
Branded
Review Jujur Galaxy Ring Cincin Pintar, Rasa Macam Pakai Aksesori, Bukan Gajet
Oleh
Secara jujur, saya bukan peminat jam tangan pintar. Rasa berat, tak selesa dan kadang-kadang nampak macam terlalu “techy” untuk pakai hari-hari.
Tapi bila saya ‘kena’ review Galaxy Ring ni, terus rasa macam “Oh okay… I can do this.”
Sebab? Nampak macam cincin biasa. Tapi sebenarnya, dalam cincin ni, ada macam-macam sensor kesihatan tersembunyi.
Reka Bentuk Minimalis & Selesa
Galaxy Ring ni diperbuat daripada titanium, material yang kuat tapi ringan. Berat pula antara 2.3 ke 3.3g (mengikut saiz) dan datang dalam tiga warna: hitam, perak, dan emas (saya personally suka warna emas sebab nampak elegant).
Reka bentuk dia jenis concave, jadi bukan je nampak sleek dan minimakus, tapi juga susah nak calar. Sesuai untuk orang yang aktif dan kasar.
Tak sama seperti beli peranti elektronik atau kesihatan yang biasa, saya difahamkan pembelian Galaxy Ring terhad untuk pengguna siri Galaxy Z dan Galaxy S terpilih sahaja, mereka yang layak akan dapat kod jemputan melalui aplikasi Samsung Members bermula 9 sehingga 30 April 2025.
Kalau korang antara yang bertuah, korang perlu ke Samsung Experience Store untuk cuba saiz dan warna yang sesuai. 3 warna ditawarkan untuk Galaxy Ring iaitu Titanium Black, Titanium Silver dan Titanium Gold, dalam 10 saiz berbeza (saiz 5-14).
Ini penting sebab cincin ni perlu muat elok untuk dapat bacaan biometrik yang tepat.
Setiap cincin dibuat ikut pesanan dan ambil masa lebih kurang enam minggu untuk siap dan dihantar.
Saiz cincin ni tak sama, macam saiz cincin korang biasa pakai sebab diameter biometrik dalam cincin itu agak ‘makan’ lagi banyak ruang.
Setup & Penggunaan – Tak Perlu Pening Kepala
Untuk setup cincin ni, serius senang. Hanya on Bluetooth, pair dengan telefon melalui aplikasi Galaxy Wearable dan dari situ boleh set target harian, apa nak track, dan sebagainya. Ada juga ciri “Find My Ring”, so kalau terlupa letak kat mana, boleh kesan lokasi melalui Samsung Find app, nanti LED pada cincin akan blink untuk memudahkan korang nampak.
Bagi yang menggunakan ekosistem Samsung, aplikasi Samsung Health ni bukan asing kerana sangat mesra pengguna. Paparan utama akan terus tunjuk statistik penting kesihatan seperti kadar detal jantung, aktiviti, score tidur dan tahap stress.
Korang boleh juga custom ikut keperluan, macam nak tengok kitaran haid atau tekanan darah.
Tracking Tidur – Macam Ada Coach Tidur Peribadi
Setiap pagi, saya boleh tengok semula data tidur: berapa lama tidur, fasa tidur (REM, deep, light), kadar oksigen dalam darah, dan kadar denyutan jantung.
Kalau letak telefon dekat masa tidur, dia juga boleh kesan bunyi berdengkur, sangat berguna untuk tahu kalau ada potensi sleep apnea.
Lepas tujuh hari, AI Samsung akan kenalkan “haiwan tidur” berdasarkan rutin tidur kita dan beri tip untuk bantu perbaiki kualiti tidur. Cool, kan?
Cuma ada kalanya, bacaan tidur tak 100% tepat. Beberapa kali waktu saya sedar, dia anggap sebagai “light sleep” instead terjaga.
Tapi yang bestnya, dia juga bagi skor tenaga setiap hari, dikira dari tidur, aktiviti dan kadar jantung. Kalau skor rendah, apps akan cadangkan macam mana nak kurangkan stress atau rehatkan badan.
Tracking Aktiviti & Senaman – Ringkas Tapi Function!
Untuk aktiviti harian, cincin ni akan auto-track jalan dan larian, dan kita boleh log 13 jenis senaman lain secara manual, contohnya weight training dan berbasikal.
Info lepas senaman yang ditunjukkan: kadar jantung purata, kalori dibakar, dan durasi. Untuk larian, ada data tambahan seperti pace, kelajuan, cadence, dan zon jantung. Yang ni saya suka sebab rasa lebih faham progress sendiri.
Lepas satu hari, app sakan tunjuk ringkasan aktiviti secara visual. Ada tiga garisan warna (untuk langkah, masa aktif dan kalori), dan bila dah cukup target, garisan tu akan jadi bentuk hati, serius bagi motivasi!
Cuma saya perasan ada sedikit isu ketepatan pada jarak (mungkin sebab saya tak bawa telefon sekali). Tapi overall, auto-detect dia sangat berfungsi.
Tracking Kitaran Haid – Lebih Faham Badan Sendiri
Bagi saya sebagai seorang wanita, tracking untuk kitaran haid ni sangat menarik kerana ia menggunakan data biometrik seperti macam suhu kulit dan corak tidur untuk bagi gambaran lebih jelas tentang kesihatan hormon.
Dalam apps Samsung Health, kita juga boleh log simptom macam senggugut, perubahan emosi, dan sebagainya.
Tapi ya, ini bukan alat untuk elakkan kehamilan, hanya untuk pemantauan kitaran secara umum sahaja.
Bateri – Tak Perlu Charge Hari-Hari
Cincin ni boleh tahan sehingga 7 hari dengan satu cas, dan nak cas pun mudah gila. Masukkan dalam casing lutsinar dia dan cucuk USB-C. Ada lampu LED keliling untuk tunjuk tahap bateri dan casing tu sendiri boleh simpan 1.5 cas. Very handy especially bila travel.
Keserasian – Android Sahaja Buat Masa Ni
Satu je yang kena tahu, Galaxy Ring hanya sesuai untuk telefon Android, especially kalau anda guna Galaxy.
Kalau pakai dalam ekosistem Samsung penuh, anda boleh guna lebih banyak fungsi macam skor tenaga, tips AI, Find My Ring, dan gesture control (macam tutup alarm dengan pinch jari dua kali- yes, memang futuristik).
Kalau pakai bersama Galaxy Watch pula, bateri ring boleh tahan lebih lama, sampai 30% lebih.
Patut Beli Tak Galaxy Ring?
Kalau korang pengguna Samsung, jawapan saya: SANGAT BERBALOI! Korang tak perlu bayar langganan bulanan sebabnya semua data kesihatan terus boleh diakses, dan tak rasa macam pakai gadget langsung. Reka bentuk dia sangat ringan, bergaya dan selesa untuk pakai siang malam.
Tak dinafikan ada beberapa isu kecil dari segi ketepatan data, tapi secara keseluruhan, Galaxy Ring bagi saya satu cara yang bijak dan tak mengganggu untuk jaga kesihatan dan faham badan sendiri.
Maklumat lanjut layari: https://www.samsung.com/my/rings/galaxy-ring/buy.