Connect with us

Oh! Media

Raya Kali Ini Dah Boleh Berkunjung, Ini Antara Tips Untuk Sambut Dengan Lebih Selesa

LG

Branded

Raya Kali Ini Dah Boleh Berkunjung, Ini Antara Tips Untuk Sambut Dengan Lebih Selesa

Kerajaan akhirnya umumkan yang negara akan memasuki fasa endemik bermula 1 April ni. Yeay.. Confirm lagi meriah raya tahun ni.

Walaupun diberi kebebasan untuk pulang ke kampung halaman dan berkunjungan, mesti ramai antara kita yang masih berasa paranoia kerana bimbang penularan virus yang semakin meningkat dan akan menjejaskan kesihatan orang tersayang. 

Tapi sampai bila kita nak hidup dengan perasaan macam ni? Haa.. sebab tu LG kini hadir dengan rangkaian produk yang dapat memenuhi keperluan harian serta keselamatan pada korang dan seisi keluarga. 

1. Rumah Lebih Nyaman Dengan LG Air Conditioner 

Bila musim perayaan ni, mesti ramai antara kita yang akan berasa tak selesa dengan cuaca atau keadaan sekeliling, lagi-lagi pada musim Covid ni. 

Memahami keadaan semasa, LG hadir dengan produk yang dapat memastikan pengudaraan rumah korang sentiasa bersih dan segar iaitu LG Air-Conditioner. 

Penghawa dingin LG ini mempunyai ciri Plasmaster™ Ionizer Plus yang mana ia mengandungi lebih 3 juta ion terbina dalam plasmaster ionizer yang dapat membantu menghapuskan lebih 99% zarah bawaan udara mikroskopik berbahaya melalui penghawa dingin. 

Haa, kalau ada sebiji dekat rumah ni, mesti best bila beraya sebab dengan DUAL Inverter Compressor™ bukan sahaja 40% lebih cepat sejuk tetapi 70% lebih jimat tenaga juga!

2. Bahan Kini Sentiasa Segar Dengan LG InstaView Hygiene Fresh Plus

Disebabkan raya tahun ni kita dah boleh berkunjung-kunjungan, semestinya kita akan masak pelbagai jenis juadah raya untuk tetamu yang akan datang nanti. 

Tapi, bila nak memasak pelbagai juadah ni, semestinya ada yang akan buat persiapan terlebih dahulu dengan membeli bahan awal-awal dan simpan di dalam peti sejuk. 

Namun, ada segelintir yang takut nak beli awal dan simpan lama-lama sebab risau akan mendatangkan bau yang kurang menyenangkan dan akan merosakkan bahan tersebut.

Kalau korang nak tahu, punca bahan-bahan yang terkandung di dalam peti sejuk akan lebih cepat rosak dan basi adalah disebabkan korang tak servis penapis udara pada peti sejuk.

Kini korang tak perlu risau lagi sebab LG hadir dengan penapis udara pintar iaitu LG InstaView Hygiene Fresh Plus yang dapat membasmi sehingga 99.999% bakteria terbina dan meminimumkan bau busuk dalam peti sejuk tau.

Haa, barulah rasa selamat untuk simpan bahan di dalam peti sejuk lama-lama tanpa perlu risau tentang bau dan bahan rosak. Korang juga boleh ketuk dua kali pada panel kaca untuk melihat bahagian dalam tanpa membuka pintu bagi mengelakkan udara sejuk keluar dan memastikan makanan lebih segar.

3. Pakaian Bersih Tanpa Bau Dengan LG Styler

Bila dah boleh terima kunjungan tetamu ni, kita mesti akan pastikan setiap pakaian kita sentiasa berbau segar dan wangi selepas setiap cucian. 

Namun, disebabkan cuaca Malaysia yang tak menentu, jemuran kita susah nak kering dan kadang kala akan timbul bau hapak disebabkan kelembapan pada kain jemuran. 

Kini korang tak perlu risau lagi sebab dengan LG Styler Steam Clothing Care, ia dapat membantu untuk hilangkan kedutan serta bau pada pakaian dalam masa 20 minit saja tau. 

Selain itu, ciri Truesteam yang terdapat pada produk ini menggunakan 100% air tanpa bahan tambahan kimia dan paling penting, ia dapat mengurangkan 99.9% bakteria selepas bersihan tau. Wow, terbaiklah!

Sambut Raya Dengan Lebih Penjimatan!

Nak dekat musim perayaan ni, LG ada buat promosi hebat untuk korang tau antaranya Rebat Tunai, Mix & Match dan Purchase With Purchase Promo. 

Untuk promosi rebat tunai, korang perlu membuat pembelian produk LG yang terpilih(tidak termasuk PuriCare) untuk menebus kredit Touch ‘n Go eWallet atau ShopeePay sehingga RM1,300 tau. 

Manakala untuk promosi Mix & Match pula, korang boleh campur dan padankan mana-mana produk LG & PuriCare yang terpilih(sekurang-kurangnya 2) yang telah disenaraikan untuk mendapatkan kredit eWallet tambahan.

Promosi ini sah digunakan untuk barangan dari kategori yang berbeza saja dalam satu resit pembelian. Korang boleh tengok antara kredit eWallet tambahan yang boleh didapati:

  • RM150 kredit eDompet apabila jumlah perbelanjaan antara RM4,000 – RM5,999
  • RM250 kredit eWallet apabila jumlah perbelanjaan antara RM6,000 – RM7,999
  • RM400 kredit eWallet apabila jumlah perbelanjaan antara RM8,000 & ke atas

* Jumlah perbelanjaan rendah daripada RM4,000 TIDAK layak untuk promosi Mix & Match

Promosi terakhir pula adalah Purchase With Purchase Promo yang mana korang dapat nikmati diskaun tambahan 5% di atas diskaun sedia ada pada produk PuriCare terpilih seperti di bawah dengan sebarang pembelian produk LG atau PuriCare terpilih(sekurang-kurangnya 2).

  • WD512AN.AWHRLML
  • AS10GDPB0
  • AS65GDPB0

* tambahan 5% diskaun akan diberikan kepada korang untuk satu (1) unit saja dengan jumlah harga diskaun terendah tau. 

*  Modal WD515AN.ASRRLML / WD210AN.ASLRLML / Pelan Sewaan & Ansuran TIDAK layak untuk promosi PWP.

Jadi, tunggu apa lagi, cepat shopping untuk produk LG sekarang untuk nikmati kesemua promosi hebat ini! * Tertakluk terma dan syarat. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi LG Malaysia atau ikuti media sosial Facebook dan Instagram.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas