Connect with us

Oh! Media

Dr. Noor Hisham Lihat Kompaun RM1,000 Sudah Tidak Cukup Bagi Kesedaran

Ohmedia kompaun kilang

COVID-19

Dr. Noor Hisham Lihat Kompaun RM1,000 Sudah Tidak Cukup Bagi Kesedaran

Nampaknya semakin ramai yang berani langgar SOP ya? Mentang-mentang ramai dah lengkap dos vaksin, norma baharu pun dah mula dilupakan. Janganlah macam tu korang!

Untuk pengetahuan, disebabkan ada antara kita yang melanggar SOP, pihak atasan sudah mula melihat denda kompaun RM1,000 kepada individu dan syarikat sudah tidak lagi memadai.

Disebabkan itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mencadangkan Pindaan Rang Undang-undang (RUU) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342 pindaan 2021).

IKLAN

Syarikat untung juta-juta takkan kompaun RM1,000 sahaja?

Kita lihat banyak kesalahan berulang malah ada sehingga mencetuskan dua atau tiga kali kluster. Ini bermakna tindakan yang sepatutnya dijalankan oleh syarikat tersebut tidak dilaksanakan.

Sebagai contoh, kilang sarung tangan yang mengaut keuntungan berjuta-juta dan apabila dikenakan denda mengikut Akta 1988, maksimum hanya RM1,000 jadi ia tidak berkesan.

Antara cadangan lain yang diberikan adalah mengasingkan denda kompaun antara kesalahan individu dan syarikat. Ini amat tidak adil apabila syarikat sudah menetapkan SOP tetapi pekerja yang berdegil untuk mematuhinya.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Oh! Sembang Jerr - Formula 1 Kembali Ke Sepang

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIna dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas