Connect with us

Oh! Media

Program Insentif Usahawan UDA Buka Peluang Bantu Lebih Banyak Usahawan Waktu Pandemik Covid-19

Branded

Program Insentif Usahawan UDA Buka Peluang Bantu Lebih Banyak Usahawan Waktu Pandemik Covid-19

Wabak Covid-19 telah membuatkan ramai yang hilang sumber pendapatan dan disebabkan itu, ada antara kita yang terpaksa membuka gerai di tepi jalan untuk berniaga. Walau bagaimanapun, kita perlu rasa bersyukur kerana pelbagai pihak telah tampil dan masih memberikan bantuan bagi meringankan beban kita.

Sebagai contoh, UDA Holdings Berhad dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MEDAC) telah melaksanakan Program Insentif Usahawan UDA yang berperanan membantu usahawan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) serta Mikro. Menariknya, mereka menawarkan ruang niaga atau platform dalam satu tempoh masa tertentu atau program usahawan jangka panjang untuk terus kekal di pasaran.

Terdapat 3 kategori yang boleh anda pilih seperti Program Usahawan Wanita, Program Usahawan Belia dan Program Usahawan UDA.

Program Usahawan Wanita

Bagi Program Usahawan Wanita, ia dipecahkan lagi kepada 3 program iaitu UDA Bizznita Promotion Space, UDA Bizznita Fashion Street dan UDA Bizznita Fincare.

Untuk Program Bizznita Promotion Space dan juga UDA Bizznita Fashion Street, mereka menawarkan ruang niaga yang strategik di setiap bangunan dan premis milik UDA kepada usahawan PKS dan Mikro wanita. Dengan itu, peniaga akan mendapat insentif kos pengurusan dan manfaat fasiliti.

Untuk UDA Bizznita Fincare pula, peniaga akan ditawarkan sumbangan pembiayaan perniagaan khas buat usahawan PKS dan Mikro wanita. Peserta juga layak mendapat diskaun sewa bagi tempoh 3 hingga 6 bulan pertama sepanjang sewaan di premis UDA atau dalam bentuk manfaat fasiliti seperti ubahsuai, pembelian kos awalan memulakan perniagaan, dan sebagainya.

Peserta juga boleh memilih lokasi sama ada di Angsana Johor Bahru Mall, Angsana Ipoh Mall, Angsana Seremban, Pertama Complex, UTCKL @ Pudu Sentral, Bangunan Cahaya Suria, Hentian Duta atau lot-lot kedai di bawah UDA (Individual Properties) yang berhampiran dengan tempat tinggal anda.

Antara lokasi yang terlibat ialah Angsana Johor Bahru Mall, Angsana Ipoh Mall, dan Angsana Seremban. Sumber: UDA Holdings Berhad

Program Usahawan Belia

Program Usahawan Belia pula dibahagikan kepada 2 program iaitu UDA 4Youth Promotion Space dan UDA 4Youth Fashion Street.

Bagi kedua-dua program ini, peserta akan ditawarkan ruang niaga yang strategik di setiap bangunan milik UDA kepada Usahawan PKS & Mikro belia. Manfaat dan lokasi perniagaan adalah sama seperti Program Usahawan Wanita.

Antara pilihan lokasi yang ditawarkan termasuk UTC KL @ Pudu Sentral, Hentian Duta, Pertama Complex, dan Bangunan Cahaya Suria. Sumber: UDA Holdings Berhad

Program Usahawan UDA

Terdapat 2 program dibawah Program Usahawan UDA iaitu SME Hub / One Stop Retail Centre dan Angsana Virtual Mall.

Bagi SME Hub / One Stop Retail Centre, mereka menawarkan lokasi atau ruang bersesuaian sebagai hub untuk semua kategori usahawan PKS & Mikro menjalankan perniagaan. Hanya 3 lokasi yang terlibat untuk program ini iaitu di Angsana Johor Bahru Mall, Angsana Ipoh Mall ataupun Angsana Seremban.

Khas buat semua peniaga dan usahawan yang menyewa di premis UDA, mereka menyediakan platform bagi menjalankan perniagaan secara atas talian yang dikenali sebagai Angsana Virtual 4 Mall dengan menggunakan aplikasi Yezza. Peserta akan mendapat insentif yuran langganan mengikut syarat penyertaan yang telah ditetapkan.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini dan semoga program yang baik ini dapat menjadi batu loncatan untuk kita mengembangkan lagi perniagaan. Untuk maklumat lanjut bagi garis panduan dan proses permohonan, boleh layari https://udamalls.com.my/insentif-usahawan/.

Semoga perkongsian Ohmedia ini serba sedikit dapat memberi manfaat kepada peniaga- peniaga di luar sana untuk terus berkembang maju.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas