Connect with us

Oh! Media

Pengalaman Team Ohmedia Menginap di Hotel Casa del Rio Melaka

Branded

Pengalaman Team Ohmedia Menginap di Hotel Casa del Rio Melaka

Fuhh… Bila sebut jer pasal bercuti atau melancong, semua melompat kegembiraan. Siapa yang tidak suka bercuti kan? Badan dan fikiran pun perlu rehat dari semua hal kerja ni gais. Tapi tak semestinya kita kena bercuti luar negara baru tenang, cukuplah dengan memilih percutian hujung minggu dengan menginap di hotel-hotel sekitar seperti yang kami lakukan. Dalam Malaysia ni banyak jer tempat-tempat menarik yang kita sendiri pun mungkin belum sempat nak lawat semuanya.

Pada hari Khamis yang lalu, team Ohmedia berkesempatan untuk jalan-jalan makan angin di Melaka. Jangan pelik kenapa kami pergi bercuti masa hari kerja, sebab setiap hari adalah hari minggu bagi kami,haha. Tapi bila dah sampai Melaka Bandaraya Bersejarah ni, benda paling penting yang kena cari dulu mestilah hotel gais.

Memandangkan team kami nak tempat penginapan yang bersebelahan dengan Jonker Walk dan Bandaraya Melaka, kami putuskan untuk bermalam di Hotel Casa del Rio, Melaka yang terletak betul-betul sebelah Sungai Melaka.

Sebagai info ringkas, Hotel Casa del Rio, Melaka merupakan sebuah luxury boutique hotel 5 bintang pertama di Melaka yang terletak bersebelahan Sungai Melaka. Casa del Rio sebenarnya diambil dari bahasa Spanish yang membawa maksud ‘Home by the River’. Casa del Rio turut menonjolkan seni bina banggunan dan hiasan dari banyak budaya antarabangsa seperti China, Arab, Portugis dan banyak lagi negara yang pernah mempengaruhi Melaka dahulu.


Saat melangkah masuk ke ruang lobi sahaja sudah mengujakan kami. Layanan yang diberikan bagi menyambut tetamu cukup menarik apabila mereka menyediakan kain sejuk beraroma bersama minuman Air Halia yang cukup buat korang rasa dihargai. Jadi, sementara tunggu urusan daftar masuk tu, dapatlah kami rehatkan diri dan segarkan badan sambil menikmati pemandangan kolam dan air pancut yang cantik.

Sampai ke bahagian yang paling dinanti-nantikan. Bilik hotel dekat sini pun superb gais dan kami memilih Deluxe River Room. Kenapa pilih Deluxe River Room? Bilik berkeluasan 50 kaki persegi ini betul-betul menghadap Sungai Melaka dan kami dapat lihat pemandangan Menara Taming Sari, A’Famosa, Hard Rock Cafe, dan Muzium Samudera dengan jelas hanya dari balkoni bilik. Korang jangan risau, semua jenis bilik di Casa mempunyai balkoni sendiri.

Saat pintu bilik dibuka, kami semua seakan terpukau! Bilik ini menerapkan hiasan dalaman dan perabot berciri mewah. Katil dengan tilam empuk bersama 4 biji bantal, ruangan kerja, dan kerusi rehat serta meja kopi di balkoni menjadikan ambiance bilik ini cukup WOW! Bahagian yang paling kami suka adalah saiz bilik air yang sangat luas, hampir separuh daripada keluasan bilik dan tab mandi yang bagi kami sangat besar.

Apa yang menarik lagi, terdapat tingkap kayu boleh lungsur ditepi dinding. Bayangkan sambil berendam, anda melihat pasangan anda sedang baring di katil. Romantis sangat!Haha. Tak percaya? Korang tengoklah nanti setiap petang pada pukul 6pm akan ada khidmat kemas bilik dan mereka akan pasangkan lilin dan sediakan katil untuk korang tidur. Jarang-jarang bilik hotel kemas sampai 2 kali sehari tau, iaitu pagi dan petang. Bilik Deluxe ini turut menyediakan fasiliti lain seperti pengering rambut, seterika, Wi-Fi, TV Satelit, DVD Player, iPod docking statiton, Mini Bar, dan peti keselamatan.

Selepas penat mengayuh basikal yang disediakan Casa del Rio ke sekitar Bandaraya Melaka, tibalah saat yang paling dinantikan untuk menikmati hidangan bufet di ‘The River Grill’, yang terletak sama aras dengan lobi hotel. Kami juga bernasib baik kerana dapat mencuba hidangan khas sempena bulan puasa nanti yang diberi nama ‘Cita Rasa Bonda’ yang menampilkan menu makanan seperti Nasi Biryani Buah Gajus, Ikan Keli Berlado, Ayam Bakar dan semua ini dihidangkan di dalam dulang yang terasa seperti makan di kampung. Selain itu, pihak hotel turut menyediakan sudut live cooking stall untuk pengunjung. Apa yang kami dapat katakan, kualiti rasa yang disajikan oleh Casa del Rio adalah antara bufet hotel terbaik pernah kami cuba.

Bercakap soal sarapan pagi pula, ada sesuatu yang kami rasa mungkin susah untuk korang dapatkan pilihan seperti ini dari hotel 5 bintang yang lain. Untuk pengetahuan korang, selain daripada hidangan bufet yang menghidang pelbagai jenis makanan, korang juga akan diberi satu menu khas a’la carte yang boleh dipilih dan akan dihantar terus ke meja. Lepas tu enjoy lah makan sambil makan dan makan lagi, haha.

Secara keseluruhannya, percutian santai bersama team Oh Media kali ini sangatlah menyeronokkan. Jika korang berpeluang dan tersesat di Melaka, Hotel Casa del Rio adalah tempat penginapan wajib yang harus korang tempah. Kerana bagi kami, ia sangat berbaloi dengan harga yang kami bayar. Kepada pihak Hotel Casa del Rio, Melaka, tahniah dan keep it up! Kami pasti kembali untuk menginap disini!

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

To Top