Connect with us

Oh! Media

Khabib Ajak Conor McGregor Datang Dagestan Untuk Pulih Ketagihan

Ohmedia khabib mc gragor

Oh! Arena

Khabib Ajak Conor McGregor Datang Dagestan Untuk Pulih Ketagihan

Conor McGregor dedah rawatan Ibogaine dan Khabib pula jemput ke Dagestan untuk pulihkan ketagihan.

Kalau sebut nama Conor McGregor, satu dunia tahu dia antara figura paling kontroversi dalam UFC. Tapi kali ini, kisah dia jadi lebih berat bila dia sendiri buka cerita pasal rawatan yang dilaluinya dan betapa dekatnya dia dengan kematian.

Pada Oktober lalu, UFC umumkan yang McGregor dikenakan penggantungan panjang lepas melanggar polisi anti doping. Dia digantung 18 bulan sebab gagal menyerahkan sampel biologi sebanyak tiga kali dalam tempoh setahun pada 2024.

Penggantungan itu pula berkuat kuasa secara retroaktif, jadi McGregor hanya akan layak bertanding semula pada Mac 2026. Tarikh itu jatuh tiga bulan sebelum acara UFC khas di White House yang dia pernah bagitahu dia nak sertai.

IKLAN

Berjuang nak pulih dari trauma dan ketagihan

Dalam satu hantaran di media sosial, McGregor dedah dia baru menjalani rawatan Ibogaine di Tijuana, Mexico. Katanya rawatan itu dibuat dengan bimbingan doktor dari Universiti Stanford yang fokus kepada trauma dan kecederaan otak.

Rawatan Ibogaine ini datang daripada tumbuhan psikoaktif dan dikatakan mampu merawat PTSD, kegelisahan, kemurungan dan kecederaan otak trauma.

Saya bertuah dapat bertemu doktor paling progresif dari Universiti Stanford dan menjalani beberapa siri rawatan untuk menangani trauma. Saya pergi ke Tijuana, Mexico, dan menjalani rawatan Ibogaine di AMBIO.- Katanya.

Khabib balas dengan nada sinis tapi bagi tawaran ‘ikhlas’

Dalam masa orang tengah bercakap pasal pengalaman pelik McGregor, Khabib Nurmagomedov tiba-tiba muncul dengan satu kenyataan. Katanya, pusat rehabilitasi di Dagestan sudah berjaya bantu ramai bekas penagih pulih sepenuhnya.

Mengikut perkiraan saya, seramai 56 bekas penagih, saya rawat di pusat rehabilitasi di Dagestan. Datang ke Dagestan Conor McGregor, saya akan jaga kamu di sini. Mexico, mereka tidak membantu kamu, itu yang saya nampak setakat ini.- Kata Khabib.

Walaupun nada dia macam bergurau pedas, tawaran itu jelas membawa maksud yang cukup mendalam antara dua musuh ketat UFC ini.

Pssttt! Ohmedia rasa kisah McGregor ini tunjukkan yang masalah ketagihan dan trauma bukan benda kecil. Jangan ambil mudah bila diri rasa tak stabil, dan jangan takut untuk cari bantuan. Mental dan emosi manusia ni rapuh, jadi jaga diri baik baik ya korang.

Kredit: Aplikasi X
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Oh! Botcast

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas