Connect with us

Oh! Media

Ramai Yang Akan Rindukan Spicy McNuggets Lepas Ni. Rupanya Edisi Terhad!

Branded

Ramai Yang Akan Rindukan Spicy McNuggets Lepas Ni. Rupanya Edisi Terhad!

Amacam korang dah buat keputusan untuk join Gang Regular atau Gang Spicy belum? Kalau belum, Ohmedia cadangkan korang cuba jer makan Spicy McNuggets ni sebab korang pasti akan jatuh cinta dengan rasa kepedasannya.

Ohmedia pun tak tahu dah berapa kali repeat makan Spicy McNuggets ni dan rasanya inilah versi McNuggets yang paling terbaik dan epik yang pernah dikeluarkan McDonald’s setakat ni. Nak tahu kenapa?

Tekstur McNuggets asal dikekalkan dengan rasa tersendiri

Kalau korang beli Spicy McNuggets ni sekarang, korang akan dapat rasa tekstur nugget yang sama sahaja seperti Regular McNuggets sebelum ni, cuma untuk versi pedas, McD ada letak chilli flakes dan macam ada daun hijau sikit. Ini yang buatkan Ohmedia jatuh cinta dengan rasanya yang tersendiri. Cia…cia…Haha!

Ini adalah satu usaha yang ditunjukkan McDonald’s untuk bawakan satu kelainan bagi menu yang dikeluarkan mereka dan dalam masa yang sama memuaskan hati korang semua lah!

Rasa lebih KICK & berbaloi!

Bila korang lepak McD, apa yang korang akan order? Kalau bukan ayam, mesti burger dan kalau bukan burger, mesti kentang atau ais krim. Betul tak? Sampai terlupa dengan kewujudan Regular McNuggets ni. Haha! Tapi, Spicy McNuggets kalini adalah antara menu yang korang tak patut skip!

Ini kerana rasanya yang lebih memikat dan buatkan korang rasa lebih berbaloi untuk jadikan sebagai snek. Setiap gigitan Spicy McNuggets ni juga akan buatkan korang rasa ketagih dan lebih kick! Rasa nak repeat jer!

Rasa pedas yang sesuai untuk semua orang

Ohmedia faham, tak semua orang sebenarnya berani nak cuba makan pedas-pedas ni. Tapi korang tak payah risau pun sebab Spicy McNuggets ni bukan pedas tahap Ayam Goreng McD 3x lebih pedas yang pernah menjadi kegilaan rakyat Malaysia tu. Rasa pedas Spicy McNuggets ni biasa jer dan rasanya tak akan ada masalah untuk korang yang ada masalah sensitif perut.

Aroma yang menyelerakan

Apa lagi yang best? Kalau korang ingat McD hanya letak rasa pedas semata-mata, korang silap! Sebab bila korang makan Spicy McNuggets ni, korang akan rasa satu aroma yang wangi dan after-taste yang sangat unik. Ohmedia pun tak tahu macam mana nak terangkan dekat korang sebab kena cuba sendiri la gais! Nanti komen dekat bawah macam mana korang rasa ok!

Edisi terhad!

Spicy McNuggets ni dah cukup sempurna bagi Ohmedia, tapi agak menyedihkan bila McD hanya keluarkan menu ni dalam masa yang terhad! Untuk korang yang masih belum cuba Spicy McNuggets ni, jangan lupa pergi ke mana-mana McD berdekatan cepat-cepat dan cuba sendiri kesedapan Spicy McNuggets ini!

OHMEDIA: PERCAYALAH, KORANG MESTI REPEAT ORDER SPICY MCNUGGETS NI BILA LEPAK MCD. HAHA! HARAP-HARAP MCDONALD’S KEKALKAN SPICY MCNUGGETS NI.


+ Baca respon pembaca mereka yang cintakan McNuggeys di facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas