Connect with us

Oh! Media

Nak Travel Tapi Border Tak Buka Lagi? Jom ‘Travel’ Ke 5 Lokasi Menarik Di Singapura Dari Rumah Korang Je!

Merlion, Singapura

Branded

Nak Travel Tapi Border Tak Buka Lagi? Jom ‘Travel’ Ke 5 Lokasi Menarik Di Singapura Dari Rumah Korang Je!

Bosannya duduk rumah. Passport pun dah nak expired agaknya!

Sedar tak sedar dah nak 2 tahun kita terkurung di rumah akibat pandemik. Tiada lagi gambar-gambar travel yang dikongsi di media sosial. Masing-masing menghitung waktu mengharapkan mimpi ngeri ni segera berakhir.

Tapi walau apapun terjadi hidup perlu diteruskan. Oh! Media pun tak naklah korang murung dan tertekan dengan keadaan sekarang, jadi kami nak share satu aktiviti yang mungkin boleh dilakukan di rumah iaitu melancong.

Ya kami tak tipu bila kami ajak korang pergi melancong sebab sekarang Singapura dah memperkenalkan virtual tourism tau. Cool gila!

Inilah masanya korang dapatkan terapi melancong dengan travel gaya lokal di Singapura secara virtual.

Jom ‘Melancong’ Ke Singapura!

1. Muzium Philatelic Singapura

Bercuti secara virtual ke Singapura

Bila melancong ke negara orang, lawatan ke muzium menjadi salah satu iternari wajib untuk menambah pengetahuan.

Di Singapura terdapat banyak muzium yang menyimpan sejarah negara kota singa itu dan salah satunya ialah Muzium Philatelic Singapura, yang merupakan penjaga dan kurator sejarah pos dan setem di Singapura.

Koleksi muzium bermula dari setem dan bahan filateli arkib Singapura dari tahun 1830-an hingga sekarang, dan setem dari negara-negara anggota Universal Postal Union pun ada.

Selain melihat sejarah setem, korang juga boleh ‘melawat’ kembali pameran-pameran lepas yang dianjurkan di muzium itu seperti Orange Room, Shaking It With Shakespeare, More Than Monkeys dan banyak lagi. Menarik kan?

Klik SINI untuk mulakan lawatan di Muzium Philatelic Singapura.

2. Lawatan Virtual bersama Everyday Tour Company

Pelbagai tempat menarik di Singapura

Jom tengok sisi lain Singapura. Selalunya pemandangan ni korang hanya boleh dapat kalau melancong secara fizikal, tapi yang bestnya Everyday Tour Company ada pelbagai pakej virtual tour yang korang boleh pilih untuk merasai sendiri pengalaman ni, dan salah satunya  adalah Singapore Food & Tasting Tour.

Masa lawatan ni korang akan rasa ‘dekat’ sangat dengan kawasan yang dilawati. Korang akan membayangkan bau, rasa dan dengar bunyi persekitaran yang membuatkan korang rasa betul-betul kat Singapuralah.

Semasa lawatan interaktif dalam talian selama 1 jam ni, korang akan diguide untuk melakukan aktiviti dalam talian yang menarik, berpengetahuan dan menyeronokkan.

Klik SINI untuk Lawatan Virtual bersama Everyday Tour Company.

3. Amazon Experience

Bercuti secara virtual ke Singapura

Tak lengkap rasanya melancong kalau tak lawat kawasan tumpuan ramai dan popular kan? Dengan Amazon Experience korang akan dibawa menerokai taman serta flora dan fauna semula jadi yang paling mewah di kota Singapura.

Korang juga boleh mengunjungi Taman Warisan dengan empat tema indah yang menampilkan empat budaya yang berbeza.

Bukan itu saja, korang juga akan dibawa melawati Supertree Grove iaitu  struktur pokok setinggi 50 meter yang membuat kemunculan dalam filem terkenal Crazy Rich Asian dan last sekali korang akan melawat Flower Dome untuk melihat paparan bunga dan tumbuh-tumbuhan yang indah dari Mediterranean dan kawasan yang lain.

Klik SINI untuk lawatan bersama Amazon Experience.

4. Lisa Von Tang (Maison CHI CHI Virtual Store Experience)

Pengalaman bercuti yang lain daripada yang lain

Lisa Von Tang bukanlah nama asing bagi penggemar fesyen. Oleh kerana kawalan pergerakan yang turut dilaksanakan di Singapura, Lisa Von Tang telah melancarkan koleksi terbaru mereka dalam bentuk realiti maya di Maison CHI CHI.

Hanya dengan telefon pintar korang akan merasai pengalaman 3D yang buatkan korang seperti berada di rumah kedai Jalan Kim Yam Singapura dan menyaksikan LVT Atelier ‘hidup’ pada waktu malam.

Klik SINI untuk menikmati pengalaman 3D bersama Lisa Von Tang

5. The Front Row (Singapore’s Definitive Virtual Fashion Festival)

Bercuti secara virtual ke Singapura

Akhiri pelancongan virtual korang dengan pertunjukan fesyen maya di The Front Row, kawasan fesyen yang lain daripada yang lain. Reka bentuk tempat ini yang unik ini diilhamkan daripada  seni bina Singapura yang ikonik.

Klik SINI untuk menyaksikan pertunjukan fesyen di The Front Row.

Tempah ‘tiket’ untuk melancong ke Singapura

Tempat menarik di Sinngapura

Sebenarnya ada banyak lagi tau tempat-tempat menarik yang korang boleh lawati secara virtual kat Singapura ni.  Walaupun pelancongan ni hanya secara maya, tapi dengan teknologi yang canggih dan terkini, korang akan merasakan seperti betul-betul sedang berada di Singapura.

Nanti bila keadaan makin baik, barulah korang boleh rancang travel fizikal ke Singapura. Masa ni korang enjoylah puas-puas.

Jadi tunggu apa lagi? Klik pada pautan yang kami kongsikan untuk tempah pakej lawatan maya idaman korang!

Maklumat lanjut korang boleh layari https://www.visitsingapore.com/en/.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas