Connect with us

Oh! Media

Uncle Kentang Terus Berbakti, Lalamove Siap Bagi Free Delivery

Branded

Uncle Kentang Terus Berbakti, Lalamove Siap Bagi Free Delivery

Dengan slogan “Memperkasakan Komuniti Untuk Perubahan Positif”, Lalamove meluaskan inisiatif ‘Deliver Care’ kepada pertubuhan amal milik Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang menerusi Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia. Kerjasama ini membolehkan penghantaran barangan keperluan asas dari Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia kepada golongan kurang bernasib baik dan petugas barisan hadapan berjalan lebih pantas dan lancar.

Lalamove memperkenalkan inisiatif ‘Deliver Care’ pada Mac 2020. Inisiatif ini bergerak sebagai penyelesaian berdaya maju kepada masalah logistik untuk organisasi bukan kerajaan (NGO) yang terkesan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang membataskan pergerakan terhadap kenderaan yang tidak dikategorikan sebagai sektor penting.

Uncle Kentang buat kebajikan.

Tahun ini, lebih 30 NGO telah mengambil peluang perkhidmatan Lalamove untuk menghantar barangan keperluan asas kepada petugas kesihatan barisan hadapan dan golongan yang memerlukan di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.

Menurut Kuan, pandemik merupakan cabaran hebat bukan hanya kepada rakyat, malah organisasi beliau turut terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pasukan Uncle Kentang salur bantuan guna Lalamove.

Antara langkah berjaga-jaga yang dipatuhi semasa memberi sumbangan amal adalah mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka dengan betul. Terdapat juga isu logistik yang harus ditangani disebabkan hanya kenderaan dan pemandu tertentu sahaja dibenarkan berada di atas jalan raya untuk aktiviti yang dibenarkan.

Oleh itu, Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia melalui beberapa cabaran hebat semasa memberi tugasan kepada pemandu dan kenderaan untuk penghantaran kebajikan. Menurut Uncle Kentang, dia memuji khidmat percuma disalurkan Lalamove untuk memudahkan urusan penghantaran bantuan.

Lalamove adalah servis penghantaran pertama yang memberikan khidmat logistik percuma kepada Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia. Kami amat bersyukur atas perkhidmatan Lalamove yang membantu kami menghantar barangan penting kepada mereka yang memerlukan.

Saya pula memang sudah biasa dengan servis penghantaran Lalamove. Saya selalu menggunakan perkhidmatan mereka untuk menghantar ‘Uncle Kentang White Coffee’ kepada pelanggan saya.

Lalamove van

Pengarah Urusan Lalamove Malaysia, Jane Teh turut meluahkan kesediaan syarikat itu untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan beban dihadapi NGO.

Kami berharap kerjasama kami bersama Uncle Kentang dapat menarik lebih banyak NGO untuk mengambil peluang inisiatif penghantaran percuma kami.

Kami mempunyai jumlah kenderaan yang lebih dari cukup dan rakan penghantar terlatih untuk meringankan beban logistik yang dihadapi NGO. Oleh itu, kami mengalu-alukan NGO, bukan sahaja di Lembah Klang, malah di Pulau Pinang dan Johor.

Pada masa ini, Lalamove menerima permohonan dari NGO yang ingin menyertai inisiatif Deliver Care tanpa sebarang bayaran. Lalamove akan terus memperkasa dan menghubungkan komuniti semasa waktu getir ini dengan tajaan servis penghantaran kepada pusat kebajikan. Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif penghantaran percuma dan pendaftaran, sila layari laman Deliver Care Lalamove.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas