Connect with us

COVID-19

Doktor Di Korea Dedah Punca Belum Dijangkiti Covid-19, Sebab Tiada Kawan?

Naib Presiden Persatuan Vaksin Korea, Ma Sang Hyuk yang juga merupakan seorang doktor di negara itu mencetuskan kontroversi hangat apabila mengeluarkan kenyataan mendakwa sesiapa yang belum dijangkiti Covid-19 berkemungkinan tiada kawan.

BACA: “Demi Konten Sanggup Jadi Bod*h”, Doktor Ini Tepis Dakwaan Cara Sembuh Covid-19 Kena Lari 10KM

IKLAN

Kenyataan yang dibuat di Facebook pada 16 Mac itu telah dipadam namun sempat dirakam sehingga tular di media sosial.

Menurutnya, “Orang dewasa yang masih belum dijangkiti Covid-19 adalah mereka yang mempunyai masalah interpersonal.”

Bagaimanapun, dia memberitahu laman berita New Daily bahawa pendapat yang ditulisnya di Facebook itu bersifat metafora.

Dia menekankan betapa sukarnya nak mengelak daripada dijangkiti virus itu apabila jumlah kes semakin tinggi.

Sebelum ini, doktor pakar itu pernah menyokong usaha untuk ‘hidup bersama wabak’ dan meminta orang ramai supaya lebih fokus kepada rawatan berbanding mematuhi peraturan penjarakan sosial.

Terdahulu, catatan daripada Wall Street Journal bertarikh 6 Februari daripada pakar penyakit berjangkit, Brenda Crabtree ada mengeluarkan kenyataan serupa dengan Ma Sang Hyuk iaitu, “Jika anda tidak mempunyai rakan yang dijangkiti sekarang, anda tidak mempunyai kawan”.

Kredit: Beautifulnara | The Korean Herald

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori COVID-19

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas