Connect with us

Oh! Media

shopeefood

Branded

ShopeeFood Kini Rasmi Di Pulau Pinang, Pesan Makanan Dan Dapat Tawaran Istimewa Hingga 20 Jun

ShopeeFood yang sebelum ini memulakan operasi di sekitar Lembah Klang dan Johor Bahru kini meluaskan lagi perkhidmatan di Pulau Pinang.

BACA: ShopeeFood Dilancar, Rider Sedia Hantar Makanan Di Depan Pintu Rumah!

Ya! Sekarang ni kita dah boleh buat pesanan makanan guna aplikasi Shopee jer. Siapa belum cuba kena cuba sekarang sebab ada banyak promosi menarik tau.

Penghantaran makanan lebih lancar..

Kehadiran ShopeeFood di Pulau Pinang sangat dinantikan selepas mendapat permintaan yang tinggi di bandar-bandar utama Malaysia.

Jadi, untuk mereka yang tinggal di sekitar Pulau Pinang atau sedang bercuti di sana boleh dapatkan pelbagai sajian daripada peniaga gerai penjaja terkenal, restoran dan banyak lagi. McDonald’s, US Pizza, KFC semua tu mestilah ada juga gais.

Kami sangat gembira kerana ShopeeFood kini boleh didapati di Pulau Pinang. Perkhidmatan penghantaran makanan kami menawarkan nilai, kepelbagaian dan kemudahan kepada pengguna Shopee. Memandangkan ShopeeFood disepadukan ke dalam aplikasi mudah alih Shopee, pengguna boleh menggunakan dompet mudah alih ShopeePay mereka dengan mudah untuk pengalaman pesanan yang lancar. Pengguna ShopeeFood juga akan teruja untuk mengetahui bahawa kami menawarkan Penghantaran Percuma tanpa perbelanjaan minimum sempena pelancaran ini.

Bagi peniaga ShopeeFood, mereka juga boleh mengakses pangkalan data kami yang besar untuk menjangkau pelanggan baharu. Bagi peniaga yang lebih kecil ini sedikit sebanyak boleh membantu
mereka terutamanya apabila negara kembali kepada aktiviti ekonomi biasa dan restoran fizikal mereka
kini boleh dipaparkan dalam talian untuk meningkatkan jualan. – Kata Wong Chee Mun, Ketua Pembangunan Perniagaan, ShopeeFood Malaysia.

Pesan nasi kandar guna ShopeeFood jer..

ShopeeFood Pulau Pinang menyenaraikan sajian dari kawasan utama seperti Georgetown, Ayer Itam, Gelugor, Tanjung Bungah, Bayan Lepas dan Jelutong. Bolehlah pekena Nasi Kandar, Mee Goreng Bos!, Penang Chendul, Pasembor dan banyak lagi dari ShopeeFood jer.

Diskaun hingga 50% sampai 20 Jun ini..

Sehingga 20 Jun ini, pengguna di negeri itu dapat menikmati tawaran hebat dari pengusaha seperti ZUS Coffee, Chatime, Boat Noodle, Yi Ke Shu, dan banyak lagi.

Antara promosi yang ditawarkan ialah:

  • Penghantaran percuma tanpa pembelian minimum.
  • Daily Super Deals dengan diskaun hingga 50%.
  • Potongan harga hingga 30%.
  • Jualan kilat hingga 20% diskaun.

Kalau korang baru jadi pengguna Shopee, boleh guna kod NEWTOFOOD – RM25 untuk dapatkan potongan 99% tanpa perbelanjaan minimum. Bagi pengguna ShopeeFood baharu pula, boleh guna kod sama, NEWTOSFOOD – RM7.

Peraduan Pesanan & Menang

Pengguna ShopeeFood turut berpeluang memenangi produk eksklusif PerySmith dan baucar ShopeeFood bernilai sehingga RM10,000. Berikut adalah cara untuk sertai Peraduan Pesanan & Menang:

  1. Dari 1 – 30 Jun, belanja minimum RM20 dari mana-mana restoran.
  2. Ikuti Instagram rasmi ShopeeFood (shopeefood_my).
  3. Like & komen ID Pesanan anda di Penang Launch Contest Post.
  4. Selesai! Ulangi langkah di atas, pesan lebih banyak dan dapatkan peluang yang lebih tinggi
    untuk menang.

Untuk muat turun aplikasi Shopee, klik sini untuk iOSsini untuk Android, dan sini untuk HUAWEI.

Kredit: Shopee

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Branded

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas