Connect with us

Oh! Media

Proaktif & Paling Awal Hulur Bantuan, Sunway Kenang 2021 Dalam “A New Tomorrow”

Sunway bantu Malaysia

Branded

Proaktif & Paling Awal Hulur Bantuan, Sunway Kenang 2021 Dalam “A New Tomorrow”

Tahun 2021 umpama roller coaster buat rakyat Malaysia, apabila pelaksanaan kembali larangan merentas negeri, kemunculan varian terbaru pandemik Covid-19 dan bencana alam yang menimpa, bagaikan ujian yang silih berganti.

Ekonomi yang baru mekar, kembali dihimpit cabaran dan ketidakpastian di kalangan masyarakat.. Namun di sebalik semua ini, Sunway tetap komited menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.

Ini dizahirkan melalui salah satu inisiatif Sunway, #SunwayforGood yang telah memberikan manfaat kepada lebih 70,000 rakyat Malaysia. Terbaiklah!

Hulur bantuan dengan pantas kepada yang memerlukan

Malaysia bukan sahaja terkesan dengan Covid-19, awal dan akhir tahun ini menyaksikan negara dilanda bencana alam yang teruk disebabkan perubahan monsun dan menyaksikan beberapa kawasan di negeri Selangor, Pahang, Perak dan Johor berhadapan dengan banjir terburuk dalam tempoh lebih 20 tahun.

Sunway bekerjasama dengan rakan NGO seperti Selangor Youth Community (SAY), Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), DHRRA Malaysia, Naweem dan FFM Berhad untuk menghulurkan bantuan ke negeri-negeri yang dilanda banjir.

Apabila mendengar berita tentang bencana banjir di Klang dan Shah Alam pada 18 Disember, tanpa berlengah Sunway melalui Hotel Sunway Putra telah bekerjasama dengan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Komuniti Belia Selangor menghantar 200 makanan ke Taman Kemuning Utama, Shah Alam pada 9.30 malam dan Sunway Pyramid menyediakan 450 hidangan kepada mangsa di Batu Tiga, Shah Alam menjelang 11 malam.

Hotel Sunway Putra turut menyediakan tambahan 900 pek nasi goreng untuk mereka yang terkandas di Shah Alam dan Bukit Changgang.

Sunway Medical’s Telemedicine Command Centre telah menugaskan kakitangan perubatannya ke rumah mangsa banjir bagi memberikan bantuan kejururawatan dan menyumbangkan 2,000 botol pembersih tangan.

Sunway Medical turut menyediakan ambulans untuk mengambil dan menghantar warga emas yang terlantar di SK Seri Muda ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan juga menjalankan ujian swab Covid-19 terhadap 1,000 mangsa banjir.

Sunway Pyramid, MarryBrown, SUPER Coffee, Nestlé Malaysia, dan FFM Berhad menyumbangkan barangan makanan kepada petugas barisan hadapan dan mangsa banjir di Batu Tiga, Shah Alam dan Banting.

Selain itu, Sunway Pharma menyumbangkan 500 kit ujian standard dan 70 kotak topeng muka.

Manakala Sunway Lagoon pula menyediakan 1,200 tuala, baju-T, payung dan 400 bungkus makanan tengah hari untuk  para petugas barisan hadapan dan mangsa banjir serta Sunway menempatkan “First-Aid respondents” di Taman Sri Muda bagi membantu memberikan pertolongan kecemasan.

Universiti Sunway membuka The Waterfront Residence kepada kakitangan, pelajar dan keluarga yang terjejas akibat banjir dan bersama para sukarelawan mereka, Sunway Lost World of Tambun dan Sunway City Ipoh ke Teluk Intan untuk menyumbang peralatan pembersihan seperti hos air, berus dan penyapu, dan turut membantu membersihkan 30 rumah yang musnah akibat banjir.

Bantuan pantas turut dihulurkan Sunway melalui kerjasama PBSM dengan menghantar kelengkapan pembersihan ke Mentakab, Pahang pada Januari lalu serta keperluan hygiene dan barangan runcit turut disumbangkan ke pusat pemindahan di Johor.

Selain bencana banjir, kebakaran di Kampung Baru Cina di Karak, Pahang, pada 1 Oktober lalu yang memusnahkan lebih 50 rumah dan lapan lot kedai, menyebabkan lebih 150 orang kehilangan tempat tinggal turut mendapat perhatian Sunway dengan menghulurkan bantuan sumbangan lebih RM20,000.

Bantu lancarkan proses vaksinasi kebangsaan

Semasa program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (NCIP) diumumkan, Sunway menjadi antara yang pertama mengambil langkah proaktif menyokong usaha murni kerajaan apabila menawarkan penggunaan Pusat Konvensyen Sunway Pyramid secara percuma sebagai pusat vaksinasi swasta berskala besar pertama di Malaysia, bertempat di daerah Petaling.. 

Bukan itu sahaja, sejak permulaan Covid-19, Sunway telah menyumbangkan sebanyak RM60 juta dan menjadikan empat lokasi Sunway sebagai tempat pemberian vaksin bagi memudahkan orang awam..

Meraikan setiap perayaan dalam kesederhanaan

Demi membawa kegembiraan kepada mereka yang kurang bernasib baik, Sunway turut menceriakan setiap perayaan menerusi inisiatif #SunwayforGood.

Pada sambutan Tahun Baru Cina, Sunway telah mengedarkan barangan runcit, barangan perayaan dan memberikan kemudahan ICT kepada 230 orang penerima daripada rumah kanak-kanak berbilang kaum di Perak.

Sebahagian daripada inisiatif ini juga, Sunway LINE (Learn.Innovate.Nurture.Evolve) turut menyerahkan tujuh komputer riba dan langganan WiFi kepada rumah anak yatim bagi memastikan penghuni mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti.

Pada bulan Ramadan dan Syawal pula, Sunway berkongsi kegembiraan dengan hampir 30,000 rakyat Malaysia menerusi pelbagai sumbangan seperti beras, bubur lambuk, juadah berbuka puasa -, barangan runcit dan pelbagai lagi di seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Kelantan.

Semasa sambutan Deepavali, Sunway menyantuni golongan B40 yang meraikan perayaan ini dengan menyediakan hampir 30,000 kilogram barangan runcit dan makanan berkhasiat bernilai lebih RM170,000 kepada 863 keluarga selama tiga bulan berturut-turut bermula Oktober lalu, juga menerusi inisiatif #SunwayforGood Food Bank.

Bantu bina semula keluarga 

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, pandemik dan bencana memberikan impak besar terhadap golongan B40 yang membuatkan Sunway merasa terpanggil untuk  ‘memikul’ satu tanggungjawab membantu golongan ini untuk bangkit semula.

Dana pengiklanan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Sunway telah disalurkan untuk membantu komuniti B40 yang terjejas dari segi ekonomi melalui inisiatif #SunwayforGood Bank.

Menerusi program bank makanan Sunway , 25 ribu kilogram makanan telah diagihkan kepada 2,100 keluarga B40 di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang dan Johor.

Isi rumah dengan satu sumber pendapatan serta ibu dan bapa tunggal turut mendapat perhatian apabila lebih 900 kotak barangan runcit diagihkan di Johor, Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Kesemua inisiatif ini bukan saja meringankan beban golongan memerlukan malah membantu mereka dalam kesusahan melalui pengagihan bantuan makanan melebihi 100,000 kilogram yang bernilai melebihi RM1 juta.

‘A New Tomorrow’ Untuk Tahun 2022 Yang Lebih Indah

Atas impak pelaksanaan CSR, Sunway mendapat pelbagai pengiktirafan daripada banyak pihak antaranya dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia pada Sambutan Ulang Tahun ke-75, April lalu dan Anugerah Kelestarian & CSR Malaysia untuk Syarikat Terbaik dalam Portfolio Perniagaan Pelbagai Disiplin sebagai syarikat awam yang cemerlang dan mengambil berat mengenai komuniti dan menggalakkan ekonomi mampan.

Ini sejajar dengan misi #SunwayforGood yang bermatlamat menggalakkan usaha kelestarian dan tanggungjawab sosial melalui tiga bidang iaitu pendidikan, penjagaan kesihatan dan pengayaan komuniti, seiring dengan komitmen memajukan 17 Matlamat Pembangunan Lestari PBB serta sasaran Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Diharapkan usaha dan nilai murni Sunway dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak syarikat besar dan masyarakat untuk turut membantu golongan yang kurang berkemampuan.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas