Connect with us

Oh! Media

Periksa Kesihatan Hanya Dipergelangan Tangan Dengan Siri HUAWEI WATCH 4. Lebih Dari Yang Dibayangkan!

Branded

Periksa Kesihatan Hanya Dipergelangan Tangan Dengan Siri HUAWEI WATCH 4. Lebih Dari Yang Dibayangkan!

Jam tangan pintar kini mula menjadi satu keperluan untuk dipadankan bersama telefon atau gajet pintar yang dimiliki. 

Walaupun kini banyak jam pintar yang ditawarkan di pasaran, tapi jenama HUAWEI menerusi siri WATCH 4 berjaya menarik perhatian kerana menawarkan solusi pemantauan kesihatan hanya di pergelangan tangan.

Masih Pantau Kesihatan Satu Persatu? Biar WATCH 4 Jadi Penyelesaian

Menggunakan fungsi Health Glance PADA siri HUAWEI WATCH 4, ia dapat membantu mengesan 7 data fisiologi seperti ECG, kadar denyutan jantung, SpO2, pengesanan kekakuan arteri, tahap tekanan, suhu kulit dan fungsi paru-paru hanya dalam 60 saat.

Hanya satu langkah mudah dan korang terus boleh pantau keadaan kesihatan secara menyeluruh.

Tapi bukan itu saja, siri HUAWEI Watch 4 ni juga boleh membantu memantau pola tidur, di mana ia akan merakam waktu korang mula sehingga bangun dari tidur bagi memastikan korang mendapat tidur lena yang diperlukan mengikut sains. 

Malah, jam ni juga turut membantu memberikan tips supaya korang boleh tidur dengan mudah dan mendapat rehat yang diperlukan setiap malam.

Malas nak pantau kesihatan? WATCH 4 boleh jadi reminder untuk korang. Jam pintar ini akan memaklumkan jika kadar denyutan jantung korang berada dalam keadaan tidak normal dan bacaan SpO2 sejurus ia berlaku.

Korang juga boleh menyemak graf aliran kesihatan jangka panjang melalui HUAWEI Health App untuk keep track dengan kesihatan korang.

Satu jam tangan untuk semua majlis? Menawan!

Kadang-kadang bukan tak nak pakai jam pintar selalu, tapi designnya menyebabkan ia sukar untuk dipadankan dengan baju atau sesuatu majlis.

Tapi tidak dengan Siri HUAWEI Watch 4, ia boleh melakukan segalanya! Ia ditawarkan dengan 2 variasi iaitu WATCH 4 Pro dan Watch 4.

WATCH 4 Pro diperbuat daripada bahan titanium gred aeroangkasa dan mempunyai skrin sfera sapphire yang terkemuka dalam industri.

Manakala bagi jam pintar WATCH 4 ia diperbuat daripada keluli tahan karat 316L yang berkilauan dan kaca melengkung 3D.

Kedua-duanya mudah dipadankan untuk bersukan atau acara formal.

Guna iPhone Tapi Boleh Ke Nak Padankan Dengan WATCH 4? 

SEMUANYA BOLEH SEKARANG!!!

Sama ada korang menggunakan telefon pintar HUAWEI atau iPhone ia bukan satu isu. 

Korang hanya perlu memuat turun Huawei Health App  pada iPhone korang dan padankan ia dengan siri HUAWEI Watch 4. Lepas tu, korang terus boleh menikmati ciri inovatif jam tangan pintar terkini!

Bateri Boleh Tahan Sehingga 21 Hari. Wow!!!

Paling best, siri HUAWEI Watch 4 mestilah ketahanan baterinya yang mampu bertahan sehingga 4 hari bagi Mod Standard dan SEHINGGA 21 HARI untuk mod hayat bateri Ultra-panjang! 

Menggunakan mod hayat bateri Ultra-panjang ni, korang masih boleh menikmati ciri seperti jejak senaman, pemantauan kesihatan, panggilan bebas tangan Bluetooth dan komunikasi tanpa perlu risau jam tangan pintar korang kehabisan bateri.

Kalau jam korang habis bateri pun korang tak perlu risau, sebab jam ni ada pengecasan pantas. Korang hanya perlu mengecasnya selama 15 minit dan ia boleh bertahan sepanjang hari.

Bagi pengecasan penuh ia hanya mengambil masa maksimum 90 minit. Bayangkan dalam 90 minit je bateri jam korang boleh bertahan sehingga 21 hari.

Lebih 100 mod sukan berbeza untuk gaya hidup sihat 

Nak lakukan aktiviti sukan yang berbeza? Jejak kesemuanya dengan siri HUAWEI WATCH 4 yang menawarkan lebih daripada 100 mod senaman. Termasuk aktiviti luar seperti menyelam dan mendaki.

Bila korang hike ia akan memaparkan data jejak seperti ketinggian, tekanan atmosfera, kiraan langkah, lokasi dan SpO2. Kalau korang sesat pula hanya aktifkan fungsi laluan kembali dengan peta untuk kembali semula ke laluan permulaan korang. Rasa lebih yakin nak mendaki lepas ni!

Perlukan bimbingan untuk kekal cergas? Gunakan sepenuhnya penjejak aktiviti harian. Apa yang anda perlu lakukan ialah menetapkan matlamat di Activity Ring, seperti kalori yang dibakar, masa latihan dan waktu aktif, dengan peringatan dan nasihat inspirasi untuk bantu naikkan semangat korang!

Miliki Siri HUAWEI WATCH 4 Untuk Gaya Sihat Masa Kini

Kalau korang masih mencari jam tangan pintar serba boleh yang boleh melakukan segalanya, siri HUAWEI WATCH 4 adalah jawapannya. 

Selain daripada menjadi aksesori untuk menjejak waktu ia juga menjadi rakan baik untuk memantau kesihatan korang. Dengan hayat bateri yang boleh bertahan sehingga 3 minggu dan serasi dengan semua model telefon pintar, WATCH 4 merupakan pilihan jam tangan pintar terbaik di pasaran.

Siri HUAWEI Watch 4 boleh didapati di seluruh negara sekarang bermula daripada RM1,999.

Dapatkan siri HUAWEI Watch 4 dan dapatkan tali jam EasyFit 2 percuma bernilai RM169 serta Universe Roaming Watch Face bernilai RM39.90.

Dapatkan siri HUAWEI WATCH 4 di di HUAWEI Experience Store berhampiran, Laman rasmi HUAWEI, serta HUAWEI Official Store di Shopee dan HUAWEI Flagship Store di Lazad.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas