Connect with us

Oh! Media

Terima World Branding Awards Di England, Al-Ikhsan Tampil Dengan The Biggest Sport Carnival Untuk Hargai Sokongan Rakyat Malaysia

Branded

Terima World Branding Awards Di England, Al-Ikhsan Tampil Dengan The Biggest Sport Carnival Untuk Hargai Sokongan Rakyat Malaysia

Siapa jer yang tak pernah pergi Al-Ikhsan Sports yang merupakan antara syarikat penjualan peralatan dan pekaian sukan terkemuka di Malaysia ni kan. Untuk pengetahuan korang, baru-baru ini Al-Ikhsan telah berjaya mendapat anugerah di World Brand Awards untuk kategori Brand of The Year in Retail (Malaysia) London 2019-2020 dalam acara World Branding Forum.

Kejayaan ini amat membanggakan seluruh rakyat Malaysia kerana ini merupakan pencapaian syarikat bumiputera yang berjaya sehingga kini. Tahniah Ohmedia ucapkan kepada Ali Hassan Mohd Hassan yang merupakan pemilik kepada rangkaian syarikat Al-Ikhsan.

Karnival Barangan Sukan Terbesar

Disebabkan itu, buat julung kalinya Al-Ikhsan akan adakan The Biggest Sport Carnival dengan tawaran terhebat pada 20 Disember 2019 hingga 01 Januari 2020 bertempat di Hall 4, Putra World Trade Centre, PWTC Kuala Lumpur bagi menghargai sokongan rakyat Malaysia selama ini. Tak lama jer lagi tu gais.

Lebih 70,000 barangan sukan untuk dimiliki

Jadi korang dah ready belum nak serbu Al-Ikhsan The Biggest Sport Carnival ni? Rugi kalau korang tak gunakan peluang ni, lagi-lagi untuk korang yang sukakan gaya hidup sihat sebab Al-Ikhsan akan sediakan lebih 70 ,000 barangan sukan antarabangsa dan berjenama dengan potongan harga sehingga 70% gais! Mana nak dapat potongan banyak ni weh?

Pelbagai jenama popular seperti Nike, Adidas, Puma, Asics, Umbro, Lotto, Under Arrmour, Timberland,Skechers dan semua jenama hebat-hebat menanti korang.

50% barangan pada harga RM100 ke bawah

Bila dah ada karnival ni, mestilah banyak tawaran menarik di mana korang juga berpeluang untuk dapatkan lebih 1.2 juta barangan untuk larian, 1.7 juta barangan sukan Bola Sepak, dan sebanyak 50% daripada semua barangan ini akan dijual pada harga RM100 ke bawah.

Tidak cukup dengan itu, untuk korang yang saiz tapak kaki besar sampai 10uk tu, ada potongan 20% lagi tau. Untung ada kaki besar ni kan? Hehe.

Happy hour & bidding pun ada gais

Sepanjang 13 hari karnival Al-Ikhsan ini juga, akan ada Daily Flash Sales pada harga serendah RM9 jer dan Happy Hour turut akan diumumkan untuk 90% barangan. Siapa yang minat beli barang bid pun turut akan diadakan bagi barangan premium. Pergh! Memang banyak gila yang Al-Ikhsan tawarkan ni.

Adidas Activation Zone

Untuk peminat Adidas best sikit sebab ada Adidas Activation Zone dimana akan ada perasmian jersey terbaru dari Belgium, Spain, Germany, Wales dan UNIFORIA untuk perlawanan EURO 2020 nanti. Masa ni lah korang nak borong semua produk premium Adidas, siap ada tawaran 50% lagi tu.

Penangan Adidas ni memang lain macam gais sebab korang juga akan dapat RM5 untuk bayaran parking (pembelian RM350 ke atas) dan juga berpeluang untuk dapatkan diskaun baucer makanan di Cafe PWTC.

Fuh! Ohmedia rasa macam nak pergi sekarang jer bila cerita semua tawaran diorang ni sebab ada lagi benda menarik Ohmedia nak share ni gais.

Lepas habis jer shopping sakan, korang juga boleh join talk programme seperti Health Talk, Entrepreneurship Talk, Product Knowledge dan banyak lagi.

2 vs 2 soccer tournament pun ada tu

Banyak lagi aktiviti menarik dekat Adidas Activation Zone ni macam treadmil games dimana akan ada satu sudut e-Sport zone dan korang boleh sertai 2 vs 2 soccer tournament dan menangi hadiah sehingga RM1500. Untuk Sport Spark Zone pula, korang boleh layan PS/VR games dan cuba main teqball, mini foot golf, shoot for the goal.

Siapa hebat kena masuk ni

Kalau korang rasa hebat, boleh cuba nasib di Be the Pro Obstacle untuk permainan foot gold game di mana setiap peserta perlu mencabar catatan masa yang telah direkodkan seorang pemain pro dan jika berjaya, korang akan membawa pulang baucer bernilai RM50.

Fans Liverpool mesti akan rambang mata

Untuk fans Liverpool, korang juga tak terlepas dari pandangan Al-Ikhsan bila ada satu booth khas koleksi pasukan Liverpool juga akan tersedia untuk korang miliki. Menarik kan?

Jadi korang boleh datang beramai-ramai bersama keluarga dan kawan-kawan sebab Ohmedia yakin korang tak akan menyesal. Tak payah fikir lagi, korang datang jer ke Al-Ikhsan The Biggest Sport Carnival ni dan sentiasa bersemangat untuk amalkan kehidupan sihat. Jumpa korang di sana ok!

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas