Connect with us

Oh! Media

Siapa Kata Maintenance Kereta Hybrid Mahal? Proton e.MAS 7 PHEV Sedia Pecahkan Mitos!

Branded

Siapa Kata Maintenance Kereta Hybrid Mahal? Proton e.MAS 7 PHEV Sedia Pecahkan Mitos!

Lagi beberapa hari saja lagi, Proton New Technology Sdn Bhd (PRO-NET) akan melancarkan model terbaru mereka, Proton e.MAS 7 PHEV secara rasmi! Tak sabarnya! 

Buat korang yang belum tahu, model ini adalah model Plug-In Hybrid Electric Vehicle (PHEV) yang pertama keluaran Proton, di mana ia menawarkan gabungan pemanduan elektrik dan enjin petrol tau. 

Nak tahu lebih lanjut tentang Proton e.Mas 7 PHEV ni? Jom kami spill!

Mampu Merentasi Lebih 1,000 KM Dengan Pengecasan Bateri Penuh & 1 Tangki Bahan Api Diisi Penuh

Walaupun dah banyak kereta jenis PHEV dikeluarkan, kebanyakan orang masih lagi gemar untuk memiliki kereta jenis ICE sebab ianya lebih mudah, menjimatkan masa serta mesra poket. 

Sebagai contoh, kenderaan ICE lebih mudah untuk cari stesen minyak di mana-mana saja, berbanding kereta PHEV, yang adakalanya perlu mencari tempat pengecas, dan selalunya akan penuh dan jumlah tempat mengecas tidak banyak. 

Bukan itu saja, orang lagi prefer kenderaan ICE sebab ruang but kenderaan PHEV lebih kecil kerana perlu memuatkan pek bateri yang besar di belakang.

Bukan itu saja, dari segi pembaikian dan penyelenggaraan, kenderaan PHEV akan memakan kos yang lebih tinggi kerana ia menggabungkan sistem enjin dan elektrik. 

Percaya tak kalau kami kata, dengan Proton e.Mas 7 PHEV, semua benda ini korang dah tak perlu risau lagi dah? 

Tahu tak, Proton e.MAS 7 PHEV pernah merentasi Semenanjung Malaysia, dari Pulau Pinang ke Johor Bahru, dan kembali ke Proton Centre di Shah Alam, dengan jumlah kira-kira 1,104.5km, siap ada baki tinggal 189km lagi. Baguskan?

Perjalanan ini hanya berbekalkan dengan sekali pengecasan bateri penuh dan satu tangki bahan api diisi penuh tau. Memang padulah, macam mana rekod ini boleh dicapai?

Sokongan Sistem Berprestasi Tinggi

Kalau korang nak tahu, Proton e.MAS 7 PHEV ini memang tak disangkal lagi mempunyai kawalan pemanduan yang kuat dengan sokongan EM-i Drive System, yang terbahagi kepada dua, 11-in-1 DHT dan Hybrid-Dedicated Engine. 

Untuk 11-in-1 DHT, ia dikuasakan dengan sistem pemacu elektrik hybrid terkemuka kelas sehingga 95%, serta 160 kW motor output dan 262 Nm Torque. Ini meletakkan Proton e.MAS 7 PHEV dalam kategori prestasi tinggi bagi keluaran plug-in hybrid masa kini. 

Manakala, untuk Hybrid-Dedicated Engine pula, ia direka khusus untuk kecekapan maksimum, di mana ia mempunyai 46.5% kecekapan terma, dengan keboleh capaian paling tinggi kuasa enjin sebanyak 73kW dan 125 Nm Torque, serta 4.3L/100km untuk kecekapan bahan api. 

Selain itu, dari segi prestasi, Proton e.MAS 7 PHEV yang dikuasakan oleh enjin 1.5L 4-silinder DHE dan sistem motor elektrik ini mampu menjana output keseluruhan 193 kW dan 262 Nm. 

Paling best, model ini mampu untuk memecut ke 100 km/j dalam masa 8.0 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 170 km/j tau. 

Dari segi mod pemanduan, Proton e.MAS 7 PHEV mempunyai 3 jenis mod, bergantung pada situasi dan destinasi yang ditujui. Antara mod tersedia: 

Pure: mod EV standard untuk pemandu yang ingin menggunakan tenaga elektrik saja

Hybrid: tukar secara lancar antara mod eletrik, petrol atau gabungan kedua-duanya untuk menjamin kecekapan terbaik dalam apa jua keadaan pemanduan

Power: lebih kurang sama seperti mod Hybrid, cuma ia akan memberi penenkanan kepada kuasa. 

Dengan sistem berprestasi tinggi ini, jujur cakap, setiap pemanduan itu memberikan kita pengalaman yang mengujakan!

Lebih Luas Daripada Kenderaan PHEV Konvensional, Sesuai Untuk Kereta Keluarga

Satu lagi sebab kenapa orang kurang gemar untuk memiliki kereta Hybrid, terutama yang mempunyai ahli keluarga ramai ni adalah sebab saiz dalaman kecil dan kurang selesa. 

Lagi-lagi apabila tibanya musim perayaan, dengan perjalanan jauh, ramai pengguna lebih mengutamakan keselesaan ruang dalaman. 

Sebab itulah, Proton e.MAS 7 PHEV adalah pilihan terbaik, sebab ia menawarkan ruang dalaman yang lebih luas, berbanding kenderaan PHEV konvensional. 

Proton Phev

Ia mempunyai ruang kaki pemandu boleh digerakkan ke hadapan, memberikan keselesaan buat pemandu ketika dalam perjalanan. Jadi, tak ada lah rasa sempit dan asyik-asyik terhentak.

Proton Phev

Bukan itu saja, ruang lutut tempat duduk belakang pun sangat luas. Dah tak perlu nak suruh penumpang depan ke depankan kerusi. 

Selain itu, Proton e.MAS 7 PHEV ini juga mempunyai reka bentuk pek bateri yang lebih nipis serta mempunyai lantai yang rata sepenuhnya tau. 

Buat orang tinggi di luar sana, dah tak perlu risau lagi dah kalau kepala terhantuk sebab model ini mempunyai 73.5mm ruang kepala di belakang. 

Dari segi compartments, ia mempunyai 10.8L ruang console yang terletak di bahagian tepi pemandu hadapan, serta 528L ruang boot yang boleh dibesarkan lagi ke 2,065L. Fuhh, ini kalau korang nak shopping barang rumah ke perabot, memang muat je nak masuk. 

Paling penting, Proton e.MAS 7 PHEV ini dilengkapi dengan sistem keselamatan yang baik, iaitu 15 L2 ADAS Systems serta 7 beg udara. 

Untuk rekaan luaran pula, 3 perkataan yang melambangkan betapa lawanya rekaan Proton e.MAS 7 PHEV iaitu Bold, Confident dan Powerful. 

Proton Phev

Pada rekaan luar, model ini mempunyai bar lampu hadapan lebar dan penuh, serta lampu utama yang direndahkan untuk mengurangkan silau. Fuhh, bukan saja selamat untuk pemanduan di atas jalanraya, malah tampak lebih sleek!

Nikmati Pengalaman Pemanduan Yang Next Level Dengan Proton e.MAS7 PHEV

Jujur cakap, dengan sistem yang bagus serta rekaan dalaman yang mengutamakan keselesaan pengguna, memang tak dinafikan, Proton e.MAS 7 PHEV adalah kereta yang sesuai untuk korang yang inginkan pengalaman pemanduan yang lancar serta selesa. 

Proton e.MAS 7 PHEV hadir dengan dengan 5 jenis warna seperti Obsidian Black, Lithium White, Mercury Silver, Galena Grey, dan Aquamarine Blue, dengan 2 pilihan warna dalaman iaitu Alabaster White dan Onyx Black. 

Korang boleh dapatkan model ini dalam bentuk 3 varian iaitu Prime, Premium dan Premium Plus pada harga dalam lingkungan RM110,000 hingga RM130,000. 

Psst, kalau korang tempah sekarang pada RM99, korang berpeluang untuk menikmati pulangan deposit tempah bernilai RM500 tau! 

Jadi, tunggu apa lagi? Kunjungi bilik pameran Proton e.MAS sekarang untuk ketahui lebih lanjut. 
Ikuti media sosial Proton e.MAS di Facebook, Instagram dan TikTok untuk update terkini tentang pelancaran rasmi Proton e.MAS 7 PHEV!

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhamad Faris
Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas