Harian

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Komik Sembang Jerr

Oh! Sembang Jerr - Bella Astillah dan Syed Saddiq Sah Bergelar Suami Isteri

Popular Bulan Ini

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIna dan AIzat. Enjoice!


Ohmedia Banner
Ke Atas