Connect with us

Oh! Media

Spring Cleaning Rumah: Kenapa Kena Buat Masuk Tahun Baru?

spring cleaning

Branded

Spring Cleaning Rumah: Kenapa Kena Buat Masuk Tahun Baru?

Apa itu spring cleaning? Punggah keluar barang dari stor, bilik, asingkan yang mana rosak, tak guna, nak derma, nak buang dan sebagainya. Setiap bahagian rumah seperti bilik perlu dibersihkan mengikut keperluan penghuni.

Kebiasaannya spring cleaning ini dilakukan sebelum masuk tahun baru. Mulakan tahun baru, kawasan rumah pun macam baru!

Antara manfaatnya adalah mengurangkan stres dengan keadaan bersepah, mencegah kuman serta penyakit dan menemukan barang yang mungkin hilang sekian lama.

Apa Perlu Dibuat?

Langkah paling utama perlu dilakukan ketika spring cleaning adalah memastikan tandas dan dapur bersih dan selesa digunakan.

Untuk itu, pastikan rumah korang ada 7 produk dari Mr Muscle ni untuk memastikan rumah bersih dan terjaga.

Mr Muscle Multi-Purpose Floor Cleaner

mr muscle floor cleaner

Mr Muscle Multi-Purpose Floor Cleaner diformulasi secara saintifik efektif membunuh 99% virus dan bakteria serta kesan kotoran menjadikan lantai bersih berkilat.

Pencuci lantai ini sesuai digunakan untuk semua jenis permukaan dari ruang tamu hinggalah ke bilik tidur. Didatangkan dengan haruman lavender yang wangi. Terus wangi semerbak satu rumah!

Mr Muscle Kitchen Cleaner

mr muscle kitchen cleaner

Untuk bahagian dapur pula, jangan terlepas pandang ketika sesi spring cleaning kerana bahagian ini juga tidak kurang penting kerana menjadi tempat menyediakan makanan sekeluarga.

Mr Muscle Kitchen Cleaner diformulasikan untuk membersih 100% kesan minyak di dapur tanpa perlu bilas.

Hasilnya, permukaan sekitar dapur bukan saja lebih bersih, malah harum dengan haruman citrus.

Mr Muscle Mold & Mildew

mr muscle mold mildew

Ramai yang kata, penatnya nak cuci tandas bila perlu menyental. Kejap, kini tak perlu lagi dengan Mr Muscle Mold & Mildew!

Dengan setiap semburan produk ini menyerang kotoran kulat dan cendawan pada akarnya, biarkan 30 saat untuk kotoran degil dan kemudian bersihkan dengan kain basah atau span. Taraa, bersih terus!

Scrum dan kesan sabun degil hilang manakala 99.99% kuman dihapuskan secara efektif.

Mr Muscle Bathroom Cleaner

mr muscle bathroom cleaner

Pencuci yang dicipta khas untuk bilik air, itulah deskripsi tepat untuk Mr Muscle Bathroom Cleaner.

Mr Muscle Bathroom Cleaner ini menanggalkan kotoran lebih baik berbanding peluntur biasa kerana bertindak efektif tanpa merosakkan lantai.

Selain kotoran, produk ini juga membunuh 99.9% virus dan bakteria dan virus punca Covid-19.

Terdapat dua pilihan haruman mengikut keperluan iaitu Fresh dan juga Floral.

Mr Muscle Extra Power Toilet Bowl Cleaner

mr muscle toilet bowl cleaner

Bayangkan pada sambutan tahun baru, ada tetamu yang tumpang tandas, lepas tu, terpaksa tengok keadaan mangkuk tandas yang mengerikan. Malunya!

Jangan risau, Mr Muscle Extra Power Toilet Bowl Cleaner kan ada yang berupaya dengan fungsi:

-Menghapuskan terus sisa kotoran menjijikkan selain kerak kapur pada mangkuk tandas.

-Mampu menyingkirkan bau kurang menyenangkan dan 99% bakteria.

-Ciri leher itik pada botol dan muncung yang panjang memudahkan untuk mencapai rim dalam mangkuk tandas. Ini menjadikan cecair pencuci dapat mencuci secara menyeluruh dan efektif berbanding jenama lain.

Mr Muscle Fresh Discs

mr muscle fresh discs

Untuk pastikan tandas berbau harum setiap kali dipam, gunakan Mr Muscle Fresh Discs. Rekaan berbentuk flora memang comel dan aesthetic menyerikan tandas. 

Paling penting, setiap kali pam, tandas akan kembali wangi efektif menyingkirkan bau kurang menyenangkan. Produk ini tersedia dalam 3 haruman iaitu Lavender, Citrus dan Bunga Segar.

Mr Muscle Drain Declogger

mr muscle drain declogger

Stresnya kalau paip saluran tersumbat! Takkan kena panggil tukang paip sentiasa?

Kini tidak lagi dengan Mr Muscle Drain Declogger yang membantu menyelesaikan masalah ini. Rambut gugur yang menyumbat saluran, ditambah pula dengan sisa sabun adalah punca saluran tersumbat.

Cuma perlu curahkan Mr Muscle Drain Declogger ini, biarkan selama 15 minit atau semalaman untuk masalah serius, kemudian curahkan air panas. Selesai!

Mulakan spring cleaning dengan kesemua produk pembersihan Mr Muscle ini untuk spring cleaning rumah korang. Dapatkan di pasar raya, kedai runcit atau secara online di Lazada, Shopee dan AEON.

Layari website Mr Muscle untuk maklumat lanjut dan tips mencuci lebih efektif.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas