Oh! Artis
“Bukan Sebab Duit” – Uqasha Senrose Akhirnya Luahkan Segalanya Tentang Kemelut Perceraian Dengan Kamal Adli
Uqasha Senrose akhirnya bersuara tentang perceraian dengan Kamal Adli.
Pelakon, Uqasha Senrose sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila berkongsi luahan panjang mengenai kemelut perceraian bersama suaminya yang juga aktor, Kamal Adli.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Uqasha akui bukan mudah untuk memilih jalan perpisahan selepas apa yang dilaluinya sepanjang perkahwinan mereka.
Saya dah tak tahu apa lagi nak buat atau buktikan, semua dah buat.
“Ini tentang masa depan saya” – Uqasha Senrose

Menurut Uqasha, keputusan untuk berpisah dibuat demi masa depannya sendiri dan atas sebab-sebab yang hanya dia sahaja tahu dan lalui.
Tapi ini tentang masa depan saya dan saya yang nak berpisah dengan Kamal atas sebab yang hanya saya sahaja tahu dan lalui. Tidak ada sebuah rumah tangga pun yang tidak ada ujian, pastinya ada naik dan turun.
Ujarnya lagi, segala yang berlaku hanya diketahui dirinya dan Allah SWT.
Apa yang dilalui hanya saya sahaja tahu dan Allah Maha Mengetahui. Allah tak pernah tidur.
Pilih memaafkan walau dikecam

Walaupun berdepan pelbagai kecaman, Uqasha memilih untuk memaafkan semua pihak yang melemparkan komen negatif terhadapnya.
Semua fitnah dan tomahan, kecaman melampau dan saya tak salahkan sesiapa untuk memilih atau menilai, masing-masing ada andaian masing-masing.
Saya maafkan semua yang hari-hari mengecam, memaki hamun saya sebab saya anggap kalian jahil dan tak tahu menahu hal sebenar.
Uqasha nafi bukan kerana duit

Dalam masa sama, ibu kepada seorang cahaya mata itu turut menegaskan bahawa duit bukan punca dia mahu berpisah seperti yang didakwa segelintir pihak.
Jadi awak semua yang menilai dia tak kaya ke? Saya memilih untuk berpisah bukan kerana duit, demi Allah dan demi anak saya Hawra Uqaira.
Uqasha turut menjelaskan dia tetap bekerja walaupun ketika hamil.
Wallahi saya bekerja sewaktu saya hamil. Drama terakhir saya buat sebelum perut saya dah mula nampak, saya berhenti dan menjaga kandungan.
Tak semuanya pahit dan indah, tapi ada beberapa kejadian membuatkan saya berfikir lama.
Pssttt! Dalam urusan rumah tangga, orang luar hanya nampak luaran. Hormati keputusan individu kerana hanya mereka yang melalui tahu apa yang sebenarnya berlaku.
Kredit: Instagram Story
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM