Connect with us

Oh! Media

Sinaran UV Punca Utama Kulit Penuaan & Melanoma, Ini 5 Kelebihan Sunscreen Korang Wajib Tahu!

SUNPLAY Sunscreen

Branded

Sinaran UV Punca Utama Kulit Penuaan & Melanoma, Ini 5 Kelebihan Sunscreen Korang Wajib Tahu!

Fuhh, dekat Malaysia ni, cuaca panas dia lain macam kan? Kalau terdedah dengan sinaran matahari terlalu lama, ia akan memberi kesan kepada kulit dan akan menyebabkan faktor kulit penuaan pra-matang berlaku. 

Punca kulit kita jadi macam tu adalah disebabkan ia terdedah kepada pancaran sinaran UVA dan UVB. Apa itu sinaran UV dan apakah kesan terhadap kesihatan kulit?

Pendedahan Sinaran UV & Kesan Terhadap Kulit

Setiap hari kita akan terdedah dengan sinaran pengion(ionizer radiation) yang dipancarkan oleh matahari dan sumber tiruan lain seperti pencahayaan wap merkuri, halogen, pendarfluor serta pijar, yang dipanggil sebagai sinaran Ultraviolet(UV). 

Hampir kesemua sinaran UV yang sampai ke bumi boleh menjejaskan kesihatan terutama UVA sebab ia mudah untuk meresap ke dalam kulit kita tau. 

Eh, bukan sinaran UV ni bagus ke? Mana satu yang betul ni? 

Ya, memang betul ia menjadi sumber vitamin D untuk kulit secara semula jadi. Namun, ia juga akan memberikan banyak kesan sampingan lagi-lagi kalau kulit kita terdedah terlalu lama dan tidak dilindungi. 

Antara kesan pada kulit adalah seperti sunburn, penuaan pramatang, kekusaman dan kanser kulit.  

Sebab itulah, kita digalakkan menggunakan sunscreen yang mengandungi SPF setiap kali kita keluar rumah untuk melindungi kulit daripada penyerapan sinaran UV yang melampau.  

Apa Itu SPF & Kepentingannya?

SPF(Sun Protection Factor) adalah ukuran sejauh mana pelindung matahari mampu melindungi kulit daripada sinaran UVB. 

Perasan tak, SPF ni ada banyak nombor dekat belakang seperti SPF15, SPF30 dan SPF50? Apa kegunaan nombor-nombor ni? 

Untuk pengetahuan, ia merupakan kadar peratus SPF dalam menghalang sinaran UV daripada mudah meresapi ke dalam kulit secara langsung:

– SPF15 menghalang 93% daripada sinaran UVB

– SPF30 menghalang 97% daripada sinaran UVB

– SPF50 menghalang 98% daripada sinaran UVB

Semakin tinggi SPF, semakin tinggi kadar peratus perlindungan terhadap kulit daripada terdedah dengan sinaran UVB tau. 

Tapi, macam mana nak pilih sunscreen yang bersesuaian dengan kulit dan keadaan sekeliling?

5 Tips Penting Memilih Sunscreen

Haa, kalau korang baru nak mula pakai sunscreen atau nak bertukar kepada yang baru, korang wajib ikut 5 tips ini dalam memilih sunscreen yang betul. 

1. Kadar SPF & PA

Macam yang korang tahu, tempoh perlindungan matahari daripada SPF dan PA ni adalah singkat, jadi korang wajib pilih sunscreen yang tawarkan kadar perlindungan yang lebih tinggi seperti SPF50+ atau PA++++. Aik, PA tu apa pula?

PA (Protection Grade of UVA) adalah pelindung kulit dari sinaran UVA. Bahanya sinaran UVA ini adalah dapat menembus hingga ke dalam kulit dan mempercepatkan penuaan sel-sel kulit (photoaging). 

Tahap perlindungan untuk PA dikenalpasti melalui tanda “+”, bermula dari PA + yang paling ringan sehingga PA ++++ yang paling tinggi. Jadi, semakin banyak simbol ‘+’, semakin baik tahap perlindungan daripada sinaran UVA!

2. Kalis Peluh & Air

Kita ni kalau berjalan sikit pun dah berpeluh betul tak? Jadi, korang disyorkan untuk pilih sunscreen yang boleh kalis peluh dan air supaya ia tak dapat menjejaskan perlindungan pada kulit walaupun korang berpeluh banyak atau dibasahi hujan. 

3. Tekstur Ringan & Menyegarkan Kulit

Disebabkan cuaca dekat Malaysia ni panas dan lembap, korang perlu pilih sunscreen yang mempunyai tekstur yang ringan serta dapat memberikan kesegaran pada kulit. 

Dengan cara ini, ia dapat mengelakkan daripada liang pori tersumbat dan akan membantu kulit lebih senang bernafas. 

4. Mempunyai Bahan Penjagaan Kulit

Dengan cuaca panas sekarang ni, ada baiknya kalau korang dapatkan sunscreen yang boleh melembapkan dan tidak merengsakan kulit tau. 

Jadi, kami syorkan korang untuk pilih sunscreen yang mengandungi bahan-bahan penjagaan kulit, terutama yang mampu memberikan penghidratan optimum serta mampu mengawal pengeluaran minyak dengan baik!

5. Boleh Dijadikan Sebagai Alat Solek Asas

Pakai make up sebelum keluar rumah tu adalah perkara wajib lagi-lagi foundation sebab kalau tak pakai foundation, kulit kita akan kelihatan sangat pucat dan kusam. 

Tapi, kalau pakai foundation, terasa sangat beban pada kulit disebabkan oleh teksturnya. Jadi, apa solusi? 

Haa, kami sarankan korang untuk dapatkan sunscreen yang boleh mencerahkan warna kulit, dan menggunakannya terus untuk menggantikan foundation sebab ia mempunyai tekstur yang lebih ringan dan kulit tidak akan terbeban! 

SUNPLAY Tone Up UV Essence Pilihan Tepat!

Haa, korang tahu tak ada sunscreen yang mempunyai semua kelebihan di atas? Sunscreen yang kami maksudkan adalah SUNPLAY Skin Aqua Tone Up UV Essence! 

Ia merupakan produk yang menjadi kegemaran rata-rata gadis di Jepun dan Hong Kong tau. Wow, patutlah kulit mereka nampak cantik dan gebu!

Apa yang menarik, ia bukan saja mampu melindungi kulit daripada sinaran matahari, malah ia juga berfungsi sebagai 3-dalam-1 iaitu untuk meratakan tona kulit, mencerahkan dan melembapkan kulit. 

Bukan itu saja, ia juga boleh menutup cela dengan kuasa pencerahan yang setanding dengan krim solekan serta mempunyai tekstur yang menyegarkan, tidak berminyak dan ringan pada wajah tau. Bestnya!

Untuk pengetahuan, Sunplay Tone Up UV Essence ini mempunyai 3 rangkaian iaitu Mint Green, Lavender dan Happiness Aura yang mana masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. 

Paling penting, ia mempunyai tahap perlindungan yang tinggi iaitu SPF50+ dan PA++++, yang mampu melindungi dengan berkesan daripada sinaran UV!

SUNPLAY Tone Up UV Essence Mint Green

Untuk rangkaian ini, ia sangat sesuai untuk korang yang mempunyai masalah kulit seperti kemerahan, jerawat dan jeragat. 

Menariknya, ia mempunyai tekstur yang ringan serta lembap, menjadikan kulit anda sejuk tanpa rasa terbeban tau. Wow, bagusnya!

Bukan itu saja, ia juga boleh dijadikan sebagai primer sebelum solekan sebab ia mudah untuk membetulkan kemerahan pada kulit serta menutup parut jerawat, menampakan solek korang jelas dan semula jadi! Lepas ni tak perlu pakai foundation atau concealer dah untuk kulit gebu~

SUNPLAY Tone Up UV Essence Lavender

Kalau korang mempunyai tona kulit yang tak sekata, apa kata korang guna Lavender Sunscreen Primer ni sebab dengan hanya satu sapuan, ia mampu untuk sekatakan tona kulit secara semula jadi. 

Paling penting, ia mempunyai tekstur yang ringan dan menyegarkan!

SUNPLAY Tone Up UV Essence Happiness Aura

Siapa dekat sini mempunyai masalah kulit kusam dan pucat? Haa, Rose Pink Sunscreen Primer adalah pilihan yang tepat untuk korang!

Kalau korang pakai sunscreen ini, ia dapat membantu kulit untuk menjadikan putih kemerah-merahan serta akan kelihatan lebih sihat! 

Selain itu, ia juga boleh mengubahsuai liang pori, menjadikan kulit korang berkilat secara semula jadi tau. Haa, lepas ni korang tak perlukan lagi filter di media sosial! 

Dengan tekstur yang ringan dan tidak melekit, tak dinafikan setiap sapuan akan terus meresap ke dalam kulit. Siap ada bau bunga mawar lagi tau. Terbaiklah!

Lindungi Kulit Dengan SUNPLAY Skin Aqua Tone-Up UV YV Essence

Haa, banyakkan kelebihan yang ditawarkan oleh SUNPLAY Tone-Up UV Essence ni. Bukan setakat mampu untuk melindungi kulit, malah dapat dijadikan sebagai rutin kecantikan kulit yang penting tau! 

Korang dah pernah try sunscreen ni? Kalau belum, tunggu apa lagi, cepat dapatkan sekarang di farmasi berdekatan seperti Watsons dan Guardian. Korang juga boleh dapatkan di Shopee serta Lazada. 

Untuk maklumat lanjut, ikuti SUNPLAY di media sosial Facebook dan Instagram.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas