Connect with us

Oh! Media

“Demi Konten Sanggup Jadi Bod*h”, Doktor Ini Tepis Dakwaan Cara Sembuh Covid-19 Kena Lari 10KM

covid19

Trending

“Demi Konten Sanggup Jadi Bod*h”, Doktor Ini Tepis Dakwaan Cara Sembuh Covid-19 Kena Lari 10KM

Sekarang ni kita dapat tengok sendiri yang ramai orang berlumba-lumba nak buat konten untuk tarik perhatian orang ramai. Sesiapa jer boleh wujudkan konten mereka sendiri dan kongsi dekat TikTok sekarang tapi adakah apa yang dikongsikan itu betul dan boleh diikuti?

ADVERTISEMENT

Siapa yang akan pantau penghasilan konten?

Ohmedia bangkitkan isu ini selepas melihat perkongsian seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai jurulatih kecergasan. Lelaki itu memaklumkan dirinya telah disahkan positif Covid-19 dan kembali negatif sebaik sahaja melakukan larian sejauh 10 kilometer. Perkongsiannya di TikTok telah menarik perhatian netizen yang rata-rata tidak bersetuju dan mengecam tindakannya.

Kecaman dari warganet ini membawa sehingga ke Twitter dan di sinilah Parkar Perunding Perubatan dan Pakar Nefrolog, Hospital Putrajaya, Dr. Rafidah Abdullah turut terpanggil untuk membidas perkongsian lelaki terbabit.

Mengarut! Ada juga ya manusia macam ni. Pendapat saya, elok ditangkap saja

Dr. Rafidah memaklumkan jika seseorang mengalami jangkitan Covid-19, akan ada risiko serangan jantung. Oleh itu, pesakit perlu berehat, kekal hidrasi dan makan makanan sihat. Jadi, amat tidak masuk akal untuk kita berlari pada jarak jauh.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas