Connect with us

Oh! Media

Datuk Red Didakwa Failkan Rujuk, Kakak Adira Suhaimi Bersuara

Ohmedia adira Suhaimi Datuk Red

Trending

Datuk Red Didakwa Failkan Rujuk, Kakak Adira Suhaimi Bersuara

Kakak Adira Suhaimi tampil jelaskan isu rujuk dalam iddah.

Kakak kepada penyanyi Adira Suhaimi, Emma tampil memberi penjelasan susulan dakwaan kononnya adiknya telah kembali rujuk bersama bekas suami, Datuk Red dalam tempoh iddah.

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Emma menegaskan bahawa keluarga mereka tidak mengetahui tentang tindakan Adnan yang memfailkan pengesahan rujuk di mahkamah.

Ye memang betul Adnan (Datuk Red) ada failkan dekat mahkamah. Kami sekeluarga baru dapat info tentang ini dua hari lalu, dan setahu kami apa yang kami lihat tiada tanda-tanda rujuk selama diorang dah cerai.

“Secara tiba-tiba lepas cinta ditolak” – Kakak Adira Suhaimi

Emma turut mendedahkan bahawa isu rujuk itu dibangkitkan secara mengejut oleh Adnan.

IKLAN

Memang 1 minggu sebelum Adnan ke umrah dia ada menyatakan hal ini secara tiba-tiba setelah cinta di tolak.

Perkara itu sekali gus mengejutkan seluruh keluarga Adira yang tidak menjangkakan tindakan sedemikian diambil.

Minta Datuk Red berhenti mengharap

Dalam masa sama, Emma yang juga seorang penyanyi dan penyampai radio meminta bekas abang iparnya itu berhenti memaksa dan menerima kenyataan bahawa hubungan dengan Adira sudah berakhir.

Dia paksa dengan macam macam cara sampai cara paling tidak selesa. Adira dah nak move on dia tak terima.

Adira dah jumpa jalan keluar dan bawa haluan sendiri Adnan pula ke mahkamah. Keluarga semua terkejut dan tidak bersetuju tentang hal ini.

Keluarga Adira Suhaimi mahukan yang terbaik untuk kedua-dua mereka

Adira Suhaimi Datuk Red

Emma menegaskan keluarga mereka hanya mahukan yang terbaik buat kedua-dua pihak, namun tidak sanggup lagi melihat Adira terus terperangkap dalam kitaran masalah yang sama.

Kami sekeluarga nak diorang ada hidup baru. Doa yang terbaik buat kedua dua nya. Adira layak bahgia, Adnan pun layak bahagia.

Tapi untuk biarkan adik kami ditempat yang sama dengan drama yang tak henti, masalah yang tiada penghujung. Berjuang sendiri, bertahan bukan lagi pilihan.

Buat Adnan, bila tak mampu beri bahagia jangan hulurkan sengsara dan sakit berpanjangan.”

Pssttt! Perkahwinan sepatutnya membawa bahagia, bukan luka berpanjangan. Jika sudah tiba masanya untuk melepaskan, lakukan dengan matang dan hormat keputusan semua pihak.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas