Connect with us

Oh! Media

Rating 5 Bintang Di Media Sosial, Patutlah Salon Ni Jadi Tumpuan Ramai!

Branded

Rating 5 Bintang Di Media Sosial, Patutlah Salon Ni Jadi Tumpuan Ramai!

Satu lagi perniagaan berjaya dipilih sempena kempen pengiklanan Bina Bersama 2021. Tahniah diucapkan kepada HairCo Saloon yang membuka cawangan barunya di Eco Horizon City Batu Kawan, Pulau Pinang.

Ini merupakan cawangan kedua mereka selepas Butterworth. Bagi orang Pulau-Pinang yang tinggal di kawasan berdekatan, pasti mengenali salon ini kerana servis HairCo Saloon merupakan antara salon yang berjaya mendapat penilaian 5 bintang di Facebook rasmi mereka. Wow!

Pengalaman mendandan lebih daripada 10 tahun

Menarik mengenai HairCo Saloon ini, pendandan rambut mereka merupakan individu yang mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun. Jadi tidak hairanlah jika servis yang diberikan tip-top.

Malah, selepas kerajaan mengumumkan kebenaran pengoperasian kepada kedai gunting rambut baru-baru ini, HairCo Saloon terus mendapat tempahan dandanan daripada pelanggan setia yang menunggu untuk menggayakan rambut mereka.

Lihat sajalah hasil dandanan yang diberikan, nampak seperti servis daripada salon terkemuka dan terkenal.

Bukan saja perempuan, lelaki pun sama tau mendapatkan perkhidmatan dandanan rambut di HairCo Saloon

Kami sempat menjengah ke ruangan sosial media HairCo Saloon ni, rata-rata pelanggan meninggalkan komen yang positif. Sampai kami pun rasa nak didandan di salon ni.

Servis dandanan terbaik pada harga mampu milik

Selain khidmat gunting rambut, HairCo Saloon turut menawarkan servis mewarnakan rambut, rebonding/relaxing, rawatan keratin, bleach dan rawatan rambut pada harga berpatutan.

Produk yang digunakan pula merupakan daripada jenama terkenal L’Oréal. Patutlah rambut ‘menjadi’ selepas didandan.

Jika anda tinggal berhampiran kawasan Butterworth, Pulau Pinang, jangan lupa boleh ‘booking’ perkhidmatan dandanan rambut seperti di bawah. HairCo Saloon dibuka setiap hari sehingga jam 8 malam.

Lokasi: 10-G, Jalan Borealis 2, Pusat Kommercial Borealis, 14110 Bandar Cassia Pulau Pinang

WhatsApp: http://www.wasap.my/60126643723

Ikuti juga  HairCo Saloon di Facebook dan Instagram untuk mengetahui perkembangan dan promosi yang ditawarkan. 

HairCo Saloon merupakan salah satu perniagaan yang mendapat manfaat menerusi kempen Bina Bersama 2021 hasil kerjasama EcoWorld dan iMedia.

Ini merupakan salah satu langkah proaktif yang dilaksanakan syarikat hartanah tempatan itu bagi membantu perniagaan untuk terus kekal berdaya saing pada waktu yang sukar.

Terima kasih EcoWorld!

Bergerak ke hadapan, EcoWorld melancarkan kempen terbaru Bersama Kita Mereka- Together We Create yang membawakan satu konsep unik di mana EcoWorld mahukan anda, mereka masa hadapan yang diimpikan bersama, kerana EcoWorld percaya hanya anda yang memahami apa yang anda inginkan.

Menerusi Together We Create, ia bakal membuka jalan kepada sebuah kehidupan idaman yang memenuhi gaya hidup, peluang kepada perniagaan baru serta menjadi sebuah komuniti yang diimpikan.

Terokai kehidupan yang anda dambakan bersama EcoWorld, untuk maklumat lanjut anda boleh klik di SINI.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas