Connect with us

Oh! Media

Penat Tahan Menggaru Kulit Gatal? Ini Antara Bahan Yang Diuji Oleh Dermatologi!

Aveeno

Branded

Penat Tahan Menggaru Kulit Gatal? Ini Antara Bahan Yang Diuji Oleh Dermatologi!

“Ish, penatlah asyik tergaru-garu, sampai luka! Apa nak buat ni!”

Siapa yang mengalami masalah kulit kering atau ekzema mesti faham perasaan menahan diri daripada kegatalan kulit betul tak? 

Walaupun dah cuba pelbagai cara dan produk kecantikan kulit, belum tentu lagi dapat memberikan kelegaan yang optimum. Jadi, apa solusi yang terbaik?

Haa, tak perlu pening-pening kepala. Jom kami kongsikan satu bahan penting yang menjadi kunci utama untuk melegakan kegatalan serta mampu merawat masalah kulit kering. Biar betul?! 

Masalah Kulit Kering Kini Dapat Diatasi Dengan Oat! 

Haa?! Oat? Seriuslah?! Percaya ataupun tidak, oat yang merupakan salah satu makanan diet juga mempunyai banyak manfaat yang bagus untuk kulit tau!

Terdapat banyak kajian dilakukan oleh para dermatologi serta klinikal yang membuktikan tahap keberkesanan oat dalam merawat masalah kegatalan dan kulit kering. Wow, menarik! 

Untuk pengetahuan, Oat (Avena sativa) telah menjadi salah satu bahan rawatan topikal berabad-abad lamanya untuk pelbagai keadaan kulit, termasuk ruam kulit, eritema, melecur, gatal, dan ekzema. Fuhh, terbaiklah!

Antara komponen oat yang boleh memberi manfaat pada kulit adalah beta-glukan, iaitu bahan yang boleh menyerap air, fenol, sejenis antioksidan serta saponin yang bersifat seperti sabun dan bertindak sebagai pembersih minyak. Wah, bagusnya!

Patutlah oat ni sangat disarankan oleh dermatologi untuk digunakan pada kulit yang gatal dan kering, banyak rupanya khasiat yang ada dalam rumusan oat ni! 

Kalau korang nak tahu, antara kelebihan oat untuk kulit kering adalah melegakan kegatalan, menyediakan hidrasi yang optimum pada kulit, mempunyai ajen antioksidan penting pada kulit, mengurangkan kemerahan, melembutkan kulit dan banyak lagi! Wow, ini yang kita mahukan!

Alami Kulit Yang Lembut Tanpa Kegatalan Dengan Aveeno®

Wah, korang mesti tak sangka oat pun ada banyak manfaat untuk kulit kan? Jadi, siapa yang mengalami masalah kulit kering dan sensitif tu, apa kata mandi dengan air oat atau pakai produk kecantikan yang mempunyai rumusan oat. Tapi, produk apa yang mengandungi rumusan oat?

Tak perlu cari jauh-jauh, AVEENO® Skin Relief Moisturizing Lotion kan ada! 

Untuk pengetahuan,  AVEENO® Skin Relief Moisturizing Lotion merupakan salah satu losen terbaik yang mengandungi ramuan oat dan sangat sesuai digunakan untuk mereka yang mengalami masalah kulit kering dan sensitif. 

Dirumus dengan Triple Oat Complex(Oat Flour, Oat Oil dan Oat Extract) serta natural shea butter, tak disangkal lagi, AVEENO® Skin Relief Moisturizing Lotion dapat membantu untuk melegakan serta melembutkan kulit kering. 

Menariknya, sejurus korang sapu losen ini pada kulit, ia dapat memberikan kelegaan hanya dalam masa 60 saat saja serta bertindak pantas menyerap ke dalam kulit untuk memberikan kelembapan dan menyuburkan kulit selama 72 jam! Seriuslah?! 

Selain itu, disebabkan oleh tahap keberkesanan oat terhadap kulit, losen ini sangat sesuai digunakan untuk semua peringkat usia dan sangat disarankan untuk mereka yang telah mencecah umur 60an. Barulah kulit kekal segar, lembut dan sihat! 

Kalau korang berminat untuk lihat sendiri tahap keberkesanan AVEENO® Skin Relief Moisturizing Lotion ini, korang boleh dapatkan di farmasi berdekatan atau secara atas talian di Guardian, Watsons, Shopee dan Lazada
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi AVEENO atau ikuti media sosial di Facebook, Instagram dan YouTube.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas