Connect with us

Oh! Media

Takde Duit Kecil Nak Kembalikan Pada Pelanggan? Ini 4 Sebab Kenapa Peniaga Dah Kena Bertukar Kepada Cashless!

Maybank Tap-On-Phone

Branded

Takde Duit Kecil Nak Kembalikan Pada Pelanggan? Ini 4 Sebab Kenapa Peniaga Dah Kena Bertukar Kepada Cashless!

Kalau kita tengok sekarang ni, ramai orang yang berniaga akan menyediakan kemudahan cashless payment. Maklumlah, zaman dah berubah, dunia dah maju kan~ 

Untuk pengetahuan, terdapat pelbagai jenis pilihan cashless payment yang disediakan oleh peniaga untuk pembeli supaya dapat memudahkan urusan niaga serta menjadikan transaksi pembayaran lebih efisien. 

Namun, korang tahu tak ada satu lagi pilihan pembayaran tanpa tunai yang lebih MUDAH dan KONDUSIF, hanya perlu TAP saja menggunakan telefon pintar. Kami yakin pembayaran cara ni merupakan penyelamat untuk peniaga kecil.

Paling menarik, korang tak perlu pening-pening nak apply terminal bayaran (POS), hanya pastikan telefon pintar korang ada fungsi Near-Field Communication (NFC) dan internet je!

Jom jadi cashless society dengan Tap-On-Phone

Kos Rendah & Jaminan Keselamatan Yang Terbaik

Bagi peniaga kecil seperti penjual makanan tepi jalan atau usahawan IKS, jual beli secara tunai menjadi pilihan kerana merasakan kos untuk menyewa POS yang agak membebankan selain sukar untuk dikendalikan.

Menggunakan Tap-On-Phone peniaga dah tak perlu risau kerana kos yang dikenakan sangat minima berbanding menyewa terminal pembayaran.

Korang sebagai peniaga pun tak perlu risau juga tentang penyalahgunaan atau penyebaran maklumat peribadi yang tidak sah kerana Tap-On-Phone dilindungi melalui penyulitan hujung ke hujung (end-to-end encryption). 

Jadi, ia memberikan jaminan keselamatan yang ketat dan terbaik! 

Proses Pembayaran Lebih Cepat

Rasa tak menang tangan bila ramai pelanggan? Tak perlu risau, Tap-On-Phone to the rescue. 

Haa, dengan Tap-On-Phone, proses pembayaran akan jadi lebih cepat tau. Pelanggan hanya perlu menyentuh kad kedit/debit mereka pada bahagian NFC pada telefon bimbit peniaga untuk buat pembayaran.

Sekali tap terus settle. Jimat masa! 

Transaksi Yang Senang

Selain cepat, dengan Tap-On-Phone juga membuatkan transaksi pembayaran menjadi lebih mudah sebab ia menerima pembayaran menerusi telefon pintar Android berdaya NFC tau! Wow, lepas ni tak ada masalah kalau tersalah bagi baki atau terlebih bagi duit! 

Terbuka Untuk Semua Jenis Perniagaan

Proses pembayaran ini sangat sesuai untuk semua jenis perniagaan dari mikro sehinggalah perniagaan makro. Haa, kan senang! Tak perlu bersusah payah nak tukar cash setiap hari!

Transaksi Pembayaran Kini Lebih Mudah Dengan Tap-On-Phone!

Wah, banyak juga kelebihan Tap-On-Phone ni kan? Dengan Tap-On-Phone, ia akan memudahkan semua pihak dari peniaga hinggalah pelanggan. 

Lepas ni tak perlu risau kalau tak cukup cash. Tap-tap je dengan Tap-On-Phone!

Bagi peniaga yang meragui dengan proses pembayaran ini, takut kalau duit tiba-tiba ‘hilang’, korang tak perlu risau sebab ciri Tap-On-Phone memberi jaminan wang disalurkan terus ke akaun korang. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Tap-On-Phone, sama ada tentang cara nak guna atau macam mana nak daftar. Korang boleh layari laman sesawang https://www.paywithdebit.com.my/.

Ikuti juga sosial media Pay With Debit untuk sentiasa up-to-date dengan perkembangan terkini pembayaran tanpa tunai di  Facebook dan Instagram.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas