Oh! Arena
Majlis Sukan Negara Jelaskan Mereka Hanya Membayar Kos Perbelanjaan Atlet Dan Jurulatih
Sehari dua ini netizen Malaysia sudah mula bersuara isu kuota yang tidak dapat diberikan kepada jurulatih atlet dan sparring partner atlet negara bagi menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024.
Ditambah pula dengan isu tular berkaitan Presiden Majlis Sukan Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria yang membawa keluarganya ke Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Oleh yang demikian, MSN memaklumkan mereka hanya bertanggungjawab membiayai kos perbelanjaan membabitkan atlet, jurulatih, pegawai MSN, Institut Sukan Negara (IN) dan operasi Malaysia House untuk temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.
Kos pembiayaan untuk delegasi Majlis Olimpik Malaysia (MOM) adalah di bawah tanggungan MOM dan bagi tetamu mereka dibayar oleh pihak-pihak berkenaan dan tidak melibatkan dana kerajaan.
Kesimpulannya, utamakan dahulu kuota untuk jurulatih dan staf yang diperlukan oleh atlet kerana mereka yang hendak bersaing untuk membawa pulang pingat buat negara.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM