Connect with us

Oh! Media

Seriuslah Ayam KFC Dah ‘Lain’? Kali Ni Ohmedia Cuba Sendiri!

Ayam Goreng KFC

Branded

Seriuslah Ayam KFC Dah ‘Lain’? Kali Ni Ohmedia Cuba Sendiri!

Akhir-akhir ni, rancak betul perbincangan tentang saiz ayam KFC. Ramai yang cakap saiznya makin kecil. Eah, biar betul?!

Sebagai peminat tegar dengan kenangan indah bersama restoran makanan segera ni, team Ohmedia sengaja ‘terjah’ satu outlet KFC yang berdekatan dengan office kami. 

Mari kami share experience kitorang!!

Saiz ayam KFC dah improve!!

Disebabkan banyak sangat complain yang ayam KFC ni kecil, kami pun orderlah set “Dinner Plate” yang hadir dengan 3 ketul ayam.

Kami ingat mula-mula kami akan kecewa dengan saiz ayam yang kami dapat, tapi sebaliknya!

Saiz ayam KFC dah improve guys!!! 

Makan seketul pun dah puas, korang tengoklah sendiri saiz seketul ayam KFC ni. Nak sama besar dengan tapak tangan kami dah.

Ada yang tak puas hati? Imbas untuk tukar!

Masa tengah makan di KFC juga, kami perasan ada satu QR code yang dilekatkan pada meja. 

Rupanya kalau korang tak puas hati dengan hidangan korang contohnya ayam korang tak juicy, terhangus, terlalu berminyak, tak lembut, tak panas atau tak ada rasa. Korang boleh buat aduan dan ayam tu boleh ditukar on-the-spot dekat kaunter. Terbaiklah KFC!!

*Pertukaran ayam hanya untuk pembelian di kedai saja dan tidak tersedia untuk penghantaran dan bawa pulang

Ikut je step bawah ni kalau korang ada complain semasa dine-in di KFC:

Langkah 1: Scan QR code yang dilekatkan/banner di atas meja 

Langkah 2: Isikan form

Langkah 3: Tukar hidangan korang di kaunter

Mudah kan?! Untuk lebih mudah fahami instruction, jom tengok video di bawah ini:

KFC kekal kualiti hidangan untuk pelanggan setia

Korang tau tak, KFC sebenarnya sangat menitikberatkan pengendalian ayam keluaran mereka. Ayam goreng yang mereka hidangkan adalah daripada sumber yang segar.

Kesemua ayam yang diternak diberikan makanan yang berkualiti dan 100% berasaskan tumbuhan yang diimport. Hal ini untuk memastikan daging ayam yang digoreng lembut dan enak. 

Kalau korang perasan, ayam dekat KFC ni juicy dan rangup je kalau makan, ni sebabnya ayam yang dihidangkan kepada korang tu merupakan ayam yang segar. 

Selepas disembelih, ayam-ayam ni tidak dibekukan, sebaliknya hanya diletakkan di dalam chiller bagi mengekalkan juiciness-nya sehinggalah sampai ke restoran KFC.

Tengoklah sendiri ayam yang kami order ni, nampak sedap dan rangup kan? 

Satu lagi open secret tentang keenakkan ayam KFC ni ialah, ayam goreng yang disajikan kesemuanya diperap dan digoreng setiap hari dengan gabungan 11 herba dan rempah-rempah rahsia!

Tulis tentang KFC ni, kami pula rasa lapar semula. Nampaknya kena order KFC lagi untuk dinner nanti!

Jom buktikan sendiri improvement ayam KFC. Kalau tak puas hati, scan je QR code dan tukar ayam korang!
Maklumat lanjut mengenai KFC, layari laman web rasmi KFC atau ikuti media sosial di Facebook atau Instagram.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas