
Branded
Rugi Tak Cuba! Subway Kini Dah Ada SubPizza Tersendiri, 6 Topping Ini Pasti Buat Korang Ketagih!
Bayangkan, korang tengah sedap makan malam, tiba-tiba korang dapat rasa ada “orang” dekat tepi bagi tenungan tajam. Apa korang nak buat? Nak lari pun tak boleh dah…
Macam video yang tengah viral sekarang ni, seorang lelaki tengah menikmati makan malam sambil menonton perlawanan bola sepak, tapi ada “sesuatu” menemani individu itu. Tonton di atas risiko sendiri tau!
Fuhh, nasib parodi je lah ek… Kalau betul-betul ni, aku pun tak bergerak pergi mana-mana. Tapi, apa yang Kak Imah makan berkongsi dengan lelaki tu? Nampak macam sedap je!
Piza Pun Boleh Jadi Snek? Biar Betul?
Sebagai rakyat Malaysia, roti bakar ni dah memang confirm jadi snek harian kegemaran kita betul tak? Maklumlah, kita kan suka snacking makanan yang simple tapi inti padat.
Sejujurnya, makanan yang betul-betul kena dengan idea tersebut adalah piza tau. Tapi, kenapa piza tak boleh dianggap sebagai snek?
Kalau tanya kami, piza ni sering dilihat sebagai makanan berat, di mana ia dihidangkan dalam bentuk yang besar dan bukanlah juadah untuk dimakan seorang, serta bukan sesuatu yang boleh dimakan sambil bergerak macam snek lain.
Bukan itu je, piza juga memerlukan masa yang lama untuk disiapkan dan dihidangkan, jadi memang patutlah ia bukan pilihan tepat untuk dijadikan snacking, betul tak?
Tapi, kalau kami kata korang boleh menikmati piza sebagai snek harian, paling penting lebih ringan, lebih cepat dan sesuai untuk dinikmati seorang atau berdua, korang nak percaya tak?
Lupakan Roti Bakar, Level Up Snacking Korang Dengan SubPizza!
Haa, bukan korang je tau yang terkejut, dengan kami sekali terkejut bila dapat tahu Subway akan keluarkan piza mereka tersendiri iaitu SubPizza!

Apa yang best dengan SubPizza ini adalah korang boleh jadikan ia sebagai snek harian tau, sebab cara penyediaan yang sangat pantas, paling penting ia adalah makanan ringan dengan saiz hidangan untuk seorang atau dua.
Kalau korang nak tahu, SubPizza mempunyai 6 pilihan topping menarik yang jarang-jarang korang jumpa pada piza normal di luar sana, antaranya:
– seafood omelette
– mac & cheese
– spicy salami
– spicy tuna
– egg mayo
– cheese & chick
Menariknya, kesemua topping ini akan dihidangkan bersama roti bakar segar Subway sendiri tau. Fulamak, kalau macam ini lah pilihan topping yang ada, ditambah pula keenakan roti Subway, memang puaslah nak snacking hari-hari betul tak?
Lagi best, korang boleh pilih dua jenis topping untuk dipadankan dengan harga hanya RM13.90 saja! Memang betul-betul berbaloi kalau korang bandingkan saiz dan harga dengan roti bakar atau sandwic yang korang selalu makan.
Psst, tambah RM3, korang boleh dapat minuman ringan 16oz dan pilihan biskut kegemaran Subway korang tau.
Jadi, lepas ni, kalau korang rasa macam nak snacking, tak perlu susah-susah cari roti bakar atau sandwic, pergi saja Subway berdekatan dan nikmati SubPizza! Lagi berbaloi, cepat pun cepat, puas pun puas!
Kalau korang nak tahu maklumat lebih lanjut tentang Subway, layari laman web rasmi Subway atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.
