Connect with us

Oh! Media

Ramai Keliru Dapat Keputusan Ujian Berbeza, Doktor Kongsi Self-Test Kit Yang Lebih Tepat

covid test

COVID-19

Ramai Keliru Dapat Keputusan Ujian Berbeza, Doktor Kongsi Self-Test Kit Yang Lebih Tepat

Lambakan kit ujian kendiri COVID-19 di pasaran pastinya sedikit sebanyak membuatkan kita ‘pening’ dan keliru untuk memilih yang terbaik kerana kadang-kadang ada diantaranya palsu dan tidak mendapat kelulusan daripada KKM.

ADVERTISEMENT

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila ada netizen yang membuat sendiri ujian saringan COVID-19 menggunakan self-test kit ini namun mendapat keputusan yang berbeza dan tidak tepat.

Yang bertanda hijau adalah lebih baik digunakan – Dr Muiz

Dalam sebuah perkongsian yang dibuat oleh seorang individu yang dikenali sebagai Dr Muiz Murad ini, dia ada menyenaraikan  beberapa jenama self test kit sebagai panduan untuk pengguna.

Dalam hantaran yang dimuat naik di Twitter miliknya itu, Muiz telah menunjukkan jenama yang mengeluarkan keputusan positif dan negatif apabila digunakan oleh pengguna.

Yang bertanda hijau adalah lebih baik digunakan. ” Kawan doktor saya punya pesakit yang ramai mendapat keputusan negatif bila menggunakan yang kiri namun positif apabila guna yang di sebelah kana & buat PCR.”

Meninjau ruangan komen, ramai warga maya berkongsikan pengalaman menggunakan self- test kit  dan masing-masing memberi jawapan yang sama seperti yang diperkatakan Muiz iaitu keputusan negatif diperoleh ketika melakukan ujian sendiri namun keputusan positif setelah membuat ujian PCR.

Self test kit

Sebagai kesimpulan, ada yang beranggapan bahawa orang ramai perlu menggunakan lebih dari satu alat ujian kendiri di rumah untuk mendapat keputusan yang sebaiknya.

Namun jika bergejala segera lakukan ujian saringan di klinik ataupun hospital.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas