Connect with us

Oh! Media

Sah! Hijau Jadi Pilihan Ramai Raya 2026, Ini Cara Pilih Tona Hijau Yang Betul

Branded

Sah! Hijau Jadi Pilihan Ramai Raya 2026, Ini Cara Pilih Tona Hijau Yang Betul

Rumah kediaman menyimpan seribu satu memori terutamanya ketika membesar. Kenangan pahit manis bersama ibu, ayah dan adik-adik pasti kekal terpahat di ingatan sehingga akhir usia.

Terutamanya ketika musim perayaan, rumah adalah ruang utama berkumpul seisi keluarga untuk berbuka, berkumpul dan merayakan Syawal bersama-sama.

Sebab itulah penting untuk mengecat ruang rumah bagi mencipta kemeriahan tapi masih mengekalkan nilai memori serta nostalgia setiap ruang.

Untuk tahun ini, warna hijau kembali menjadi pilihan ramai. Kenapa hijau? Sebab warna ini kekal malar segar merentas masa, menenangkan dan sesuai untuk apa juga jenis hiasan dalaman.

Tak tahu nak pilih jenama cat apa? Apa lagi kalau bukan Nippon Paint. Kali ini Nippon Paint sediakan panduan untuk mentransformasi Palette Hijau Raya “Tree House” kediaman mengikut citarasa masing-masing.

Banyak betul pilihan hijau, mesti rambang mata mana nak pilih kan? Jangan risau, jom kami kongsikan pilihan tona hijau yang boleh dipertimbangkan sempena Raya ini.

Hijau yang mendamaikan

Nippon Paint Foggy Green

Tona hijau yang menjadikan ruang lebih relaks, mendamaikan fikiran dan menenangkan. Ruang kediaman akan kelihatan lebih luas dan lapang.

Sehijau alam luas terbentang

Nippon Paint Tree House

Seakan-akan warna-warna dedaunan di dalam kedamaian hutan belantara. Lebih seimbang dari segi kehangatan dan ketenangan. Seakan membawa satu taman ke dalam rumah. Sesuai untuk ruang berkumpul seisi keluarga.

Berani dan nampak mewah

Nippon Paint Tree House

Tona hijau zamrud atau hijau lumut membawa sentuhan mewah dan eksklusif ke dalam suasana Raya. 

Warna-warna ini memancarkan aura tenang, menjadikan ruang tampak lebih ‘mahal’, matang dan penuh karakter

Teknologi di sebalik Nippon Paint

Teknologi Silver Ion: Membantu melindungi dinding daripada pertumbuhan virus dan bakteria untuk persekitaran rumah yang lebih bersih dan sihat.

Teknologi AirGuard: Mengandungi formulasi karbon aktif yang membantu menyerap formaldehyde dalam udara apabila bersentuhan dengan dinding, menjadikan ruang dalaman lebih bersih dan selesa.

Teknologi Anti-Stain: Kotoran dapat dihapuskan dengan mudah, cuma perlu lapkan dan kotoran hilang tanpa menjejaskan warna cat.

Teknologi Hi-build: Menyediakan kuasa penyamaran menjadikan warna lebih kaya dan menyerlah serta kemasan lebih kemas dan minimum percikan.

Nippon Paint Muted Mint

Mahukan ruang kediaman tampak berbeza dan memberi nafas baru sempena Raya ini? Jom pilih seleksi rona hijau Nippon Paint untuk Syawal kali ini.

Jangan ketinggalan untuk ikuti Nippon Paint di laman sosial untuk lebih banyak tips pemilihan warna, inspirasi pemilihan warna dan banyak lagi tips:

Instagram: https://www.instagram.com/nipponpaintmalaysia/ 

Facebook: https://www.facebook.com/nipponpaintmalaysia/ 

TikTok: https://www.tiktok.com/@nipponpaintmalaysia?lang=en 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhamad Faris
Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas