Connect with us

Oh! Media

Jofliam Dituduh Guna Sarung Tangan Sama Lap Peluh

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Artis

Jofliam Dituduh Guna Sarung Tangan Sama Lap Peluh

Jofliam tampil jawab dakwaan guna sarung tangan sama ketika urus pizza wagyu.

Sejak meletup dengan bisnes pizza wagyu yang menjadi kegilaan ramai, nama Jofliam sering jadi sebutan. Tapi baru-baru ni, timbul pula dakwaan tak sedap didengar kononnya dia ‘pengotor’ sebab guna sarung tangan sama masa sediakan makanan dan lap peluh. Ish!

Menerusi Instagram Story, Jofliam atau nama penuhnya Muhammad Syuhaimi Haji Abdul Jofli tampil menjawab tuduhan tersebut. Menurutnya, dia sangat menitikberatkan kebersihan ketika menyediakan pizza dan tidak pernah guna sarung tangan yang sama terlalu lama.

Kereta yang sama, sarung tangan berbeza. Banyak sebenarnya saya tukar, itu tidak termasuk tisu basah dan lap tangan.

Katanya lagi, setiap kali membuat penghantaran kepada pelanggan, dia akan pastikan sarung tangan ditukar serta tangannya dilap dengan betul.

IKLAN

Video tular jadi punca salah faham…

 6850

Tuduhan tersebut timbul selepas satu video di Threads menunjukkan Jofliam mengelap peluh di wajahnya menggunakan sarung tangan yang sama sewaktu menguruskan penghantaran pizza.

Situasi itu menimbulkan keraguan di kalangan netizen tentang tahap kebersihan yang diamalkan.

Namun bagi Jofliam, video tersebut langsung tidak menggambarkan keseluruhan proses kerjanya. Dia tegaskan bahawa dia sentiasa peka terhadap standard kebersihan dan tidak ambil mudah hal sebegini, lebih-lebih lagi bila melibatkan makanan pelanggan.

Pssttt! Sebagai usahawan makanan, aspek kebersihan adalah perkara utama yang perlu dijaga. Tapi sebagai pengguna dan netizen pula, kita perlu adil dan tidak cepat membuat andaian berdasarkan satu klip video pendek. Lebih elok jika kita tegur secara berhemah dan memberi ruang kepada individu tersebut untuk beri penjelasan.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas