Connect with us

Oh! Media

Specs Perlu Tahu vivo V27e: Kemasan Premium, Hasil Foto Menarik, Influencer Pun Approve

vivo v273

Branded

Specs Perlu Tahu vivo V27e: Kemasan Premium, Hasil Foto Menarik, Influencer Pun Approve

vivo Malaysia baru-baru ini melancarkan model terkini vivo V27e setelah teaser mengenai model ini tersebar. Selain warnanya yang menarik perhatian, sudah tentu faktor spesifikasi dan harga membuatkan model ini meraih perhatian peminat teknologi.

Fungsi + gaya dalam 1 smartphone

vivo V27e terbina dengan Kamera Ultra-Sensing OIS 64MP dan ciri Potret Cahaya Aura untuk memberikan pengalaman fotografi tahap teratas bagi penggunanya.

Kamera Ultra-Sensing OIS beresolusi 64MP dan Potret Cahaya Aura menjadikan kualiti gambar potret ala kamera profesional. Model ini menggabungkan fotografi optik dan fotografi pengkomputeran untuk gambar lebih jelas, terang serta menonjol berbanding kamera biasa.

vivo 27e

Detik indah sepatutnya diabadikan tanpa mengira tempat, waktu mahu pun keadaan sekeliling. Perlu mengambil gambar di tempat kurang cahaya malap atau waktu malam? Mujur model ini ada Cahaya Aura dan Mod Potret yang membantu seiring untuk membantu kamera menerangi wajah bagi menangkap gambar potret hebat.

Kamera Ultra-Sensing OIS 64MP di belakang vivo V27e menawarkan pendedahan (exposure) yang lebih lama dan meningkatkan pengambilan cahaya sebanyak enam kali ganda, sekaligus menghasilkan tangkapan yang lebih stabil.

Penstabilan, gerakan hingga 10,000 kali sesaat

Bukan sekadar gambar, mengambil video berkualiti pun lebih mudah dengan vivo V27e ini. Video diambil terhasil lebih cerah, dinamik dan terperinci dengan Penstabil Imej Hibrid (OIS + EIS). Fungsi ini melakukan pengiraan penstabilan dan gerakan sehingga 10,000 kali sesaat untuk rakaman lebih lancar, stabil dan jelas.

Di zaman sekarang, semua orang nak jadi content creator kan? vivo V27e dengan ciri Vlog Movie Creator menyediakan 26 templat dengan efek video untuk merakam objek, orang atau pun landskap bersama panduan masa real-time.

Vlog Movie Creator juga membolehkan pengguna mengedit video dengan cekap menggunakan peluncur masa terbina di dalamnya, membolehkan pengguna memotong dan memadamkan segmen video yang berlebihan dengan mudah

Skrin 6.62 inci untuk pengalaman visual mengasyikkan

vivo V27e terbina dengan skrin 6.62 inci untuk memberikan pengalaman visual mengasyikkan. Kadar segar semula 120 Hz menjanjikan penggunaan lancar tanpa sebarang gangguan.

Skrin 2.5D menawarkan butiran yang kaya, memberikan pengguna dunia visual mengasyikkan seakan pawagam. Paparan AMOLED Cahaya Matahari 120Hz juga menampilkan sensor cahaya ambien yang dibangunkan sendiri digabungkan dengan bahan bercahaya yang melaraskan kecerahan skrin dengan bijak dan menghasilkan warna asli yang terang.

Paling menarik, dengan segala spesifikasi, model terbaru vivo ini berketebalan 7.69mm dan berat hanya 187.7g sahaja. Ultra-nipis dan memberikan efek langsing serta elegan.

Cas 50% dalam 18 minit

vivo V27e dilengkapi bateri berkapasiti 4600 mAh. Teknologi FlashCharge menyokong sehingga 66W kuasa pengecasan. Sistem penyejukan canggih pula membolehkan model ini dicas 50% dalam hanya 18 minit ketika skrin dimatikan.

2 warna menawan

vivo v27e

Model ini mempunyai 2 warna dengan kelebihan masing-masing. Edisi Ungu Lavender (Lavender Purple) menggunakan teknik goresan gambar skala nano dan menampilkan corak bulu merak, menampikan ciri unik dan menarik perhatian.

Edisi Hitam Glory (Glory Black) pula menampilkan corak sutera, berkilauan untuk pemilik yang sukakan elemen glamor dan mewah.

Model ini direka untuk kelihatan premium walaupun berharga mampu milik. Dari kemasan, kenipisan, berat, rekaan sehinggalah warna, semuanya memainkan peranan penting untuk dijadikan faktor dalam memilih smartphone.

Ciri Cahaya Aura pula membantu mengambil gambar menarik, selfie atau wefie, tidak ada masalah untuk menghasilkan gambar on point dengan ciri istimewa ini. 

Skrin beresolusi tinggi beserta fill light tahap studio memudahkan pengguna vivo V27e mengambil gambar tanpa perlu banyak usaha. Segalanya lebih mudah untuk menghasilkan gambar ala profesional.

Hadiah percuma terhad 1 bulan bernilai RM666

vivo v27e

vivo V27e kini boleh didapati pada harga RM1,299 dan pengguna boleh mendapatkannya di semua kedai konsep vivo, pengedar sah, E-Store rasmi vivo Malaysia dan kedai utama rasmi vivo Malaysia di Shopee, Lazada dan TikTok.

Mulai 4 Mac 2023 selama sebulan, pelanggan yang membeli vivo V27e akan menerima hadiah percuma bernilai RM666, termasuk tag pintar bernilai RM69, pembesar suara Bluetooth (RM99), jaminan lanjutan 1 tahun dan perlindungan skrin 1 tahun. Untuk maklumat lanjut tentang vivo V27e, layari laman web rasmi vivo Malaysia.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas