Connect with us

Oh! Media

Sayu Dengar Bapa Faisal Halim Beri Kenyataan Panjang Lebar Akibat Anak Disimbah Asid

Faisal Halim

Oh! Arena

Sayu Dengar Bapa Faisal Halim Beri Kenyataan Panjang Lebar Akibat Anak Disimbah Asid

Hangat di media sosial mengenai pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim yang disimbah asid oleh dua individu yang tidak dikenali baru-baru ini. 

ADVERTISEMENT

BACAAda Cerita Baru Tersebar Mengenai Kejadian Simbah Asid Faisal Halim

Terbaru! Menurut laporan Harian Metro, bapa kepada tonggak utama Selangor FC itu, Abdul Halim Saad menyifatkan anaknya kuat hadapi ujian yang sukar ini dan telah menerima kenyataan.

Faisal Halim

Seluruh keluarga juga menantikan kepulangannya selain sudah reda dengan ketentuan Ilahi atas apa yang telah terjadi. 

Alhamdulillah ketika ini dia (Faisal) boleh terima diri dia siapa (keadaannya) dan bagi saya, dia kuat. Dia seorang yang kebal.

Sekiranya, Allah izin dia (keadaan kesihatannya) akan lebih baik lagi dari sebelum ini.

Abdul Halim juga bersyukur kerana mendapat sokongan daripada semua pihak yang terus mendoakan Faisal serta keluarganya selain amat-amat berterima kasih.

Saya amat bersyukur dan teruja dengan sokongan, semangat bagi kami sekeluarga lebih lagi kuat terima qada dan qadar Allah.

Kami sekeluarga reda dengan apa yang dikehendaki oleh sama-sama makhluk (di muka bumi ini), hanya tuhan (Allah) yang Maha Mengetahui (apa yang berlaku).

Pada masa sama, saya berbangga dengan pasukan polis kita dan berterima kasih kerana menjalankan siasatan yang kami sekeluarga menyerahkan kepada pihak berkuasa (untuk menangkap pelaku).

Untuk memberi sokongan kepada Faisal, bapanya akan pergi melawat dalam masa terdekat ini.

Mungkin sehari dua lagi saya akan ke sana. Lagipun memang sejak hari kejadian keluarga sudah ada di sana kerana menyambut hari ulangtahun kelahiran anak Faisal.

Ketika ini, kita (keluarga) tidak mahu kacau emosi dia, cuma dia dapat tahu bapa dia ada mai (datang) itu pun dah cukup boleh menguatkan dia.

Bapa Faisal juga tidak buat sebarang keputusan lagi sama ada ingin memindahkan anaknya itu untuk dirawat di Pulai Pinang ataupun tidak. 

Kita tengok situasi dia bagaimana, sekiranya ada lagi yang pihak perubatan sana perlu buat (mereka boleh teruskan) dan kalau dah selesai kita tengok mungkin kita akan bawa dia balik untuk dia rehat di sini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Ke Atas