Connect with us

Oh! Media

Rahsia Bancuh Teh Tarik Lipton Kegemaran Ramai Di Rumah. Mak-Mak Kena Tahu Ni!

teh tarik lipton

Branded

Rahsia Bancuh Teh Tarik Lipton Kegemaran Ramai Di Rumah. Mak-Mak Kena Tahu Ni!

Pernah tak bila makan di luar, mak-mak akan buat statement ‘Mak buat lagi sedap’, ‘Biasa je, mak pun boleh buat macam ni’? Untuk golongan mak-mak dan isteri, anak atau suami asyik ajak lepak mamak je demi teh tarik, inilah masanya untuk bersinar!

Memang diakui teh tarik mamak memang layan dinikmati. Aroma teh yang wangi, ditambah lemak berkrim dari susu pekat, dihirup pula panas-panas, memang layan! Tapi, macam mana caranya untuk buat di rumah? Jangan risau, kami ada rahsianya.

Kalau guna resepi yang kami nak share ni, bila-bila anak atau suami nak minum teh tarik pun tak ada masalah, boleh buat je. Settle! Maklumlah, bila jadi mak-mak, mestilah tahu resepi terbaik untuk dihidangkan kepada sekeluarga kan.

Gunakan Lipton Ekstra Kaw

teh tarik lipton ekstra kaw

Untuk mendapatkan teh tarik sedap ala mamak, cuma perlu tukarkan teh yang biasa digunakan kepada Lipton Ekstra Kaw. Rahsia untuk teh tarik penuh nikmat terletak pada campuran daun teh Ekstra Kaw dipilih khas untuk menghasilkan teh merah keemasan yang lebih pekat dan sesuai untuk teh tarik. Ekstra Kaw. Ekstra Rasa.

Bergantung kepada selera dan pilihan masing-masing, Lipton Ekstra Kaw didatangkan dalam bentuk pot bag. Nak lebih kaw, boleh tambah mengikut bilangan yang digemari, terpulang kepada citarasa.

Jom try buat teh tarik guna Lipton Ekstra Kaw. Ikut je resepi di bawah:

Bahan-bahan

-3 uncang Lipton Uncang Teko Teh Extra Strong Ekstra Kaw

-800ml air panas didih

-6 sudu makan susu pekat

-6 sudu makan susu sejat

Cara-cara

teh lipton ekstra kaw
Kredit foto: Goody 25

-Masukkan 3 Lipton Uncang Teko Teh Extra Strong Ekstra Kaw ke dalam teko dan tuangkan 800ml air panas didih.

-Tutup teko dan tunggu hingga 5 minit.

-Biarkan uncang dalam teko.

-Masukkan susu pekat dan susu sejat.

-Untuk mendapatkan buih, tarik dengan menuangkan secara berulang kali sekurangnya 3 kali sebelum dihidangkan.

Kredit foto: Goody 25

-Nak dapatkan efek buih ala mamak, dah nama pun teh tarik, mestilah kena tarik beberapa kali. Siap!

Pesan produk Lipton secara online lebih mudah di Lazada, bermacam produk ada tanpa korang perlu tercari-cari di kedai runcit atau pasar raya. Jangan lupa untuk ikuti Lipton di Facebook dan Instagram untuk info dan promo terkini.

Teruskan membaca..

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas