Connect with us

Oh! Media

ShopeeFood Dilancar, Rider Sedia Hantar Makanan Di Depan Pintu Rumah!

ShopeeFood

Oh! Tech

ShopeeFood Dilancar, Rider Sedia Hantar Makanan Di Depan Pintu Rumah!

Shopee yang merupakan sebuah platform e-commerce popular ketika ini telahpun melancarkan ujian terhadap ShopeeFood yang membolehkan pengguna untuk membuat tempahan makanan hanya menggunakan aplikasi Shopee.

ADVERTISEMENT

BACA : Shopee Dijangka Mula Hantar Pesanan Makanan Ke Rumah Tak Lama Lagi?

Walaubagaimanapun, hanya penduduk di sekitar Lembah Klang sahaja yang boleh menggunakan perkhidmatan ini dan ianya akan meluas ke tempat-tempat lain pada masa akan datang. 

Sama seperti platform penghantar makanan lain, ShopeeFood telah menyediakan pelbagai pilihan kepada pengguna seperti kedai makan popular, restoran biasa dan sebagainya. 

Waktu operasi bagi ShopeeFood ini adalah dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam. Bukan tu jer, pengguna juga boleh berjimat kerana Shopee telah menyediakan kupon untuk ditebus pengguna sempena pengenalan perkhidmatan mereka ini.

Bagi sesiapa yang duduk di Lembang Klang, korang dah boleh cuba pesan makanan menggunakan ShopeeFood sekarang ya. 

Kredit: Shopee

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas