Connect with us

Oh! Media

Yang Tersayang Tetap Prioriti, 2 Bapa Kongsi Cara ‘Curi’ Masa Untuk Keluarga

Branded

Yang Tersayang Tetap Prioriti, 2 Bapa Kongsi Cara ‘Curi’ Masa Untuk Keluarga

Rezeki tidak pernah salah alamat. Siapa yang berusaha pasti akan dapat menuai hasilnya. Dalam situasi serba mencabar seperti sekarang, tidak mudah untuk mendapatkan pekerjaan yang stabil dan menjamin pendapatan tetap. Siapa sangka, dengan bekerja mengikut jangka masa ditetapkan sendiri, 2 bapa – Izzat dan Jahabar mampu mencari rezeki dan masih ada masa untuk keluarga.

Izzat, rider, bapa 2 anak, ada lebih 900 fans dalam app Lalamove

Seorang bapa, Izzat turut berkongsi perjalanannya dengan Lalamove dengan kami. Izzat merupakan seorang rider Lalamove. Sebagai bapa muda, dia ada cara tersendiri untuk tetap meluangkan masa dengan anak kecil dan keluarganya sementara mencapai matlamat untuk menyimpan untuk masa depan anak-anaknya.’

“Apa yang saya suka, Lalamove lagi fleksibel untuk saya, rider tak perlu ikut shif untuk bekerja. Order pula bergantung kepada rider sama ada untuk ambil atau tidak. Jadi, saya ada lebih masa untuk keluarga,” cerita bapa dua anak ini.

Terang Izzat lagi, fleksibiliti pada waktu kerja sebagai rider membolehkannya tetap mendapatkan rehat yang cukup setelah lama di atas jalan raya. Paling penting, masa berkualiti untuk keluarga tetap menjadi prioriti.

Ditanya berkenaan sokongan daripada keluarga, Izzat meluahkan pada mulanya hanya si isteri yang menyokong pilihannya. 

“Mula-mula, yang paling support isterilah. Tapi sekarang alhamdulillah, adik-beradik dan ibu bapa semua dah tunjuk sokongan kepada saya. Buat masa sekarang, mereka sedar ini peluang besar cari rezeki dengan Lalamove,” tambah Izzat lagi.

Dia juga sempat berkongsi cerita pelanggannya yang baik sepanjang menjadi rider Lalamove. Tindakan kecil seperti mengucapkan terima kasih, menyenangkan tugas dengan turun dari tingkat atas untuk menerima barangan antara kebaikan pelanggannya.

Lalamove rider

“Walaupun nampak kecil, tapi cukup menggembirakan rider seperti saya apabila pelanggan bersopan santun dan memudahkan urusan. Ada juga pelanggan yang bertimbang rasa, mereka sediakan satu set makanan bila saya hantar pada mereka,” ceritanya.

Untuk menambah pendapatan sebagai rider, Izzat juga menyertai mission Lalamove yang menjanjikan insentif mingguan yang membantu dia menangguh sedikit beban atas kos maintenance motor, minyak dan tabung kecemasan.

“Dari segi pendapatan, kalau peak days macam Khamis, Jumaat, Sabtu, boleh dapat RM100 hingga RM150 sehari. Kalau hari kurang sibuk pula, saya boleh dapat kira-kira RM80 sehari.”

Ditanya adakah dia akan masih bersama Lalamove atau bertukar angin di masa depan, Izzat mempunyai alasan sendiri untuk setia menjadi rider Lalamove.

“Selagi apps Lalamove ni ada dan mengekalkan kualiti terbaik, saya akan setia dengan Lalamove. Sebab bagi saya, dengan Lalamove, masa dengan keluarga dapat diselitkan walaupun sibuk bekerja,” akhiri Izzat. 

Jahabar, pemandu lori, bapa 1 anak, mempunyai 197 fans gemarkan dia dalam app Lalamove

Jahabar pemandu lori Lalamove

Seorang lagi bapa, Jahabar turut berkongsi perjalanannya dengan Lalamove. Jahabar menyediakan perkhidmatan pemindahan barang menggunakan lori bercerita dengan kami mengenai tugasnya demi rezeki halal untuk sekeluarga.

Sebelum ini hanya membawa lori untuk Lalamove separuh masa, Jahabar kini lebih fokus memberikan khidmat terbaik secara sepenuh masa, tanpa mengabaikan tugasnya sebagai suami dan bapa.

“Apa yang saya suka dengan Lalamove adalah walaupun sesibuk mana mencari pendapatan, saya masih ada masa dengan keluarga,” cerita Jahabar.

“Untuk pastikan masa dengan keluarga tidak terganggu, dari malam Sabtu saya akan pastikan untuk ‘off’ kan khidmat saya dalam sistem Lalamove. Memang tak ambil order langsung. Pernah berlaku beberapa kali order masuk ketika bersama keluarga, jadi hati tidak tenteram. Lebih baik saya ‘off’kan terus,” ujarnya lagi.

Menurut Jahabar lagi, bukan jumlah trip yang harus dikejar dan diberi keutamaan, apa yang lebih penting buatnya ketika membawa Lalamove adalah kepuasan pelanggannya. Dia juga sempat berkongsi pengalaman manis dengan pelanggan yang menghargai khidmatnya sebelum ini.

Lalamove driver

Dia juga turut menasihatkan mereka yang terkesan dengan keadaan semasa untuk memilih Lalamove sebagai mata pencarian.

“Dekat luar sana, kalau sesiapa tak ada pendapatan,jangan putus ada, Lalamove adalah platform yang bagus untuk mencari rezeki. Saya sendiri ada pendapatan tetap disamping Lalamove ada fleksibiliti dari segi masa. Kalau ada kereta, motor atau kenderaan bersesuaian, boleh buat Lalamove,” akhiri Jahabar menutup perbualan. Nak tahu lebih lanjut mengenai Lalamove? Boleh kunjungi dan daftar di laman web mereka atau terus download aplikasi Lalamove Driver sekarang!

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas