Connect with us

Oh! Media

Tak Perlu Risau Kulit ‘Burn’ Bawah Matahari, Protect Diri Dengan Sunplay Ultra Shield 130 & Sport 120

Branded

Tak Perlu Risau Kulit ‘Burn’ Bawah Matahari, Protect Diri Dengan Sunplay Ultra Shield 130 & Sport 120

“Tak naklah aku mandi pantai, nanti kulit aku burn”

Sekarang ni semakin ramai memilih melakukan aktiviti indoor kerana takut dengan pancaran cahaya matahari. Mana tidaknya, cahaya matahari mengandungi sinar ultraviolet (UV) yang boleh mengakibatkan penuaan pra matang, kulit kusam, pigmentasi dan menjadi punca kepada kanser kulit. Seram!

Tapi, korang tau tak kulit kita juga sebenarnya ‘memerlukan’ cahaya matahari sebagai sumber vitamin D bagi meningkatkan sistem imuniti tubuh secara semula jadi. 

Haa.. Sebenarnya korang tak perlu takut pun dengan cahaya matahari ni, apa yang penting sebelum keluar rumah pastikan korang apply losen pelindung matahari, barulah korang tak dapat direct expose dan dapat melindungi kulit daripada bahaya pancaran UV.

Losen pelindung apa yang best kat pasaran sekarang?

Tak perlu elak matahari dengan Sunplay Ultra Shield 130 & Sport 120.

Siapa cakap pakai sunscreen membazir, ni semua demi jaga kulit kita juga!

Kat pasaran sekarang ada banyak sangat losen pelindung matahari, sebab tu kali ni kami nak share dua sunscreen yang best daripada SUNPLAY iaitu Ultra Shield 130 atau Sport 120, pelindung kulit dengan teknologi Jepun.

Untuk Aktiviti Air & Pantai- Sunplay Ultra Shield 130!

Kredit: Instagram @kshiyann (kanan)

Bagi yang suka sangat buat aktiviti pantai dan air seperti berenang, mandi laut atau main bola tampar, Sunplay Ultra Shield 130 merupakan pilihan terbaik untuk korang kerana ia menggunakan teknologi Jepun, SOLAREX-3 yang memberikan Broad Spectrum Photostable UV protection dengan 8 pelindung UV, foto stabil serta perlindungan broad spectrum daripada UVA dan UVB serta dilengkapi dengan SPF50+ dan PA++++.

Dari segi tekstur, Ultra Shield 130 ni rasa ringan je bila diapply dan tidak berminyak serta mudah meresap ke dalam kulit. Lepas tu, dengan Wet Skin Technology, korang boleh sapukan sunscreen ni terus pada muka dan mana-mana anggota badan yang masih basah sama ada selepas berpeluh atau melakukan aktiviti air kerana ia tahan air.

Satu yang kami suka dengan sunscreen Ultra Shield 130 ni ialah dia ada reka bentuk cangkuk unik pada bahagian penutup yang membolehkannya digantung pada beg dan mudah di bawa ke mana saja. 

Untuk Aktiviti Sukan Luar- Sunplay Sport 120

Mana yang suka bersukan seperti main bola, berlari atau jogging di taman pula, korang boleh menggunakan Sport 120 yang juga di inovasi dengan teknologi SOLAREX-3 bagi memberikan kulit korang perlindungan broad spectrum daripada UVA dan UVB serta mempunyai SPF50+ dan PA++++.

Sport 120 mempunyai tekstur yang ringan dan mudah meresap ke dalam kulit selain mempunyai sensasi rasa dingin dengan sedikit bauan pudina.

Paling best, dengan Wet Skin Technology korang boleh apply terus sunscreen walaupun selepas berpeluh dan ia juga kalis peluh selama 4 jam sesuai. Sesuai sangat untuk korang yang suka berjemur atau buat aktiviti luar bagi jangka waktu yang panjang.

Seperti Ultra Shield 130, Sunplay Sport 120 turut mempunyai design seakan cangkuk yang unik membolehkan ia disangkut pada beg dan mudah di bawa ke mana sahaja.

Lindungi kulit dengan Sunplay Ultra Shield 130 & Sport 120 

Macam ni lagi seronoklah nak buat aktiviti air atau bersukan tengah panas tanpa rasa takut dengan sinaran matahari. Guna saja Sunplay Ultra Shield 130 atau Sport 120. Bila dah berpeluh atau basah lepas main air, nak reapply pun senang je!

Bagi mereka yang ada kulit sensitif tak risau risau kalau nak gunakan Ultra Shield 130 dan Sport 120 ni, sebab ia sesuai untuk semua jenis kulit kerana ia kurang iritasi serta bebas fragrance dan bahan pewarna.

Korang yang berminat nak dapatkan produk ni, ia dijual di Shopee, Lazada, Watsons dan Guardian.

Untuk maklumat lanjut, ikuti SUNPLAY di media sosial Facebook dan Instagram.

Kredit cover photo: Instagram @ealyssahlee (kanan)

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas