Connect with us

Oh! Media

Pelaburan Atau Rumah Pertama? River Park Bangsar South Menawarkan Kediaman Impian Untuk Golongan Muda

Branded

Pelaburan Atau Rumah Pertama? River Park Bangsar South Menawarkan Kediaman Impian Untuk Golongan Muda

Memiliki rumah sendiri merupakan impian ramai anak muda, lebih-lebih lagi yang bekerja di ibu kota. Akses lebuh raya, jarak ke tempat kerja dan infrastruktur pengangkutan awam yang bagus adalah antara faktor kenapa anak muda memilih untuk membeli rumah berdekatan dengan kawasan bandar.  

Memperkenalkan River Park, satu projek kondominium Hak Milik Kediaman di bawah naungan Malton Bhd yang terletak di Bangsar South (dalam pusat lingkungan Jalan Klang Lama dan Mid Valley).

Apa yang menarik di River Park berbanding projek perumahan yang lain? Mari Ohmedia kongsikan!

Akses mudah buat mereka yang bekerja di bandar

Apabila bekerja di bandar, kemudahan infrastruktur yang lengkap di sesuatu kawasan tempat tinggal sudah pastinya menjadi keutamaan bakal pembeli rumah. Kawasan yang dihubungi dengan sistem pengangkutan awam yang bagus sudah pasti menjadi pilihan utama mereka.

River Park memenuhi kriteria yang diidam kerana projek perumahan ini dibina dengan akses mudah buat mereka yang memandu dan menaiki pengangkutan awam. Ianya terletak hanya 15 minit daripada kawasan tumpuan yang berada di antara Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

Jika anda memandu kereta untuk ke Pusat Bandar Kuala Lumpur anda boleh melalui Jalan Syed Putra atau Smart Tunnel ke Pavilion Kuala Lumpur. Manakala ke Damansara, anda boleh menggunakan laluan Kerinchi ke 1 Utama.

Sunway Pyramid pula, berdekatan sahaja dengan Lebuhraya NPE dan untuk ke Petaling Jaya boleh menggunakan akses Lebuhraya Persekutuan serta Lebuhraya LDP yang berhampiran dengan Paradigm Mall.

Bagi pengguna pengangkutan awam pula, terdapat Stesen KTM Angkasapuri 300 meter sahaja dari kondominium dan hanya satu stesen ke stesen Mid Valley City.

Selain itu, ada cadangan untuk stesen MRT 3 Pantai Permai yang akan dibina lebih kurang 800 meter sahaja dari River Park dan satu stesen sahaja ke Stesen Persimpangan Pantai Dalam.

Nikmati gaya hidup impian di ibu kota!

Selain daripada lokasi strategik yang menjamin ketenangan minda bakal pembeli, River Park juga dapat memberi bakal pembeli gaya hidup yang diimpikan!

River Park memang sesuai untuk sesiapa yang gemar akan seni bina yang moden sebagai rumah pertama atau sebagai pelaburan. Tambahan pula, River Park terletak di kawasan yang ‘Terhangat’ dan berdekatan dengan pelbagai kemudahan utama yang pasti akan memudahkan kehidupan seharian anda.

Buat anda yang tertanya-tanya mengapa projek ini dinamakan River Park,  ini kerana lokasi kondominium ini yang dibangunkan betul-betul bersebelahan dengan River of Life.

Bagi memudahkan laluan masuk ke River Park, pemaju akan membina laluan khusus yang bernilai RM10 juta dari Lebuhraya Persekutuan ke halaman kondominium.

Untuk pengetahuan anda, pemaju projek River Park iaitu Malton Bhd merupakan sebuah syarikat bereputasi yang telah membina lebih 20 projek termasuk Nova Saujana dan Pavilion Bukit Jalil. Wow!

Syarikat ini juga terkenal dengan seni bina yang mewah dan lokasi pilihan untuk setiap projek yang dibangunkan berada di kawasan ‘hotspot’.

Reka bentuk dalaman rumah yang praktikal

Selain dari reka bentuk yang moden, River Park juga menawarkan anda sebuah kediaman yang sangat praktikal dan luas. Amat sesuai untuk eksekutif muda atau yang baru berkeluarga. 

Dengan status Hartanah Kediaman, bil utiliti (air dan elektrik) River Park adalah lebih murah dari projek yang berstatus Hartanah Komersial. Kondominium ini dibangunkan di kawasan seluas 5.1 ekar dan mempunyai 3 menara.

Menara A dan Menara C mempunyai 440 unit, dan Menara B mempunyai 452 unit. Setiap menara dilengkapi dengan 4+1 lif iaitu 4 lif dan 1 lif bomba/perkhidmatan.

Terdapat 5 jenis unit untuk dipilih dan setiap unit mempunyai 2 pilihan iaitu 2 bilik tidur dan 2 bilik air atau 3 bilik tidur dan 2 bilik air. 

Anda boleh memilih unit keinginan anda yang bermula dengan keluasan 812 kaki persegi sehingga 1,180 kaki persegi yang direka dengan balkoni seluas 3 kaki serta halaman rumah.

Setiap unit rumah dilengkapi dengan 2 tempat letak kereta khas (parking lot). Jika anda membeli rumah dengan pasangan, tidak lagi perlu risau untuk mencari tempat letak kereta tambahan.

Selain itu, River Park adalah kediaman yang separa berperabot. Maksudnya setiap unit akan dilengkapi dengan pendingin hawa, kabinet dapur beserta set kitchen hood dan hob, pemanas air, mesin basuh & pengering 2 dalam 1 dan digital lockset. Menarik!

Lebih 30 fasiliti yang boleh dinikmati semua

Memiliki sebuah unit di River Park pasti membuatkan anda teruja seperti memasuki hotel mewah apabila anda disambut dengan Four Season Garden yang indah di pintu utama. 

River Park menawarkan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk anda seisi keluarga. Terdapat kolam infiniti, kolam kanak-kanak, jakuzi, dewan serbaguna, gimnasium, bilik bacaan, ruang kerja, bilik permainan, tempat BBQ, Central Park dan sebagainya.

Penuhi kehidupan impian di River Park, Bangsar South

Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menjadi salah seorang pemilik projek perumahan YANG TERHANGAT di Lembah Klang dengan lokasi strategik dan seni bina yang mewah. 

Harga kediaman ini bermula dari RM600,000! Malton Berhad juga mempunyai perkongsian strategik bersama Affin Bank, bagi yang berminat untuk memiliki kediaman di River Park, anda boleh memohon pinjaman melalui pelan Home Step Fast/i dari Affin Bank dengan bayaran bulanan serendah RM1,825 sahaja.

Untuk maklumat lanjut kunjungi galeri jualan River Park atau hubungi jurujual kami, Mr Leow di talian 011-2800-2888.

Lebih info layari https://riverpark.com.my/.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas