Connect with us

Oh! Media

Nak Bagi Apa Ek? Ini Cadangan Hadiah Untuk Member, Confirm Suka Punyalah!

Branded

Nak Bagi Apa Ek? Ini Cadangan Hadiah Untuk Member, Confirm Suka Punyalah!

Tak sangka lagi beberapa hari saja lagi kita semua akan masuk ke tahun baru 2021. Sudah pasti ramai yang mengharapkan agar ada sinar baru di tahun 2021 dan tidak mahu terus dibelenggu dengan kenangan tahun 2020 yang sukar.

Jadi untuk menyambut tahun 2021 yang bakal tiba tidak lama lagi, apa kata kita cuba berkongsi atau bertukar-tukar hadiah sesama kawan atau orang tersayang agar kita lebih bersemangat dan lebih bersedia untuk melangkah ke tahun 2021.

Tapi hadiah apa agaknya yang terbaik untuk tahun depan? Korang tak payah  nak pening lagi, sebab kami dah senaraikan 5 hadiah terbaik dan sangat berguna untuk tahun 2021.

1. Pakaian baru untuk tahun baru

Tahun 2020 ni rasanya tahun yang paling kurang untuk kita beli pakaian baru. Maklumlah, keghairahan untuk memakai baju baru ni hilang bila kita perlu duduk di rumah. Hari Raya pun kita tak dapat nak hadiri sebarang rumah terbuka.

Jadi, apa kata kita hadiahkan baju baru untuk insan tersayang. Orang cakap bila pakai baju baru ni semangat pun baru, jadi ini hadiah ni pasti dapat beri sedikit senyuman dan kenyakinan buat mereka.

2. Meja kerja terbaik untuk lebih bersemangat

Kehidupan dalam norma baru ni memerlukan ramai di antara kita terpaksa bekerja di rumah bagi mengelakkan sebarang jangkitan di tempat kerja. Jadi korang bolehlah hadiahkan satu meja kerja untuk mereka yang terpaksa ‘work from home’.

Mungkin nampak macam jarang orang jadikan hadiah, tapi meja kerja adalah antara barang penting dan menjadi keperluan untuk memastikan kita lebih bersemangat buat kerja. Lepas tu bolehlah buat cabaran working space siapa paling cantik dan menarik, hehe!

3. Wireless earfone

Korang masih pakai earfone yang ada wayar panjang-panjang lagi ke? Dah lah selalu terbelit-belit, akhirnya kita pun bengang. Haha! Jadi apa kata untuk tahun 2021 ni, korang hadiahkan wireless earfone dekat kawan-kawan korang mesti diorang suka gila. Percayalah! Lagi-lagi kalau dapat jenama buah Apple tu, huhu.

4. Powerbank

Tiap kali push rank Mobile Legend mesti ada member yang tiba-tiba tersengih sebab nak pinjam powerbank kita. Powerbank ni menang dah jadi keperluan zaman sekarang ni, lagi-lagi bila kita ada kecemasan dan perlu gunakan telefon pintar. Jadi, hadiah yang sangat berguna kepada semua orang adalah power bank! Baru boleh Winner Winner Chicken Dinner.

5. Belanja makan

Haa, kalau korang dah buntu sangat nak hadiahkan apa untuk 2021 boleh bawa orang tersayang pergi makan makanan kegemaran diorang. Yang ini mesti takkan ada yang tolak punya, haha!

Selain makan-makan tu korang pun boleh luangkan masa bersama, bukankah itu sememangnya hadiah yang terbaik?

6. BONUS: Alat henti tabiat merokok!

Kesian tengok keluarga dan kawan-kawan kita bila tabiat merokok mereka semakin menjadi-jadi bila banyak habiskan masa duduk rumah. Maklumlah, bila dah tak tahu nak buat aktiviti apa dekat rumah, tangan mesti tak dapat nak lepas sebatang rokok.

Jadi, kita boleh hadiahkan perokok tegar ni Kardinal Stick yang dicipta khas untuk membantu perokok tegar hilangkan tabiat buruk mereka. 

Kardinal Stick adalah satu jenama yang tak asing lagi apabila mereka berjaya mencipta sebuah peranti yang mempunyai ciri-ciri amaran kesihatan atau Health Alert System yang ingatkan pengguna untuk berhenti menghisap selepas melebihi 12 pam dalam masa 5 minit.

Ia juga mempunyai pilihan flavour untuk POD korang selain dilengkapi pod berkapasiti 2ml untuk e-liquid. Menariknya kapasiti baterinya juga agak besar sebab mampu bertahan selama 24 jam dan memerlukan 40 minit sahaja untuk fully charge. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk alternatif terbaik boleh terus ke www.kardinalstick.com.

Jadi apa pula hadiah yang korang rasakan sangat sesuai diberikan untuk tahun 2021? Selamat Menyambut Tahun 2021 dan semoga kita terus kuat tempuhi hari mendatang. #StaySafe #KekalSihat

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas