Connect with us

Oh! Media

MK K-Clique Ada Smartphone Sendiri? Memperkenalkan OPPO Reno5 F “MK” Edisi Terhad!

Branded

MK K-Clique Ada Smartphone Sendiri? Memperkenalkan OPPO Reno5 F “MK” Edisi Terhad!

Siapa tak kenal rapper sensasi masa kini MK dari K-Clique kan? Dalam diam, MK khabarnya ada smartphone sendiri? Yes, MK bekerjasama dengan OPPO melancarkan OPPO Reno5 F. Dikeluarkan dengan warna terbaru Crystal Silver, ada sebab model ni istimewa sangat tau!

OPPO Reno5 F “MK” Edisi Terhad ni istimewa sebabnya ia didatangkan dengan kotak dengan tandatangan MK padanya. Pembelian juga disertakan dengan phone case glow in the dark. Untuk peminat MK, kena cepat-cepat dapatkan kerana kuantiti yang dikeluarkan cukup terhad, dah tak habis stok, putih mata la jawabnya guys!

Jom kami kongsikan 4 ciri penting model OPPO Reno5 F korang wajib tahu: 

1. Kamera paling padu

OPPO Reno5 F kali ini mempunyai empat kamera belakang yang terdiri dari kamera utama 48 MP, ultra-wide 8 MP, macro 2 MP, dan mono 2 MP. Untuk kamera depan pula, kaki selfie tak payah risau kualiti gambar tetap terbaik sebab OPPO model ini dilengkapi sebuah kamera beresolusi 32 MP yang disertakan dengan punch hole.

Sistem kamera belakang OPPO Reno5 F ini dilengkapi dengan filter baru, Dynamic Bokeh yang menggabungkan effect motion blur dan low light XDR. Tak ketinggalan ada mode Night Plus yang dapat mengoptimalkan pengambilan foto pada waktu malam. Jadi, nak snap gambar bila-bila masa pun bukan lagi masalah.

Filter AI bokeh seperti AI Color Portrait hingga Night Flare Portrait turut melengkapkan ciri istimewa model ni. Paling menarik teknologi ini mampu merakam video dengan kuasa resolusi 4K hingga 30 fps dan EIS. Siapa pun korang, nak berkarya dengan smartphone pun boleh, hasil dia korang boleh tengok sendiri. Superb!

Ini antara hasil gambar yang diambil menggunakan OPPO Reno5 F. Dari gambar makro hingga ultra wide-angle dan zoom, Reno5 F boleh menjadi gajet bukan sekadar untuk kekal terhubung tapi juga perakam momen-momen indah dalam hidup untuk kenangan di masa depan.

Antara ciri paling penting pada kamera OPPO Reno5 F yang akan buat korang cepat-cepat nak order termasuklah:

AI Color Portrait Video

Mungkin ramai yang tak tahu, AI Color Portrait Video ni apa. Ciri ini mampu mengesan objek, manusia dan latar belakang dan memisahkannya secara pintar. Style kan? Dengan fungsi ini, rakaman video diambil akan lebih memukau dan next level. Bukan video biasa-biasa!

Dual-View Video

Bukan semua orang boleh multi-task, tapi OPPO Reno5 F confirm boleh! Dual-View Video menggunakan kamera depan dan belakang secara serentak untuk merakam dua situasi dalam waktu sama.

Apabila menggunakan mod ini, paparan kamera depan dan belakang akan dipaparkan pada skrin. Power kan? Terdapat tiga mod skrin berbeza iaitu Top & Bottom Even, Rectangular, dan Circular.

Monochrome Video

Monochrome Video akan memberi highlight pada warna-warna tertentu seperti merah, hijau atau biru dalam video ketika menggunakan GPU manakala warna-warna lain akan diasingkan.

Monochrome Video menyokong video 720p/30FPS dan 1080p/30FPS bagi memberi fokus untuk subjek utama dalam video. Barulah rare dan lain dari yang lain!

Night Plus

Dynamic Bokeh, Night Plus, Night Flare Portrait, EIS Steady Video AI Scene Enhancement 2.0, AI Color Portrait dan AI Beautification 2.0 menjadikan OPPO Reno5 F gajet wajib ada untuk mobile photographer.

Soloop

Apa je OPPO Reno5 F ni tak boleh buat? Nak ambil video lepas tu buat style ala movie? Ada fungsi Soloop yang berupaya mengubah rakaman dan video menjadi klip kualiti ala filem, siap boleh tambah audio dan kesan khas untuk impak maksimum.

2. Reka bentuk sedap & selesa dipegang

Hanya 172 gram, itulah berat OPPO Reno5 F dengan ketebalan 7.8 mm ini. Reka bentuk yang nipis dan ringan ini membuatkan model ini sedap dan selesa digunakan walaupun dalam jangka masa lama.

Berbanding kamera model OPPO Reno 5 yang lain, Reno5 F ini mempunyai bentuk kamera yang memanjang dengan tiga kuasa kamera. Ini menjadikan Reno5 F kelainan dan identiti tersendiri.

3. Pengecasan lebih pantas

Leceh kan bila smartphone tapi asyik-asyik kena cas je, tapi jangan risau, ini salah satu telefon pintar yang paling ngam dengan korang. Dengan OPPO Reno5 F ini tak perlu ambil masa lama untuk dicas sepenuhnya kerana model ini direka dengan teknologi 30W VOOC Flash Charge 4.0.

4. Sistem ColourOS 11.1 untuk gaming lebih syok

ColourOS 11.1 akan menjadikan gamers pilih model ini untuk hobi mereka. Pengalaman gaming yang smooth tanpa lag memang penting bagi mereka. Dengan kuasa ColourOS 11.1 ini juga, sistem privasi telefon korang lebih selamat dan terjamin.

Jadi apa tunggu lagi, jom terus dapatkan OPPO Reno5 F “MK” Limited Edition korang sekarang dan jadi yang terawal untuk memilikinya! Terus ke website OPPO dan Facebook OPPO atau korang boleh juga dapatkannya di OPPO Official Store di Shopee! Korang boleh dapat Power Bank percuma dan Limited Edition Phone Case bernilai RM198. Cepat guys!

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas