Connect with us

Oh! Media

(UPDATE 2022) 6 Spot Bercuti Wajib Pergi & Tips Elak Sunburn Bawah Matahari

Branded

(UPDATE 2022) 6 Spot Bercuti Wajib Pergi & Tips Elak Sunburn Bawah Matahari

Setelah sekian lama menyimpan niat untuk bercuti, kini tibalah masa untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan rakan di destinasi menarik. Bila bercuti, sudah semestinya banyak meluangkan masa di luar kan? Walau apa pun cuaca, panas atau redup mahu pun hujan, perlindungan dari matahari, sunscreen wajib digunakan.

Penggunaan sunscreen bukan saja mengelak dari kulit mengalami sunburn malahan lebih penting mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti kanser kulit. Dalam pelbagai jenis dan jenama sunscreen di pasaran, kami jumpa 2 sunscreen yang boleh korang cuba sepanjang percutian nanti.

Sunplay Ultra Shield SPF 130 PA++++ Lotion 35G, RM49.90

Sunscreen dengan Broad Spectrum Photostable UV Protection seperti Sunplay Ultra Shield SPF130 dengan 8 UV filter ini memberikan perlindungan tahan lama dari UVA & UVB. 

UVA boleh merosakkan lapisan tengah kulit dan menyebabkan penompokan melanin, kegelapan, pigmentasi, kerosakan sel DNA, penuaan dan kanser kulit. UVB pula merosakkan lapisan luar kulit termasuk sunburn, kegelapan, kemerahan, melepuh dan paling bahaya kanser kulit.

Bukan tu je, penting juga untuk kita cari sunscreen dengan ciri Broad-Spectrum. Sunscreen ini lebih kuat dari segi photostability bermakna ianya lebih stabil walaupun terdedah bawah cahaya matahari dan memberi perlindungan maksimum.

Teknologi Solarex-3 memberikan perlindungan Broad-Spectrum dari UVA dan UVB yang merosakkan kulit, menjadikan kulit terpelihara selalu.

Walaupun berada lama di bawah matahari, kesan perlindungannya masih efektif. Wet Skin Technology pula memudahkan pemakaian walaupun kulit masih basah ketika menjalankan aktiviti air atau berpeluh, tahap keberkesanan masih optimum. Lapisan perlindungan dari sinaran matahari masih kuat. Produk ini mempunyai ciri kalis air dan kalis peluh, memudahkan untuk korang beraktiviti di pulau nanti.

Sunscreen ini juga mempunyai bahan seperti Aloe Vera, Vitamin E dan Hyaluronic untuk memberikan penghidratan kulit walaupun terdedah selaran matahari lama. Sunscreen ini dicipta dengan rumusan tahan air dan peluh. Ini menjadikannya keperluan penting ketika berenang dan aktiviti outdoor yang lama.

Packagingnya juga direka dengan lubang untuk memudahkan digantung pada beg atau pada landyard untuk disangkut pada leher. Lebih mudah untuk dicapai dan tidak terlupa untuk sentiasa menyapu semula setiap 2 hingga 3 jam.

Merancang hendak bercuti ke pulau? Cepat-cepat dapatkan sunscreen Sunplay Ultra Shield SPF130 di SINI. Tak tahu ke mana nak dituju? Jom kami kongsikan beberapa tempat menarik untuk dikunjungi.

Pulau Kapas, Terengganu

Kredit foto: Destinasi Percutian

Cantik tapi masih mesra bajet. Hanya mengambil masa 10 hingga 15 minit atas bot dan korang akan disajikan dengan pemandangan laut yang cukup indah. Air sejernih kristal, ikan berwarna-warni dan batu karang pelbagai spesies, pasir putih, semuanya di sini.

Kuak Hill, Lenggong, Perak

Kredit foto: Siti Amimah

Nak nikmati pemandangan memukau sambil hirup kopi hangat? Di sinilah tempatnya. Kena naik bukit 15 minit untuk sampai ke sini pun tak ada masalah kalau dapat view menarik macam ni. Berbaloi-baloi.

Air Terjun Cherandong, Batang Kali, Selangor

Kredit foto: Haziq Travelers

Air terjun Cherandong merupakan salah satu tempat yang wajib disinggahi untuk peminat alam semula jadi. Selain daripada air yang jernih dan cantik, kawasan ini juga dijadikan tempat untuk water rafting. Air terjun empangan lama ini wujud dari era British, di hulu air terjun Cherandong.

Sunplay Sport SPF 120 PA++++ Lotion 35G, RM45.90

Menjalankan aktiviti seperti trekking merentas hutan, mendaki atau jogging bukan alasan untuk tidak melindungi kulit. Sapukan Sunplay Sport SPF120 yang memberikan perlindungan UVA dan UVB berpanjangan walaupun di bawah terik matahari.

Istimewanya, bahan-bahan aktif perlindungan dalam sunscreen ini melindungi kulit selama 4 jam dan kalis air dan peluh. Teksturnya yang cair dan senang diserap dan tidak melekit setiap kali aplikasi.

Walaupun banyak aktiviti luar dan berjemur di bawah terik matahari, jangan risau dengan kulit kering. Ini sebabnya Sunplay Sport SPF120 mempunyai hyaluronic acid bagi memberikan kelembapan kulit sepanjang hari.

Sunscreen ini juga tahan daripada air dan peluh memberikan perlindungan 4 jam dalam air. Ini menjadikannya sesuai untuk aktiviti sukan air dan aktiviti luar yang lama.

Berjemur seharian pun masih nyaman apabila menyapu sunscreen ini kerana ianya memberi kesan menyamankan dengan wangian pudina dan kering apabila disentuh.

Nak sapu semula tapi kulit masih basah dengan peluh atau air? Dengan Wet Skin Technology, sunscreen ini boleh digunakan ketika kulit basah. Senang tak perlu keringkan kulit terlebih dahulu.

Seharian di bawah terik matahari, jangan lupa untuk sapu semula sunscreen setiap 2 hingga 3 jam. Sunscreen Sunplay Sport SPF120 ini dilengkapi dengan lubang pada penutupnya menjadikan mudah untuk digantung pada beg dan dibawa ke mana-mana bagi tujuan sapuan semula. Saiznya juga cukup kompak bagi memudahkan penyimpanan.

Sunplay Ultra Shield SPF 130 PA++++ Mist 165ml, RM69.90

Sunplay Sport SPF120 PA++++ Mist 165ml, RM68.90

Kedua-dua sunscreen ini boleh didapati dalam versi spray. Lebih mudah untuk memberikan perlindungan maksimum walaupun di mana jua atau aktiviti apa sekali pun. Spray juga memudahkan untuk melindungi bahagian sukar dicapai seperti belakang badan.

Jom kami kongsikan tempat perkhemahan dan resort menarik yang boleh dicuba untuk percutian bersama keluarga dan rakan-rakan. Boleh dekati alam semulajadi dan menghayati keindahan flora dan fauna.

Dusun Bonda, Batang Kali, Selangor

Kredit foto: Komuniti Sungai Buloh

Hanya 45 minit dari bandar KL, Dusun Bonda ada segalanya untuk dinikmati bersama yang tersayang. Tempat penginapan selesa, sungai jernih, trekking, khemah ala glamping, semuanya ada di sini.

Fig Tree Hill Resort, Penang

Resort mewah yang terletak di Sungai Ara, Penang ini menawarkan pengalaman percutian yang tiada di tempat lain. Salah satu yang menarik di sini ialah villa 2 bilik tidur dan juga pancuran hujan di luar dan kolam air bukit semula jadi. Turut disediakan adalah kolam jakuzi.

YAKA Campsite, Lenggeng, Negeri Sembilan

Kredit foto: Chong Yoke Koon

Rasai pengalaman berkhemah dengan hamparan bintang di malam hari untuk stargazing. Tapak kem ini terletak kira-kira 10 minit perjalanan ke Bukit Broga. Nak hiking ke Broga, atau berBBQ dengan keluarga di sini? Idea yang cukup bernas!

Sunscreen Sunplay ini boleh didapati di farmasi berhampiran atau secara online di Shopee. Jangan lupa follow Instagram @Sunplay_Malaysia dan Facebook Sunplay Malaysia untuk tidak ketinggalan info produk dan promo terbaru.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas