Connect with us

Oh! Media

Telefon Style, Kamera Pun Tip-Top, Ini Sebab Kenapa vivo V27 Paling Onz Untuk Raya Tahun Ni!

Branded

Telefon Style, Kamera Pun Tip-Top, Ini Sebab Kenapa vivo V27 Paling Onz Untuk Raya Tahun Ni!

Pejam celik, pejam celik hari raya menjelang tiba. Haa… Bila sebut tentang raya perkara pertama yang bermain di fikiran semestinya OOTD raya. Dah cantik-cantik berbaju baru, takkanlah korang tak nak ambil gambar. 

Tapikan cakap tentang OOTD ni benda pertama yang korang kena ada mestilah kamera atau telefon pintar yang gempak kan? Kali ni, Ohmedia nak kongsi dengan korang  tentang vivo V27 yang mampu merakam moment raya  paling onz. Nak tahu kenapa ? Let’s go…

Pilihan Warna Yang Menarik & Boleh Bertukar. Wow!

vivo V27 hadir  dengan 3 pilihan warna menawan Noble Black,Flowing Gold dan Emerald Green. Bagi vivo V27 ni, kami personally rasa yang warna Hijau Emerald (Emerald Green) mempunyai daya tarikan yang tersendiri, hinggakan warna ni jadi rebutan ramai.  

Sebab utamanya ialah model V27 direka dengan color changing technology yang mampu menukar warna telefon dari hijau pastel ke hijau emerald apabila terkena sinaran cahaya.Menarik kan?

Jadi bolehlah korang show off dekat sedara mara bila raya nanti, bukan setakat baju je style tapi telefon vivo V27 pun style.

Pertama Di Malaysia ( Aura Light OIS Portrait System + Sony IMX766V Customized Flagship Sensor* )

Vivo, OOTD, Raya

Kalau korang nak tau juga, vivo V27 adalah telefon pintar pertama di Malaysia yang mempunyai Aura Light OIS Portrait System. Sistem ini membantu menghasilkan gambar portrait yang lebih jelas terutamanya pada waktu malam. 

Bukan setakat itu sahaja, ia turut dilengkapi dengan Sony IMX766V Customized Flagship Sensor yang menambahkan lagi kecantikan pada gambar yang dihasilkan oleh vivo V27. Bila malam Raya nanti, confirm kita akan jadi orang yang paling tak senang duduk sebab nak shoot sedara mara.

Kamera Depan 50MP HD AF Selfie

Selfie, OOTD, Raya

vivo V27 mempunyai 3 kamera utama pada bahagian belakang, masing-masing dengan sensor wide angle 50 MP, ultrawide angle 8 MP, dan macro lens 2 MP. Selain merakam gambar, V27 juga mampu meraka video berkualiti tinggi sehingga  4K@60fps.

Salah satu gambar yang wajib ada semasa raya, mestilah selfie. Jangan risau, buat pecinta selfie telefon vivo V27 ni hadir dengan kamera depan 50MP dan lebih menarik lagi adanya autofocus

Jadi tiada lagi masalah kalau nak berselfie dengan sedara mara yang ramai lebih-lebih  lagi bila hari raya. Confirm semua muka dapat di capture dan paling penting gambar clear.

Tak Sampai 1 Jam Full Battery !! 

Vivo, OOTD, Raya,

Bila raya ni confirm kita semua tak cukup tangan nak buat semua benda. Mana nak layan tetamu, isi kuih raya, kacau dodol, bakar lemang,tangkap gambar dan macam-macam lagi sampaikan kita boleh lupa untuk charge telefon. 

Tapi dengan adanya vivo V27, raya kalini confirm korang tak kalut sebab V27 ni dilengkapi dengan 66W pengecasan laju (FlashCharge). Tak sampai 1 jam bateri phone korang dah penuh. Amazing kan…

Serikan Aidilfitri Tahun Ni Dengan Gambar Raya Paling Awesome, Guna vivo V27 Je!

Menarik juga kalau guna V27 raya ni kan? Telefon pintar V27 dikuasakan dengan cip pemrosesan CPU Mediatek Dimensity 7200 (4 nm) dengan storan 256GB, 8GB RAM. Skrinnya pula sedap mata memandang dengan saiz 6.78-inci AMOLED. 

Pada korang yang berminat nak memiliki vivo V27, korang boleh dapatkan dalam 2 jenis peranti:

  • V27 8 + 256GB (RM1799)
  • V27 12 + 256GB (RM1999)

Mulai 1 April 2023 selama sebulan, pelanggan yang membeli vivo V27 12 RAM + 256GB akan menerima hadiah percuma sehingga RM957. Selain itu, vivo turut memberi 1 tahun extended warranty + 1 tahun screen protection + promotion voucher bernilai sehingga RM636.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga turut dapat memiliki hadiah seperti bluetooth speaker, TWS earphone dan 10000mAh Powerbank yang bernilai sehingga RM321. Banyaknya free gift! 

Untuk lebih info tentang jenama vivo korang boleh ikuti vivo di Facebook, Instagram dan laman web,
Jadi tunggu apa lagi, grab sekarang vivo V27 supaya Raya anda tahun ini tak kalut dan sentiasa style dan gempak…

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas